TANJUNG DAWAI - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah
keluarga di Kampung Sungai Derhaka dekat sini terpaksa menumpang
tinggal dibawah sebuah rumah sebagai tempat berlindung.
Ahmad yang hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan
pendapatan tidak tetap berkata, dia memilih untuk tinggal dibawah rumah itu kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga lain.
Isterinya, Che Tom Ahmad, 32 pula tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga 4 anak yang berusia antara 5 bulan hingga 7 tahun.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang melawat keluarga berkenaan semalam berkata, beliau akan menghantar surat permohonan kepada pihak berkenaan untuk membina rumah baru bagi keluarga itu.
Beliau yang terkejut kerana tidak menyangka masih ada keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan seperti itu berkata, permohonan akan dibuat untuk membina 2 buah rumah memandangkan keadaan rumah yang kini didiami oleh adik ipar Ahmad juga sudah terlalu uzur.
Dalam kunjungan itu, Dato' Tajul turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian untuk keluarga tersebut.
"Jadi Dato' pun telah beri tindakbalas yang baik yang mana hari ini beliau telah pun sampai ke sini, dan kita harap perkara ini akan dapat disegerakan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan