Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) peringkat daerah Kuala Muda disempurna oleh Penyelaras
Parlimen Merbok merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan pertanian parlimen
merbok Dato' Hj. Tajul Urus Bin Hj. Mat Zain di di pasar tani Sungai Petani
kelmarin.
Program Jimat Belanja Dapur bertujuan untuk menangani
masalah inflasi di mana harga barangan (makanan) perlu terutamanya hasil
pertanian yang semakin meningkat akan dapat dijual dengan harga yang lebih
rendah sekurang-kurangnya 20%-30% lebih rendah dari harga pasaran.
Dato' Hj.Tajul Urus berkata, Pasar tani akan dijadikan lokasi utama bagi tujuan itu kerana ramai petani serta peniaga yang terlibat dapat menjual terus hasil pertanian mereka kepada pengguna.
"Selain pengguna mendapat harga yang murah dengan kualiti yang terjamin, peniaga juga akan turut mendapat keuntungan yang lebih dengan peningkatan kualiti jualan yang dilakukan secara terus tanpa orang tengah", katanya.

Sementara itu, pegawai FAMA daerah Kuala Muda, Shuib Yusuf pula berkata, program Jimat Belanja Dapur merupakan salah satu program dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke-7 yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA.
Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, pada peringkat permulaan, pihak FAMA sendiri akan memasarkan hasil-hasil pertanian terpilih dengan harga lebih rendah
dari yang ditetapkan oleh pihak kerajaan (barang kawalan).Menurutnya untuk itu, FAMA akan membawa terus hasil pertanian dari Cameron Highland serta mengimport sendiri dari pembekal di negara jiran.Peserta pasar tani juga katanya telah mula
menunjukkan minat yang positif untuk menyertai program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan