BEDONG - Seramai 34 warga emas yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Bedong (RSKB), disini menerima RM500 wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain di pusat jagaan warga emas itu hari ini.
Difahamkan program khas penyerahan bantuan itu diadakan di RSKB atas permintaan Dato' Hj. Tajul Urus sendiri yang prihatin terhadap keadaan warga emas terbabit serta ingin memberi kemudahan kepada golongan ini.
Shabudin Sapino, 61, tidak dapat menahan kesedihan semasa menerima BR1M dari Dato' Hj. Tajul Urus. |
Ditanya bagaimana wang tersebut akan digunakan oleh warga emas terbabit, beliau menjelaskan ia akan dibelanjakan mengikut kehendak mereka sendiri.
"Kita akan bagi mereka belanja ikut kehendak mereka
cuma kita kena jaga kerana ada sesetengahnya tidak berupaya menguruskan sendiri kerana pelbagai masalah seperti nyanyuk dan sebagainya", katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan