Selasa, 10 Januari 2012

Impian Miliki Rumah Sendiri Tercapai.



Selepas 18 tahun tinggal menyewa, penantian Ibrahim Man, 52 dari Kampung Siam, Bedong untuk memiliki rumah sendiri berakhir apabila beliau mendapat bantuan Rumah Ehsan BN Parlimen Merbok.Ibrahim yang bekerja sebagai kelindan lori telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri namun dengan pendapatan tidak seberapa, ditambah pula terpaksa membesarkan 3 orang anak adalah sukar baginya untuk melaksanakan impiannya itu.

Penyelaras Perlimen Merbok, YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata bantuan sebanyak RM8000 telah disalurkan kepada projek pembinaan rumah tersebut.Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, sebelum ini Ibrahim pernah membuat permohonan kepada agensi lain untuk mendapatkan bantuan membina rumah, namun gagal.

Setelah penduduk kampung bersetuju untuk membantu membina rumah Ibrahim secara gotong royong dan perkara itu dibawa ke pengetahuannya, beliau selaku Penyelaras Parlimen telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM8000 bagi tujuan tersebut manakala tapak untuk membina rumah berkenaan diberikan kepada Ibrahim oleh kakak beliau.Selain peruntukan RM8000 dari Dato' Hj. Tajul Urus, penduduk kampung turut membuat kutipan dan berjaya menambah sebanyak RM3000 lagi bagi tujuan tersebut.

Dato Hj.Tajul Urus ditemui media ketika menziarahi keluarga Ibrahim yang mengadakan majlis kenduri kesyukuran ahad lalu.



Sementara itu majlis penyerahan kunci rumah kepada Ibrahim telah disempurnakan sebelum itu oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Dato' Zubir Sh. Saad sebagai mewakili Dato' Hj. Tajul Urus yang berada di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: