Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul
Izzah Anwar yang menimbulkan kekeliruan mengenai agama Islam dilihat seragam
dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan ayahnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr.
Yusri Mohamad berkata, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan yang amat
mengecewakan umat Islam di negara ini semasa mengulas keputusan Mahkamah
Persekutuan pada tahun 2007 lalu terhadap Lina Joy yang mengaku murtad.
Saya melihat rakaman wawancara
Anwar bersama media asing, ketika ditanya oleh wartawan itu adakah Lina Joy
berhak menukarkan agamanya, Anwar menjawab Itu
adalah haknya.
Ini yang menjauhkan hati saya
daripada dia, walaupun saya bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) ke-5 dan
Anwar adalah bekas Presiden ABIM kedua, kawan memang kawan tetapi isu agama
lebih besar dari segalanya, ini bukan isu peribadi tetapi soal prinsip.