Mak Mok gembira menerima hadiah yang disampaikan oleh Dato' Hj. Tajul Urus. |
Mak Mok atau nama sebenar Hafizah Ibrahim, 62 tidak menyangka aksinya berdangdut semasa menyertai pertandingan teh tarik berirama di Karnival Jalur Lebar Parlimen Merbok, membolehkannya membawa pulang hadiah di tempat ketiga pertandingan itu.
Beliau yang menyertai pertandingan itu secara suka- suka memberitahu, hanya mengikut rentak lagu yang dimainkan sambil cuba untuk tidak menumpahkan teh.
"Saya adalah peserta yang terakhir dan melakukan persembahan dan paling lama dari peserta lain," katanya.
Sarimah Man,Johan Pertandingan. |
Sementara itu johan pertandingan, Sarimah man, 48 berkata, beliau menyertai pertandingan itu tanpa ada pengalaman atau sebarang pengetahuan tentang membuat teh tarik.Beliau yang tidak menyangka menjadi johan pertandingan itu menarik teh menggunakan irama poco-poco.
Selain kedua-dua pemenang itu, Abd Razak Abd Hamid turut diumumkan sebagai pemenang ditempat kedua.
Hadiah pertandingan disampaikan oleh penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul urus Mat Zain.
Abd Razak Menerima hadiah tempat kedua. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan