SEMELING - Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat
laporan Polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera UMNO
di jalan masuk ke Taman Malinja disini dibakar dipercayai perbuatan khianat penyokong
parti pembangkang.
Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO Bahagian Merbok,
Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain yang melawat tempat kejadian berkata, beliau
yakin perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri
ceramah politik di taman perumahan itu malam tadi, Kejadian dipercayai berlaku
pada awal pagi.
Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian membakar bendera
itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan
demokrasi.
Malah katanya, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku
dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang, dikoyak pihak
tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini.
Laporan dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Anuar Ahmad di
balai polis Merbok pukul 11.52 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan