Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata demikian semasa berucap dimajlis perasmian sambutan Cap Goh Mei anjuran Persatuan Teo Chew Kedah Tengah di Padang Awam,Taman Ria Jaya, Sungai Petani, semalam.
Beliau juga berkata apa yang diperlukan rakyat dari pemimpin ialah kebijaksanaan pemimpin memerintah, rakyat mahu keamanan dan kemakmuran dan kerana itulah apa yang telah dibuat oleh Perdana Menteri untuk menentukan negara ini terus aman dan maju mestilah disokong oleh semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi persatuan Teo Chew Kedah Tengah, En. J.C Cheng memberitahu, sambutan Cap Goh Mei secara besar-besaran seumpama ini telah diadakan sejak 6 tahun lalu iaitu bersamaan dengan usia persatuan Teo Chew sendiri.Pesta kali ini yang berlangsung selama 2 hari menelan kos sekitar RM 80,000 yang disumbangkan oleh ahli persatuan tersebut.Sebelum
ini pesta tersebut diadakan di Taman Patani jaya (berhadapan pasaraya Econ
Save), namun sejak 2 tahun lalu lokasi sambutan telah diubah kesini kerana kawasan
ini lebih luas dan lebih banyak ruang untuk meletak kenderaan, ini katanya,
akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.
Berdasarkan adat resam masyarakat Cina, aktiviti sambutan Tahun Baru Cina akan berakhir pada hari ke-15, iaitu hari Cap Goh Mei. Masyarakat Cina juga mempunyai adat resam yang unik dalam menyambut Cap Goh Mei.
Cap Goh Mei yang juga dikenali sebagai 'Pesta Tanglung' merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam hari Cap Goh Mei, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan untuk memeriahkan suasana perayaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan