Muzakarah bertajuk Malaysia:
Kemelut Negara Islam-Negara Sekular itu juga
berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam
adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.
Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan
komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan
satu-satunya prasyarat dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau
sekular.
"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya
terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen
rasmi dan perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan
praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut
rumusan yang dikeluarkan hari ini.
Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal
undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta
badan-badan bukan kerajaan (NGO).
"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah
bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British,
agama Islam sentiasa menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan
undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak
berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.
Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara
Islam. Realitinya, ia bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi
juga sebagai negara Islam contoh abad ini.
"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan
yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang
Islam.
"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa
terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah manakala ahli-ahli
syariah pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun
diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.
Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak
prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak
semuanya mesti dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara
sama ada Islam atau sebaliknya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan