Isnin, 5 Mac 2012

Waraskah Dr. Dzulkefly Ahmad?





SEBAGAI seorang Islam saya benar-benar kesal dan kecewa apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini menyatakan bahawa Pas sanggup minum kopi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada meminum arak dengan UMNO.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bagaimana Dzulkefly lebih mementingkan soal merebut kuasa bersama kedua-dua parti itu daripada berusaha menyatukan ummah.

Kita tidak faham kenapakah Dzulkefly begitu taksub mempertahankan kerjasama Pas dengan kedua-dua parti berkenaan terutamanya DAP yang menentang Islam.

Dzulkefly perlu ingat, pas sepatutnya tidak perlu berbangga kerana menjalin hubungan dengan DAP kononnya atas dasar ingin menunjukkan persefahaman parti itu dengan bukan Islam.Sebenarnya, UMNO lebih dahulu melakukan perkara berkenaan sejak merdeka lagi dan kita tidak perlu lupa apa kata pas kepada UMNO satu ketika dulu.

Apakah Dzulkefly melupakan siapa yang menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC? Bukankah tuduhan itu dibuat oleh pas, tetapi kenapakah sekarang apabila pas terpaksa bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk mencri kuasa politik ia sudah tidak  dianggap kafir lagi?
Hakikatnya UMNO jauh lebih baik dari pas, UMNO melaksanakan pelbagai usaha memajukan Islam tetapi pas hanya tahu mengkritik dan mencipta slogan sahaja.

Selain itu, saya juga ingin meminta Dzulkefly tidak perlu bersandiwara lagi, semua orang tahu siapa beliau.Dzulkifly adalah pengikut setia Anwar Ibrahim didalam pas dan mahu melaksanakan agenda penasihat  itu dalam parti berkenaan. Akibat ada pemimpin seperti Dzulkefly  ia telah menyebabkan pas kini semakin tunduk kepada DAP.Segala-galanya pas ‘halalkan’ termasuklah mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.
Oleh itu saya berharap ulama-ulama dalam pas akan menegur Dzulkefly yang sejak kebelakangan ini kerap membuat kenyataan yang boleh menjejaskan pas.

Itu pun jika ulama dalam parti berkenaaan  masih mempunyai keberanian untuk menegur mereka yang dinaggap ‘parasit’  dalam parti itu.

NUR HIDAYAH
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: