MERBOK - Halijah Saad, 73, dari Kampung Badong, menunggu didalam kereta sementara anaknya Siti Aishah Bakar, 47 masuk ke dalam Dewan UiTM Merbok untuk menuntut wang Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) bagi pihak ibunya.
Dengan suhu yang panas, Pn. Halijah yang buta kedua belah mata sejak berusia 27 tahun juga tidak mampu bergerak dan terpaksa menunggu di kereta sementara semua urusan diselesaikan oleh anak tunggalnya itu.
Namun beliau bersyukur kerana keadaan yang agak sukar baginya itu tidak lama apabila mendapat perhatian penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul urus Mat Zain yang berada di Dewan tersebut untuk majlis perasmian Penyerahan BR1M.
Sebaik diberitahu keadaan Pn. Halijah, beliau segera mengarahkan agar urusan Pn. Halijah didahulukan walaupun pada ketika itu majlis penyerahan masih belum bermula namun Dato' Tajul telah menolak sebarang alasan yang diberikan pegawai pengurus BR1M kerana dengan cuaca dan suhu yang semakin panas, beliau tidak mahu Pn. Halijah menunggu lebih lama.
Beliau seterusnya datang sendiri menemui Pn. Halijah bersama pegawai dari Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengambil cap jari seterusnya menyerahkan wang bantuan tersebut.
Perhatian yang diberikan kepada Pn. Halijah itu bukanlah kali pertama malah di setiap majlis penyerahan BR1M, perhatian khusus sentiasa diberikan kepada golongan sepertinya.Mengikut prosedur biasa penerima bantuan terpaksa menunggu antara 1 hingga 2 jam sebelum dapat menerima wang tersebut disebabkan jumlah penerima yang ramai mencecah 3,000 orang pada satu-satu masa dan keadaan sebegitu sudah pasti sesuatu yang sukar bagi penerima dari kalangan warga emas serta orang kurang upaya.
Dato' Tajul juga sentiasa mengingatkan semua petugas penyerahan BR1M supaya sentiasa memberi perhatian khusus kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya serta meminta supaya urusan penyerahan bantuan kepada mereka dipermudahkan.
Sementara itu majlis penyerahan BR1M bagi pusingan ke 2 DUN Tanjung Dawai yang berlangsung di Dewan UiTM Merbok semalam, berjalan lancar dimana hampir 3,000 penerima berjaya menunaikan baucer BR1M di kaunter BSN yang dibuka.
Sebelum itu semasa ucapan perasmian, Dato' Tajul berkata kerajaan yang memerintah mestilah tahu menguruskan ekonomi dan sumber pendapatan negara.
"Kerajaan mesti pandai meniaga, mesti pandai cari duit, kerajaan tidak boleh meminta sedekah dari rumah ke rumah atau di majlis ceramah untuk beri RM500 kepada rakyat,"katanya.
Menurutnya selain dari kutipan cukai, kerajaan melabur dalam pelbagai bidang perniagaan, perindustrian, saham dan sebagainya.Hasil pendapatan yang lebih itulah yang disalurkan kepada rakyat kerana pihak kerajaan memahami tekanan ekonomi yang ada pada hari ini serta sentiasa mencari jalan membantu rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan