Tak tahulah sama ada benar Hadi Awang yang berkata, dia
mahukan 1 jam siaran untuk dia menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI secara
langsung menerusi siaran televisyen, atau sebenarnya Hadi Awang cuba didesak
oleh puak-puak dalam PAS yang sudah kepanasan penangan AMANAT HAJI HADI 1981
yang masih tidak dan sampai bila-bila pun tidak selesai.
Rais Yatim dah bagi persetujuan dan peruntukan masa untuk
Hadi Awang menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI 1981 yang dikatakan oleh
pecacai PAS, kononnya ia bukan untuk orang UMNO walaupun dari tahun 1981
sehingga sekarang, terlalu ramai orang UMNO yang telah dikafirkan oleh orang
PAS, menerusi televisyen.
Sebenarnya kalau setakat Hadi Awang bercakap seorang diri di
hadapan kamera dan kata-katanya kemudian dipancarkan ke seluruh negara, ia
belum cukup untuk menerangkan tentang isi amanat tersebut.
Yang paling penting, Hadi Awang perlu bercakap di hadapan
kumpulan bekas dan masih lagi anggota PAS yang sangat percaya, bahawa melawan
UMNO adalah jihad, malah derma untuk para penceramah PAS juga dianggap jihad.
Lebih afdal lagi sekiranya, dia bercakap di hadapan bekas-bekas orang PAS yang
pernah menjalankan tugas amanat tersebut, mengkafirkan orang UMNO dengan
pelbagai cara, termasuklah dengan menceraikan isteri masing-masing yang
merupakan Wanita UMNO.
Lebih menarik, jikalau Hadi Awang bercakap di hadapan
bekas orang PAS yang pernah bertekak sampai terkeluar anak tekak di serambi
masjid menerangkan dalil dan nas mengapa orang UMNO kafir.
Mungkin ada baiknya juga kalau BUKU KAFIRKAN AKU? yang
ditulis oleh C.N. Al-Afghani itu ditangani sekali oleh Hadi Awang dan para
penyokongnya dalam sebuah majlis yang kemudian disiarkan secara langsung oleh
televisyen... tak kiralah sama ada stesen RTM, Media Prima, Al-Hijrah mahupun
ASTRO...
Ramai yang mahu tahu, apa yang tertulis di dalam buku itu,
adakah mencerminkan AMANAT HAJI HADI yang sebenar atau sebenarnya penulis
tersebut salah faham sekaligus turut menyeret ratusan ribu orang PAS yang lain
untuk faham AMANAT HAJI HADI secara harfiah.
Rasa-rasanya daripada Hadi Awang bercakap seorang diri di
hadapan kamera dan ditonton menerusi televisyen, beratus kali ganda ramainya
yang mahu tengok Hadi Awang menerangkan kepada kaum PAS yang pernah
mengkafirkan orang UMNO menerusi AMANATnya!!
1 ulasan:
Tak pe la ... bagi dia cakap ... Bukan lama 1 jam aje .. Takut ke ?
Catat Ulasan