Selasa, 17 Januari 2012

Rakan Facebook Salur Maklumat.

Rusniza Md Idris, 32 merasa hairan apabila kelibat Ismail Saleh yang selalu dilihat mencari barang lusuh di sekitar rumahnya di Taman Ria Jaya sudah lama tidak kelihatan.Dia yang telah mengenali Ismail sejak beberapa bulan kemudiannya diberitahu bahawa lelaki itu sedang terlantar dirumahnya akibat kemalangan jalanraya.

Simpati dengan nasib lelaki tersebut, beliau kemudian mengunjungi rumah Ismail di Taman Kelisa, melihat keadaan Ismail, Rusniza nekad melakukan sesuatu bagi membantu Ismail yang tidak dapat bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga.Rusniza yang merupakan salah seorang dari 5000 rakan facebook Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain kemudian menghantar satu pesanan  kepada beliau menceritakan berkenaan nasib yang yang menimpa keluarga Ismail.

Bertindak atas aduan tersebut, Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain kemudian meminta pegawai kebajikan dan tugas-tugas khas beliau, Khalid Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Din untuk meninjau kesulitan yang dialami keluarga itu.

Pak Din meninjau keadaan keluarga Ismail serta menghulurkan
 sedikit sumbangan sementara tindakan susulan diambil.

Ismail Saleh, 52 yang bekerja sebagai tukang kebun di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kini terpaksa bergantung hidup kepada ehsan adik serta jiran untuk meneruskan kehidupan yang semakin terhimpit selepas terlantar akibat kemalangan motosikal sejak hampir 4 bulan lalu.

Lebih malang,dia yang  juga melakukan kerja sampingan dengan mengutip barang lusuh bagi menyara isteri serta 4 orang anak turut kehilangan motosikal yang merupakan satu-satunya harta miliknya selepas kemalangan itu, dipercayai dicuri semasa Ismail dibawa ke hospital.

3 anaknya masih bersekolah sementara anak bongsu pula baru berusia 3 tahun 6 bulan.Bekalan air ke rumah pula telah dipotong oleh pihak SADA kerana tunggakan bil yang tidak dijelaskan.Menurut Ismail, beliau pernah memohon bantuan dari jabatan kebajikan mesyarakat (JKM) namun sehingga kini tiada jawapan yang diterima.

3 dari 4 orang anak Ismail.
Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang mengulas perkara itu kemudian berkata, beliau telah pun dimaklumkan berkenaan perkara itu dan tindakan segera akan diambil bagi membantu keluarga Ismail.

"Saya belum lagi melawat keluarga ini tapi laporannya sudah saya terima dan InsyaAllah saya akan datang melawat bersama pegawai JKM dalam waktu terdekat", katanya.

1 ulasan:

Cinta_damai berkata...

sepatutnya semua pemimpin bersikap pro-aktif dalam membantu kehidupan masyarakat melalui agensi kerajaan yang telah dikhaskan untuk tugas-tugas sedemikian... jika semua wakil rakyat proaktif dan mendekati rakyat InsyaAllah rakyat akan sentiasa bersama kalian! dan didoakan agar kalian terus sihat sejahtera...