Sebut sahaja nama ‘Tok Kanchil’ pasti semua penduduk
Kampung Segantang Garam mahupun Kampung Bujang dan Pekan Merbok sudah tahu
siapakah yang dimaksudkan.
Kanchil Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kanchil. |
Bukan sahaja nama
yang unik, malah personaliti individu yang dimaksudkan juga agak ‘versatile’
kerana beliau merupakan seorang guru silat yang sudah lebih 50 tahun berkecimpung
dalam seni beladiri berkenaan.
Bercerita tentang namanya, guru silat berusia 87 tahun itu menjelaskan, sejak lahir, beliau dikenali sebagai 'Osman' namun semasa hendak didaftarkan, 'Penghulu Mat' yang bertugas pada masa itu secara spontan memilih nama Kanchil untuk diisi dalam sijil kelahiran.Disebabkan tiada bantahan dari kedua orangtuanya, maka itulah nama barunya yang dipakai hingga sekarang.
Menurut Tok Kanchil lagi, beberapa rakan seperjuangannya pada masa dahulu juga mempunyai nama yang unik seperti Buluh, Teratak, Batang dan Jeneris.
Menurutnya, walaupun sudah lama berkecimpung dalam seni silat namun 'Seni Silat Tari
Melayu Panglima Kedah' yang dikembangkan baru sahaja didaftarkan dua tahun lalu
atas inisiatif pelbagai pihak. Niatnya hanya satu, iaitu mahu mengembangkan serta mewariskan seni Melayu kepada generasi muda.Silat ini yang berasal
dari Patani, dikembangkan secara turun-temurun.
"Tiada
pantang larang namun perlu dipelajari dengan hati yang ikhlas," katanya.
Tok Kanchil yang
berkahwin dengan Siti Aminah Ahmad, 84, menetap di Kampung Segantang Garam
sejak tahun 1965, dikurniakan lapan orang anak, 30 orang cucu dan sehingga kini beliau mempunyai 14 orang
cicit.
Menyambung kisahnya Tok Kanchil berkata,
beliau pernah diberi peluang mempersembahkan silat di hadapan Sultan Kedah yang
mencemar duli menghadiri sebuah majlis di Pantai Merdeka suatu ketika dahulu selain pernah menerima beberapa pengiktirafan dari pelbagai pihak atas
kegigihannya.
Selain itu, kira-kira 20 tahun lalu, sebuah produksi filem
dari negara Jepun yang tertarik untuk
memasukkan elemen seni silat dalam karya mereka pernah mengambil Tok Kanchil
dan anak buahnya berlakon setelah tertarik kepada keaslian yang ada pada seni silat
ini.
Satu lagi peristiwa menarik, sewaktu persembahan selama 30 minit di hadapan pasukan perubatan termasuk doktor dari Canada, India dan negara luar lain di Sungai Lalang enam tahun lalu tidak pernah dilupakan.
Pada masa itu,
seorang ahli wanita yang terlibat membuat persembahan di khalayak terus
disunting seorang pengunjung yang teruja dengan persembahan silat yang
dipertontonkan dan telah berkahwin selepas itu.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, beliau amat menghormati dan melihat Tok Kanchil sebagai seorang yang mengabdikan diri serta hidupnya kepada seni silat itu.
"Orang yang seperti ini bagi saya dia adalah apa yang digelar sebagai 'unseen hero', walaupun kini umur dia sudah lebih 80 tahun, tapi dia masih gigih melatih dan mengumpulkan tenaga anak-anak muda untuk buat latihan ,"katanya.
Melanjutkan bicara beliau menjelaskan, Tok Kanchil merancang untuk membuat sebuah gelanggang yang lebih selesa dan sesuai bagi melatih lebih ramai anak-anak muda yang berminat untuk mempelajari seni silat.
"Jadi itu yang saya nak bantu, saya nak bantu untuk mewujudkan gelanggang silat yang sempurna dan berbumbung untuk dia, itu janji saya", katanya.

Mengenai sumber kewangan untuk membina gelanggang itu pula katanya, beliau akan mencari samada dari pihak swasta atau dari peruntukan sedia ada.
Dato' Tajul ditemui ketika menghadiri majlis tamat latihan pertubuhan silat itu di Kampung Segantang Garam baru-baru ini.
Pada majlis itu juga beliau telah bersetuju untuk menyediakan pakaian seragam silat kepada semua pelatih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan