Dato' Tajul Urus menyerahkan baucer bantuan kepada seorang penerima sambil diperhatikan oleh penyelaras DUN Bukit Selambau, En. M.L Maran dan setiausaha MCA Merbok, En. Chow Kok Leong. |
DUN Bukit Selambau mempunyai lebih 15,000 penerima yang layak
untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), manakala bagi DUN Tanjung
Dawai, seramai kira-kira 8,000 pemohon juga layak untuk mendapat bantuan tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh penyelaras parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa menyampaikan ucapan perasmian penyerahan BR1M DUN Bukit Selambau pusingan ke 2, di Dewan Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani.
Menurutnya, jumlah itu tidak termasuk mereka yang membuat rayuan
bagi permohonan yang ditolak atas sebab teknikal, yang mana beliau difahamkan
kebanyakan dari pemohon yang merayu akan mendapat bantuan tersebut.
Beliau juga turut menjelaskan, bagi mereka yang masih belum
menghantar borang BR1M, mereka masih berpeluang berbuat demikian sehingga 10hb Februari,
2012.Menurutnya tarikh itu yang sepatutnya tamat pada 10 Januari lalu telah dilanjutkan atas arahan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setelah mengambil kira masih ada sebahagian rakyat yang belum menghantar borang permohonan BR1M kerana pelbagai sebab termasuk hasutan berniat jahat dari pihak yang tidak senang dengan usaha kerajaan membantu rakyat.
"Ada orang tak berani nak isi borang sebab ada orang
jahat kempen, dia kata kalau isi borang nanti LHDN akan mai tengok dalam rumah
dia ada barang apa, anak dia pendapatan berapa, harta dia berapa, 'income tax'
berapa?, kerana itu masih ada orang yang layak atau susah
tetapi masih tak isi borang.Sekarang bila dia tengok orang pergi ambil duit,
baru nak menyesal," katanya.
Menurutnya, mereka yang mahu memohon boleh datang terus ke pejabat LHDN yang terletak di tingkat 4 SP Plaza untuk mendapatkan borang permohonan.
Beliau turut menyeru agar semua pihak bersyukur atas
keprihatinan kerajaan dan sedar bahawa kerajaan tidak mengambil mudah dan
sentiasa mencari jalan untuk membantu rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan