Rabu, 28 Disember 2011
Ceramah UMNO Di Kubu PAS Dapat Sambutan.
Lebih 800 orang hadir ceramah UMNO di kubu PAS.Ceramah bertajuk 'PAS Dagang Islam' oleh Ustaz Kamal Saidin di Kampung Belau,Merbok menyaksikan tiada seorang pun penonton yang pulang awal sebelum ceramah berakhir jam 12 malam...
Ahad, 25 Disember 2011
Basikal Fixie?
Pernahkah anda melihat remaja yang menungang basikal berwarna-warni di sekitar kediaman anda?Tahukah anda itu adalah basikal 'fixie'.Mula diperkenalkan pada tahun 50an, ia kini menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain berkata, di negara maju pengangkutan awam seperti bas mahu pun keretapi mempunyai tempat untuk menyangkut basikal supaya orang yang ingin menggunakan basikal mereka boleh menaiki kenderaan awam untuk jarak jauh, bila sampai tempat yang dituju, basikal boleh diturunkan dan digunakan dikawasan bandar atau dimana saja mereka ingin mengunakannya.
"Di Negara maju, keretapi pun ada tempat untuk sangkut basikal, di Holand, di Sweden, ada tempat untuk basikal di bas awam, kita nak pi jauh nak bawa basikal,kita sangkut pada bas,bas akan bawa",katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan konvoi basikal fixie di Dataran Zero Sungai Petani.Konvoi tersebut disertai lebih 200 remaja akan menungang ke tapak Festival Sukan Pantai Dan Usahawan Tanjung Dawai yang sedang berlangsung sejak 1 Disember lalu hingga 1 Januari 2012.
"Jadi kemudahan itu yang utama sekali adalah ketika kerajaan merancang pembangunan negara khususnya jalan-jalan raya kerajaan mesti juga memperuntukkan satu laluan untuk basikal.Bukan itu saja, kerajaan juga mesti mengubah undang-undang ataupun peraturan perbandaran supaya benarkan kenderaan awam seperti bas dan keretapi menyediakan kemudahan membawa basikal",jelasnya.
YBhg. Dato' turut mengingatkan peserta bahawa mereka masih dialam persekolahan, bermakna tumpuan utama harus diberikan kepada pelajaran dan masa cuti hendaklah dipenuhi dengan perkara yang berfaedah.
'Fixie' merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Basikal fixie juga tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kekuatan kaki dengan menahan pengayuh dari berpusing. Perbuatan ini dipanggil sebagai 'skidding'.Basikal ini juga boleh dikayuh secara mengundur.
Harga basikal fixie juga agak tinggi, paling murah sekitar RM500 manakala yang lebih mahal mencecah hingga ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.Kebiasaannya penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.Penunggang basikal fixie juga mempunyai 'skill' atau 'trick' yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang mahir.
Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain berkata, di negara maju pengangkutan awam seperti bas mahu pun keretapi mempunyai tempat untuk menyangkut basikal supaya orang yang ingin menggunakan basikal mereka boleh menaiki kenderaan awam untuk jarak jauh, bila sampai tempat yang dituju, basikal boleh diturunkan dan digunakan dikawasan bandar atau dimana saja mereka ingin mengunakannya.
"Di Negara maju, keretapi pun ada tempat untuk sangkut basikal, di Holand, di Sweden, ada tempat untuk basikal di bas awam, kita nak pi jauh nak bawa basikal,kita sangkut pada bas,bas akan bawa",katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan konvoi basikal fixie di Dataran Zero Sungai Petani.Konvoi tersebut disertai lebih 200 remaja akan menungang ke tapak Festival Sukan Pantai Dan Usahawan Tanjung Dawai yang sedang berlangsung sejak 1 Disember lalu hingga 1 Januari 2012.
Beliau seterusnya berkata, kemudahan berbasikal di Malaysia perlu diberi keutamaan khususnya kepada generasi baru yang minat mereka hari ini ialah berbasikal.
"Jadi kemudahan itu yang utama sekali adalah ketika kerajaan merancang pembangunan negara khususnya jalan-jalan raya kerajaan mesti juga memperuntukkan satu laluan untuk basikal.Bukan itu saja, kerajaan juga mesti mengubah undang-undang ataupun peraturan perbandaran supaya benarkan kenderaan awam seperti bas dan keretapi menyediakan kemudahan membawa basikal",jelasnya.
YBhg. Dato' turut mengingatkan peserta bahawa mereka masih dialam persekolahan, bermakna tumpuan utama harus diberikan kepada pelajaran dan masa cuti hendaklah dipenuhi dengan perkara yang berfaedah.
Sementara itu media difahamkan kelab sukan komuniti Tanjung Dawai (KSKTD) yang menganjurkan program kayuhan ini berjaya mengumpulkan kira-kira 600 pengayuh basikal fixie untuk sama-sama berkonvoi ke Tanjung Dawai.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang juga pengerusi KSKTD, Saudara Annuar Ahmad, selain dari 200 penunggang yang akan bertolak dari Sungai Petani, satu kumpulan lagi akan bermula dari Alor Setar,mereka datang dari beberapa kawasan di Kedah utara, juga dari Perlis.
.
.
Di Tanjung Dawai para penunggang akan menyertai sukan pantai seperti tarik tali, futsal pantai, berkayak dan beberapa jenis sukan yang telah pun disusun pihak penganjur.
Sabtu, 24 Disember 2011
Program Gotong Royong dan Asyura Perdana.
Program Gotong Royong Perdana dan Asyura Perdana Parlimen Merbok diadakan serentak pada pagi jumaat lalu.Program gotong royong yang diadakan di 2 kawasan iaitu Merbok dan Tanjung Dawai berlangsung dengan jayanya dimana ia melibatkan penyertaan pasukan tentera dari 52 Artileri Kem Lapangan Terbang, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Environment Idaman serta orang awam.
Bagi Program Asyura Perdana pula, 3 tempat telah dipilih untuk program itu iaitu Belau, Tanjung Dawai dan Pengkalan Bujang dimana setiap tempat menyediakan 5 kawah bubur asyura untuk diedarkan kepada orang ramai.Program itu dijalankan dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO bahagian Merbok.
Khamis, 22 Disember 2011
Program NCDP Idol 1 Malaysia.
Dengan tema komuniti sihat sejahtera,JKKKP Kampung Kuala Sin
Bukit Selambau yang dipengerusikan Tn.
Hj. Ismail Wahab dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Bukit selambau serta
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda hari ini mengadakan Program NCDP Idol 1 Malaysia yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin.
Program Kuala Sin NCDP Idol 1 Malaysia merupakan rentetan dari
penubuhann dan pelancaran NDCP Sihat Sejahtera Kuala Sin pada bulan Disember
2010.Setelah setahun, program ini berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti dijalankan
untuk membentuk jati diri peserta bagi tujuan mengelak gejala penyakit tidak
berjangkit seperti penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya
termasuk mengekalkan berat badan seimbang.
Program NCDP Idol bertujuan memberi penghargaan kepada
peserta-peserta NCDP yang aktif dan dapat menjaga kesihatan ke tahap yang
ideal.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato’
Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain.
Kasih Seorang Suami.
Jaafar Saad |
YBhg. Dato’ yang berada di kampung itu kerana menghadiri program Kacau Bubur Asyura di Dewan JKKKP Kampung Bujang meluangkan masa melawat pasangan tersebut serta menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka.
Program Kacau Bubur Asyura Kampung Bujang.
Program Kacau Bubur Asyura,
anjuran JKKKP Kampung Bujang telah berlangsung dengan jayanya dimana ia melibatkan
seluruh penduduk kampung tersebut.
Program bermula 8.30 pagi itu turut disertai YBhg. Dato’ Hj.
Tajul Urus Hj. Mat Zain yang telah merasmikan program itu. Beliau berharap
dengan adanya aktiviti gotong-royong seperti ini mudah-mudahan dapat mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan
penduduk setempat dan dapat mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan akan
mengukuh dimasa-masa akan yang datang.
Sebanyak lapan kawah bubur asyura telah berjaya disiapkan
dimana ia telah diagihkan kepada seluruh penduduk Kampung Bujang.
Selain kacau bubur asyura, program itu turut disertai POS Malaysia yang mempromosikan produk Insurans 1 Malaysia . Pos Insurans 1
Malaysia merupakan satu Pelan Insurans
Kemalangan Peribadi yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian,
ketidakupayaan kekal, dimasukkan ke hospital atau kehilangan dokumen penting
akibat kemalangan atau kejadian ragut.
Pos Insurans 1 Malaysia boleh didapati di semua cawangan Pos
Malaysia di seluruh negara dengan premium serendah RM11 setahun.
Turut dibawakan perhidmatan pemeriksaan kesihatan secara
percuma oleh Be Good Farmasi Sdn. Bhd.
Selasa, 20 Disember 2011
Lawatan Ke Surau At-Taqwa.
YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain malam ini membuat lawatan ke surau At-Taqwa Taman Seri Bayu fasa 2,Sungai Lalang bertujuan membuat tinjauan dan menemui jemaah surau tersebut.Surau ini yang dibina dengan kos RM200,000 dari sumbangan pelbagai pihak mula digunakan sejak Oktober 2009.
YBhg. Dato' turut menerima permohonan dari pengerusi surau untuk mendapatkan sumbangan bagi tujuan menjayakan program hari keluarga penduduk taman tersebut.
Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Krismas.
Majlis makan malam serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan krismas anjuran Gereja Tamil Methodist Bandar Baru,Sungai Lalang bertempat di Dewan MIC Taman Bandar Baru.
Pengerusi majlis En. Maridas mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' Hj.Tajul Urus Mat Zain kerana tidak lupa kepada kaum India.
"Dato' tidak men'class'kan orang India,orang Cina atau orang Melayu,orang kristian, tidak..dia seorang cikgu, biasa jaga anak murid dan dia akan jaga rakyat..sudah sampai dekat rakyat.Dia ambil berat masalah..tipa-tiap hari ada",ujarnya.
YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain pula dalam ucapan ringkasnya menyatakan ini adalah konsep 1 Malaysia.
"sejak dari kita merdeka kita sudah berjanji untuk bersatu, melayu ,cina dan india"
"Untuk menjadi negara maju faktor yang paling penting ialah perpaduan dan kita telah membawa perpaduan dari awal sampai sekarang ini',katanya.
"sejak dari kita merdeka kita sudah berjanji untuk bersatu, melayu ,cina dan india"
"Untuk menjadi negara maju faktor yang paling penting ialah perpaduan dan kita telah membawa perpaduan dari awal sampai sekarang ini',katanya.
Turut hadir penyelaras DUN Bukit Selambau, En.M.L Maran serta ketua pemuda MIC Negeri Kedah merangkap ketua pemuda MIC Merbok, En. Prabagaran.
Menjawap Tohmahan Ketua Bahagian Tak Buat Kerja!
Sebenarnya tajul_admin tidak mahu menulis berkenaan tajuk diatas,namun kerana mahu menyampaikan perkara yang benar supaya rakyat khususnya di Parlimen Merbok iaitu kawasan Parlimen yang berada dibawah pentadbiran Penyelaras Parlimen YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain tahu akan kedudukan sebenar bahawa tuduhan tidak buat kerja atau tidak turun padang amat meleset sama sekali, jauh berbeza dengan situasi sebenar.
Menjelang PRU13, sudah mula terdengar cakap-cakap belakang yang cuba merendah-rendahkan jerih payah serta usaha berterusan beliau berkhidmat kepada rakyat. Mungkin tidak cukup baik apa yang telah dilakukan olah YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus untuk rakyat di Parlimen Merbok ini,manusia biasa yang hanya mempunyai 24jam sehari yang pada pandangan mata tajul_admin telah hanya menghabiskan masa beliau untuk bersama rakyat,bekerja menyelesaikan pelbagai masalah,hanya sedikit masa yang tinggal untuk diri sendiri dan keluarga.Jika ada masa pun YBhg.Dato' akan berada di pejabat UMNO bahagian untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihantar terus ke pejabat.Masyarakat umum tidak mengetahui bahawa kadangkala YBhg. Dato' mengambil kesempatan semasa di dalam perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk melelapkan mata kerana keletihan.Mana tidaknya, beliau keluar rumah seawal jam 8 pagi dan pulang lewat malam atau awal pagi.
Cerita-cerita tidak turun padang ini sebenar sengaja dibawa oleh orang-orang tertentu bersama pengikut mereka yang mungkin dengki dengan segala usaha YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain yang berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau dengan cemerlang sehingga melayakkan Parlimen Merbok mendapat anugerah Juara Rakyat pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.
tajul_admin tidak mahu meletak kesalahan kepada mana-mana pihak walaupun tahu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat juga tahu latar belakang mereka.Biarlah mereka sendiri sedar dan mengakui kebenaran di depan mata.
Jika ada lagi yang masih ingin percaya Ketua Bahagian tak nampak muka, sudi-sudikanlah meninjau ke 'facebook' beliau untuk melihat segala aktiviti beliau bersama rakyat yang di kemas kini hampir setiap hari kerana beliau bekerja setiap hari tanpa cuti kecuali jika beliau berada di luar kawasan.Kebiasaannya YBhg. Dato' akan ke Kuala Lumpur 4-5 hari sekali untuk membawa segala pengaduan rakyat ke peringkat atas.Itu pun tak lama,cuma sehari dan beliau akan kembali bertugas keesokan harinya..
Klik pada gambar..
![]() |
![]() |
Fan Page |
Ahad, 18 Disember 2011
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti..
Langgan:
Catatan (Atom)