Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 DUN Bukit Selambau yang bermula
hari ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak termasuk petugas dan
sukarelawan BR1M 2.0, anggota RELA, kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta para penerima
terlibat.
Kawalan dipintu masuk untuk mengelak kesesakan. |
Walaupun berlaku tolak menolak di peringkat awal sebaik
pintu dibuka, namun ia berjaya diatasi para petugas bersama anggota RELA yang bertugas di pintu masuk
Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tempat majlis penyerahan itu diadakan..
Golongan kurang upaya serta warga emas pula diberikan keutamaan bagi memudahkan mereka menunaikan baucer BR1M 2.0. Satu
lorong khas turut disediakan untuk golongan ini.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain turut menzahirkan rasa gembira dan berpuashati dengan kelancaran majlis penyerahan tersebut.
Sambil mengucapkan tahniah beliau berkata, semua pihak terlibat telah menjalankan tugas dengan begitu baik dan amat efisien semasa mengendalikan para penerima BR1M terlibat.
Untuk rekod, jumlah keseluruhan penerima BR1M 2.0 DUN Bukit
Selambau bagi fasa pertama sahaja adalah 11,884 orang dan majlis penyerahan akan berlangsung
sehingga 13 Februari 2013.
Dato' Hj. Tajul Urus membantu mengambil cap jari seorang pesakit kronik yang menunggu di dalam kereta. |
Tahniah kepada semua petugas dan sukarelawan atas kelancaran program kita hari ini! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan