Perutusan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Hadirin yang saya kasihi sekalian;
Di dalam negara yang majmuk penduduknya ini, semua kaum,
termasuk Melayu dan Bumiputera, China, serta India, majoritinya mahukan
keamanan dan menerima kerajaan yang sedia ada. Semua kaum ini adalah rakyat
Malaysia, yang cintakan negara, ini. Kita mesti bersatu, saling hormat
menghormati antara semua kaum, bangsa,dan agama yang berbeda. Walau bagaimana
pun, sesama seagama dan sebangsa, janganlah pula kita bergaduh.
Sebagai kaum majoriti, 60% dalam negara ini, adalah menjadi
tanggungjawab dan kewajipan orang Melayu dan Bumiputera mempertahankan
kerajaan kita sekarang. Jika bukan kerana kerajaan sekarang, UiTM ini, bangsa
Melayu dan kaum Bumiputera, tidak mungkin sampai ke tahap pencapaian kita
sekarang.
Saya hairan kenapa kita mesti berpecah belah seperti yang
berlaku sekarang. Kita sepatutnya sudah bijak untuk menilai kerajaan yang telah
menaikkan dan mempertahankan bangsa kita.
Kadang-kadang saya malu dibuatnya.
Baru-baru ini saya balik ke Pulau Pinang, ada reunion dengan
kawan-kawan darjah satu dulu. Dari dulu lagi kami tiga puluh orang semuanya.
Saya sorang saja Melayu, yang lain semuanya Cina. Kami bercakap tentang banyak
perkara, termasuklah politik.
Kawan-kawan saya ni kata (dalam Bahasa Hokien) ....
maksudnya: "Ke mana perginya keintelektualan orang Melayu? Kenapa Melayu
nak jatuhkan kerajaan sekarang? Kalaulah kami orang Cina kaum Bumiputera, dan
kerajaan ini memberi hak istimewa kepada kami, kami akan bermati-matian
mempertahankan kerajaan ini!"
Malu mendengar ungkapan yang keluar dari mulut sahabat saya
yang berbangsa Cina itu....
Jadi saudara-saudari, kita harus bersyukur, kita mempunyai
kerajaan yang memperjuangkan untuk bangsa kita, dan semua kaum yang lain. Kaum
kita yang masih ketinggalan ini akan terus dibela, akan terus dipertahankan.
Kita harus bijak. Kita mesti mempertahankan kerajaan ini,
agar apa yang kita ada akan terus dikekalkan, akan terus dipertingkatkan.
Kita tidak mahu UiTM hilang. Kita tidak mahu hak-hak kita
hilang. Kita tidak mahu kemudahan untuk kita beribadah hilang. Kita tidak mahu
harapan anak cucu kita hilang. Kita tidak mahu bangsa kita hilang.
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
31Januari 2012
(ucapan perutusan tahun baru)
Sumber: JawaBernam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan