Khamis, 19 Januari 2012

Warga Emas Dirai Sempena Tahun Baru Cina.


Menemubual seorang warga emas yang berusia hampir 100 tahun.

Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari lagi, golongan warga emas di sekitar DUN Tanjung Dawai bertuah menerima sumbangan berupa hamper daripada Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.

Di Pekan Semeling atau lebih dikenali sebagai 'Pawagam' bagi penduduk setempat, seramai 351 warga emas menerima sumbangan tersebut.Di bangunan MCA cawangan Merbok pula seramai 38 orang penerima juga dari kalangan warga emas turut menerima sumbangan berkenaan, manakala di Tanjung Dawai, 11 penerima.


Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, sumbangan hamper berkenaan adalah antara program yang biasa diadakan setiap kali menjelang sesuatu perayaan.

"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun apa yang lebih penting saya dapat memainkan peranan bagi mengembirakan kalangan warga emas ini untuk menyambut Tahun Baru yang akan disambut beberapa hari lagi", katanya.

Melanjutkan bicara beliau berkata, program seperti ini akan diteruskan dibeberapa tempat lagi sebelum sambutan Tahun Baru.

Tiada ulasan: