Rabu, 14 Disember 2011

Borang Palsu BR1M?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kes menjual borang BR1M yang sepatutnya diberi pecuma,hari ini tajul_admin dengar ada pulak cerita pengedaran borang palsu yang diubahsuai.Harap semua dapat berhati-hati,laporkan jika rasa ditipu.

Dan yang paling penting, dapatkan borang BR1M anda dari wakil yang sah!

 Borang Asli

Borang Palsu


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata, kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.

"Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Donald berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.

Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan: