Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran
tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan
diumumkan dalam masa terdekat.
Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa
mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.
Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula
memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program
untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.
Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang
tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin
kerajaan Barisan Nasional.
Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0
pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar
sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera
yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan
peneroka Felda.
Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang
berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk
disalurkan secara terus kepada rakyat.
Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual
janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.
Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah
dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang
lebih maju dan makmur.
Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat
bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.
Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’
atau keuntungan politik akan digunakan walaupun kadangkala jelas remeh temeh.
Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau
dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjayakan agenda politiknya.
Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia,
Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.
Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan,
Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau
perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak
mentah-mentah.
Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah
Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya
Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak
Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.
Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi
kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak
tuntutan mereka dipenuhi.
Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang
cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.
Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu
didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.
Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir
bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai
pihak.
Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti
pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang
Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.
Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak
Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat
tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.
Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk
mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral
dan tidak mempunyai kredibiliti ini.
Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan
kerana semua pelurunya sudah digunakan.
Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin
bertambah buruk.
Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan
memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tidak bersetuju pendirian parti mereka
berhubung isu kalimah ALLAH.
Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka
punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat,
rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan
agama Islam demi kepentingan politik.
Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah
ALLAH dengan dibantu oleh Dap.
Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik
melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia
Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta
menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan