Kata-kata itu diluahkan oleh ibu kepada Muhammad Fakhrul
Mikail, 2, yang menghidap kanser saraf (neuroblastoma) dan perlu menjalani
kemoterapi dua minggu sekali di Hospital Pulau Pinang.
Zuraida Abu Bakar, 30, dari Taman Amanjaya Zon Mawar di Sungai Lalang terpaksa berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggalnya
itu sementara suaminya, Mohd Farid Yusof, 36, sering mengambil cuti bagi
menghantar Fakhrul ke hospital.
Menurut Zuraida, ketumbuhan saraf pada Fakhrul dikesan Mei
tahun lalu apabila matanya sering bengkak.Selepas habis semua sesi kemoterapi
bagi ketumbuhan saraf mata dan buah pinggang pada Oktober 2011, dia kembali
aktif namun pada Januari 2012 terdapat satu benjolan di bawah ketiak Fakhrul.
Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan sel kanser telah merebak kembali dan perlu menjalani sesi kimoterapi buat kali kedua.Sepanjang rawatan
kemoterapi, Fakhrul menjadi letih, tidak lalu makan dan minum, demam serta cirit-birit.
“kesan kimoterapi sangat kuat sehingga menjadikan tulang
Fakhrul rapuh dan dua minggu lalu semasa sedang bermain, dia terjatuh sehingga
membuatkan kedua belah kakinya patah”, katanya.
Pada masa ini Fakhrul Mikail mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan, namun dengan pendapatan bapanya kira-kira
RM800 sebulan, tidak mampu menanggung
perbelanjaan yang semakin meningkat.
Zuraida menjelaskan, mereka memerlukan RM350 sebulan bagi
perbelanjaan susu yang disyorkan doktor, RM70 sebulan bagi membeli lampin pakai
buang dan kos ulang-alik setiap dua minggu sekali ke Pulau Pinang bagi
mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus
Mat Zain yang melawat Fakhrul bersimpati
melihat keadaannya.Beliau berharap orang ramai dapat turut sama memberi bantuan
kepada Fakhrul.
Dalam lawatan itu juga
beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi serta barangan keperluan harian kepada
keluarga tersebut termasuk lampin pakai buang untuk kegunaan Fakhrul.
Turut serta dalam lawatan itu pengawai kebajikan masyarakat
daerah Kuala Muda, En Mohamad Md Nor.
Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh
menghubungi Zuraida di talian 019-4271276 atau terus melalui akaun Maybank
152050065164.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan