Sabtu, 7 Januari 2012

Air Melimpah Rosakkan Bangunan.

Setiap kali hujan lebat, limpahan air yang turun laju dari kawasan tinggi menjadi masalah besar bagi sebahagian penduduk di Kampung Jerong, Sidam Kiri.Ini kerana air yang melimpah itu akan merempuh rumah, masjid serta sebuah sekolah tadika di Kampung tersebut.

Tinjauan di sekolah tadika yang menjadi tempat belajar lebih 20 orang murid, mendapati bangunan sekolah itu mengalami kerosakan yang agak teruk kerana selalu digenagi air setiap kali hujan.Guru di tadika tersebut,Puan Siti Kamariah memberitahu, air yang turun mencurah dari kawasan tinggi akan melalui bangunan tadika berkenaan yang menyebabkan bahagian dinding bangunan rosak.Air juga akan masuk kedalam kelas serta dapur dan terpaksa dibersihkan selepas itu.Penghadang konkrit telah dibina di bahagian bawah pagar sekeliling bangunan namun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Puan Kamariah menunjukkan bahagian dinding yang rosak.

Penyelaras Parlimen Merbok Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang membuat tinjauan ke tadika itu berkata beliau telah pun menghubungi Pejabat Pembangunan Daerah Kuala Muda untuk membuat lawatan dan seterusnya membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Disini tidak ada satu sistem perparitan yang sempurna untuk mengalirkan air ke sungai, jadi itu yang saya minta pegawai pembangunan yang sepatutnya datang bersama hari ini tapi disebabkan ada hal lain beliau tak dapat datang,..untuk melihat sendiri keadaan dan mengambil tindakan yang saya harap dapat disegerakan", jelasnya.

Beliau berkata, sebuah parit perlu dibina di bahagian atas dan air akan disalurkan terus ke sungai.




*Difahamkan semasa berita ini ditulis pegawai dari pejabat penbangunan telah pun datang membuat lawatan.

Tiada ulasan: