Selasa, 19 Februari 2013

Anwar Kehabisan Peluru Serang UMNO-BN.



Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walaupun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjayakan agenda politiknya.


Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tidak mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tidak bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Bukti Blogger Pakatan Dibayar Untuk Fitnah Kerajaan!!


Kita selalu dengar blogger Pakatan bercakap mengenai perjuangan yang tidak berbayar. Tapi kali ni apa agaknya puak tu nak menipu lagi? Siap ada list sekali dengan hits blog yang menyatakan mereka dibayar elaun RM3,000.


 Sumber gambar Rezqeen Hill

he he he.. fisabillilah konon, piirahhh..

- kedah ke KL

Samsung Perkenal Skrin Telefon Boleh Lentur.

Youm

Samsung memperkenalkan telefon pintar dilengkapi skrin boleh lentur dikenali Youm, sekali gus membayangkan kemungkinan masa depan pengguna boleh menggulung peranti pintar mereka seperti sekeping peta.

Peranti itu diperkenalkan di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) yang lalu. Ia menunjukkan telefon pintar yang merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas. 

Skrin itu kelihatan tidak begitu fleksibel untuk dilipat separuh seperti sekeping kertas, tetapi ia boleh digulung ke dalam sebuah tiub. Samsung juga membayangkan sebuah peranti sebesar telefon pintar yang boleh dibuka seperti sebuah buku tetapi didalamnya ada skrin saiz tablet.

Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

OLED sudah digunakan dalam rangkaian telefon Samsung sedia ada, tetapi disalut dengan skrin kaca. Untuk digunakan dengan telefon pintar boleh lentur, Samsung menyapu bahan kimia berkenaan di atas lapisan plastik tipis, sebagai ganti kepada kaca sebelum ini.

Orang ramai mungkin perlukan teknologi ini pada masa depan kerana mereka boleh membawa skrin yang lebih besar dalam kocek.

INFO: Youm

− Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED.
− Merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas


Haron Din Dimaki Kerana Tegah Guna Kalimah Allah Dalam Bible Versi Bahasa Melayu.



Timbalan Mursyidul Am Pas Dato’ Dr Haron Din mendedahkan bahawa beliau dimaki hamun oleh pihak tertentu apabila menentang penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu seperti yang dibangkitkan DAP sebelum ini.

Dalam satu rakaman ceramah yang disiarkan di Youtube, pemimpin Pas itu Berkata, beliau sama sekali tidak akan bersetuju penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu dan akan mempertahankan Kalimah Suci itu hingga akhir hayatnya.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu dikalangan umat Islam yang menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible bagi menggantikan perkataan ‘God’ bermakna mereka merelakan Allah itu disyirikkan.

“Orang Islam masih ada yang menyokong, bila saya bertegas sikit, ada yang hantar sms (Khidmat Pesanan ringkas) maki saya..kata saya sempit fikiran, tidak faham situasi, tidak reti bahasa...tapi macam mana kita boleh terima (penggunaan Kalimah Allah dalam Bible).

“Apa tujuannya orang kristian hendak terjemahkan ‘God’ daripada Bible kepada Allah, dahulu pada 2008 bila timbul isu ini saya panggil wartawan datang kerumah, saya bawa Bible ketika itu ,saya bawaAl-Quran, dan saya kata saya tidak akan setuju.

“Kalau kita benarkan dan kita rela Allah diletakkan(diganti) dengan God, maknanya kita rela Allah itu disyirikkan,” katanya.

Dato’ Haron Din menjelaskan, beliau tidak akan rela sama sekali Allah dikufurkan semata-mata mahu meraih sokongan politik.

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam dicetuskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan Kalimah digunakan dalam Bible versi bahasa melayu.

Sementara itu, dalam satu kuliah agama disebuah Masjid di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) bulan lalu,Haron Din menjelaskan di dalam Al-Quran terkandung 3,000 Kalimah Allah dan sewajarnya ia menjadi hak eksklusif untuk kitab umat Islam.

Katanya, Allah tiada bandingan dan oleh kerana itu tidak boleh diterjemahkan untuk digunakan dalam kitab agama lain kerana ia tidak setanding dengan kekuasaan Allah.

Hukum ‘Hudud Politik’ Pas Ditolak Kerana Tidak Ikut Tuntutan Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar kerana tidak menghukum pesalah secara adil, menyebabkannya ditolak oleh kebanyakan pihak.

Katanya, hukum hudud yang ditekankan di dalam al-Quran ialah menghukum pesalah secara adil antara orang Islam dan bukan Islam.

"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.

''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.

"Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita harus melaksanakannya dengan kehendak Islam dan laksanakan dengan adil," katanya.

Isnin, 18 Februari 2013

Kenyataan palsu PM letak jawatan, Pakatan Haram semakin tedesak menyedari sokongan rakyat tehadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.



Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.



Sabtu, 16 Februari 2013

Bayar Pampasan RM100 Juta Untuk Tidak Tebang Balak Di Kedah, Azizan Mengugut Cara Islam?


Ternganga kita dibuatnya apabila Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan.   Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.

Kata orang, ego biar bertempat.  Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri.  Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya.  Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.

Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS.  Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara.   Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga.

Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak.

Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas.  Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah.

Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap ‘bo-layan’ sahaja terhadap ugutan Kedah.

Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram.  Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah.

Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut?

Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN?  Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat?

Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja.

Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah.

Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya.  Bagaimana?

Walaupun persoalan ini kelihatan seperti ‘lawak’, kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan.

Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak.

Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata.   Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!

Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan ‘ketidak-tahuan’ para pegawai yang dilantik.  Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?

Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung.  Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil ‘enteng’.  Kesemua pegawai dan exco membawa sikap ‘kaduk naik junjung’ dan ‘kera mendapat bunga’ seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja.  Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan.

Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato’ Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri.

Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?

Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini.

Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.

Selasa, 12 Februari 2013

PM umum BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya..


JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.

"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini.


Sabtu, 9 Februari 2013

Seorang wakil Jawatankuasa Disiplin UMNO Di Setiap Bahagian Untuk Elak Sabotaj Parti!



KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Disiplin UMNO akan melantik seorang wakil dari setiap bahagian di seluruh negara bagi memantau sebarang tindakan atau aktiviti yang boleh merosak atau bersifat sabotaj terhadap parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia juga bagi menjamin sebarang perbuatan itu akan dapat ditangani dengan segera sekiranya berlaku.

Beliau berkata, keputusan itu membabitkan pemilihan seorang daripada tujuh perwakilan UMNO pada peringkat bahagian ke Perhimpunan Agung parti itu, tahun lalu.

"Setiap bahagian akan ada wakil dalam jawatankuasa, wakil-wakil itu sedang dikenal pasti,'katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata, pemilihan pemantau juga perlu membabitkan individu yang tidak mempunyai jawatan dalam parti pada peringkat bahagian UMNO.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan jentera UMNO pada pilihan raya ini.

"Kita sudah terima laporan audit hingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan mengikut laporan itu kita berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan (jentera) yang memuaskan," katanya.

"BN berada pada peringkat bersiap sedia dan di peringkat akhir menyenaraikan nama-nama calon pada pilihan raya umum ke 13 (PRU-13) nanti.

“Kita harap usaha untuk memantapkan lagi kesiapsiagaan kita akan diteruskan melalui pimpinan negeri dan bahagian sehingga peringkat PDM, dan jawatankuasa disiplin pun boleh mulakan tugas mereka,” tambah Najib.

Jawatankuasa Disiplin Umno telah diperkenalkan mengikut fasal 10.15 selaras 20.3 dalam perlembagaan Umno bagi memantau dan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli parti yang melakukan khianat dan cubaan sabotaj terhadap parti

Majlis jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauden Tengku Ismail.

Kerajaan Kedah Sengaja Bankrapkan KUIN?



15 Januari lalu,. Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan  ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat.

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.   Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar.

Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah.   Sedangkan, hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.

Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd.  Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan.

Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.

Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri.  Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah ‘lanjutan’ dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan.  Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan  kelam kabut.

Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya, Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak.  Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.

Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan.  Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria.   Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan.

Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri.

Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda.  Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.

Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. Namun, yang menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah, telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.

Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah ‘bertukar’ menjadi dewan kuliah dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar.  Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah.

Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja.  Oleh itu, kita dapat memahami kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan?


Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta?  Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal?  Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan?

Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan?  Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini?

Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.

Khamis, 7 Februari 2013

Sesat Anak Murid Kerana Guru, Hadi tertekan akibat kesilapan sendiri.



MACHANG 6 Feb - Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyifatkan pengikutnya sebagai melampau membuktikan beliau kini berada dalam keadaan tertekan ekoran kesilapan sendiri.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Wan Ismail Wan Ahmad, berkata, dakwaan tersebut hanya timbul selepas Abdul Hadi mula berasa tertekan ekoran isu amanatnya yang kembali mencetuskan kontroversi.

"Ini jelas menunjukkan beliau ingin melindungi kesilapannya sendiri selepas berasa terancam apabila banyak pihak mempertikaikan kredibilitinya dalam pelbagai aspek termasuk dalam isu amanat itu.

"Soal Pas mengkafirkan UMNO ini bukan perkara baru tetapi sejak dulu-dulu lagi sehingga ada yang berpecah-belah sesama sendiri. Putus hubungan keluarga dan sebagainya.

"Tetapi oleh kerana keegoannya beliau tidak mahu menerima hakikat kesilapannya itu, jadi letak kesalahan kepada orang lain. Pemimpin apa begini," katanya ketika diminta mengulas kandungan buku Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah & Fakta semasa ditemui di sini hari ini.

Menerusi buku tersebut, Abdul Hadi mendakwa Pas telah mentarbiahkan ahlinya agar jangan sewenang-wenangnya menghukum orang lain sebagai kafir dan beliau menyifatkan tindakan keterlaluan penyokong parti itu sebagai pelampau.

Wan Ismail yang juga pengasas Pas Kelantan berkata, daripada segi prinsip, penyokong atau pengikut tidak akan bersikap 'pelampau' sekiranya ketua sesebuah kumpulan mampu mentarbiahkan pengikutnya secara bijaksana.

"Sesat anak murid sebenarnya kerana guru, bukan kerana anak murid. Anak murid pada asasnya tidak tahu apa, dia hanya terima ajaran guru. Sebab itu saya sejak awal-awal lagi, semasa amanat itu dikeluarkan saya sudah menolaknya," katanya.

Dalam pada itu beliau menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan dakyah Pas yang menjadikan agama sebagai modal bagi memancing undi setiap kali menjelang pilihan raya.

Katanya lagi, dasar perjuangan parti itu kini sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan sebenarnya ekoran kehendak pemimpin Pas yang terlalu dahagakan kuasa.

Kata beliau, penyimpangan itu dilihat semakin ketara sejak ia bersekutu dengan DAP sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan parti yang terang-terangan menolak Islam termasuk dalam soal akidah.

"Sebagai seorang Islam perkara sedemikian mesti diperhalusi dengan sedalam-dalamnya. Jangan kita terperangkap dalam syirik yang tersembunyi kerana ini satu hukuman yang sangat bahaya," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130207/po_05/Hadi-tertekan-akibat-kesilapan-sendiri#ixzz2KDJOeOR4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 5 Februari 2013

BR1M 2.0 DUN Bukit Selambau Berjalan Lancar.


Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 DUN Bukit Selambau yang bermula hari ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak termasuk petugas dan sukarelawan BR1M 2.0, anggota RELA, kakitangan Bank Simpanan Nasional  (BSN) serta para penerima terlibat.

Kawalan dipintu masuk untuk mengelak kesesakan.
Walaupun berlaku tolak menolak di peringkat awal sebaik pintu dibuka, namun ia berjaya diatasi para petugas bersama anggota RELA yang bertugas di pintu masuk Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tempat majlis penyerahan itu diadakan..

Golongan kurang upaya serta warga emas pula diberikan keutamaan bagi memudahkan mereka menunaikan baucer BR1M 2.0. Satu lorong khas turut disediakan untuk golongan ini.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain turut menzahirkan rasa gembira dan berpuashati dengan kelancaran majlis penyerahan tersebut.

Sambil mengucapkan tahniah beliau berkata, semua pihak terlibat telah menjalankan tugas dengan begitu baik dan amat efisien semasa mengendalikan para penerima BR1M terlibat.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan penerima BR1M 2.0 DUN Bukit Selambau bagi fasa pertama sahaja adalah 11,884 orang  dan majlis penyerahan akan berlangsung sehingga 13 Februari 2013.




Dato' Hj. Tajul Urus membantu mengambil cap jari
seorang pesakit kronik yang menunggu di dalam kereta.
Tahniah kepada semua petugas dan sukarelawan atas kelancaran program kita hari ini!

Ahad, 3 Februari 2013

Bersyukurlah Atas Pemberian Ini Dan Yakinlah Kepada BN Yang Sentiasa Menunaikan Janji.


Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain turut membantu penerima menunaikan baucer BR1M 2.0
di majlis penyerahan bantuan itu di UiTM Merbok hari ini.

“Gunakan pemberian ini untuk perkara-perkara yang berfaedah kepada keluarga dan yang lebih penting mesti ada rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan yang senantiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat”.

Itu pesan Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 Parlimen Merbok yang mula menerima bantuan tersebut.

Seramai 2,688 orang penerima bagi DUN Tanjung Dawai telah menunaikan baucer BR1M dikaunter-kaunter BSN yang disediakan di Majlis Penyerahan BR1M 2.0 di Dewan UiTM Merbok hari ini.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian dari 6,161 orang penerima BR1M fasa pertama DUN Tanjung Dawai. 

Tajul berkata, kerajaan Barisan Nasional ikhlas untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya yang  berpendapatan rendah.

"Kita harap penerima akan bersyukur dan yakin kepada usaha kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang senantiasa menunaikan janji  , seterusnya memberikan sokongan padu kepada BN dalam PRU 13 nanti", ujarnya.

Petugas membantu warga emas
serta golongan kurang upaya menunaikan baucer BR1M 2.0




Sabtu, 2 Februari 2013

Forum Islam & Keamanan - Tun M Minta Nik Aziz Tinggalkan Buku Jingga, Kembali Pada Al-Quran Bagi Mengembalikan Keamanan Dan Menghapuskan Kekeliruan Yang Berlaku.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peperangan yang membabitkan sesama masyarakat Islam berlaku kerana pengikutnya tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak zaman sebelum kedatangan Islam, peperangan dan pembunuhan telahpun berlaku di negara-negara Arab, walaupun pada masa yang sama masih terdapat kumpulan yang inginkan keamanan wujud.

“Peperangan dalam zaman Islam berlaku kerana kita mengabaikan ajaran Islam. Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.

“Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau mengkafirkan orang. Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam.

“Ia datang dari orang yang mahu ‘hijack’ (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Semasa berucap di forum itu, Dr Mahathir berkata Islam adalah berkait rapat dengan keamanan, tetapi kerana perpecahan sesama penganutnya sehingga saling berbunuhan seperti yang berlaku sekarang, ia tidak membezakan mereka dengan zaman jahiliah.

“Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang ‘hijack’ agama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang terjadi kini, orang Islam bunuh orang Islam, kadang-kadang orang Islam bagi senjata kepada orang bukan Islam untuk bunuh orang Islam. Ini amat menyedihkan.

“Oleh itu masyarakat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.

“Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan,” katanya.

- Bernama.






Demi Kemenangan BN, Jangan Sokong Individu Cuba Sabotaj Parti - Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir menjawab soalan wartawan ketika sidang media selepas Majlis Himpunan Mesra Rakyat Parlimen Merbok di LHDN Sungai Petani.


Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menyokong individu yang cuba mensabotaj calon yang telah di pilih oleh Presiden parti, Dato' Seri Najib Razak pada PRU-13.

Dalam sidang media di Majlis Himpunan Mesra Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang di adakan di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau turut menasihatkan penyokong BN agar menyokong BN bukan kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Ditanya pandangan beliau berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata,

"Pimpinan parti kini dilihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN dilihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13", katanya.

Berkenaan pengundi BN yang merajuk pada PRU 12 yang lalu, beliau yakin mereka akan berpatah balik untuk menyokong BN pada PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN Kedah ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat diatasi.