Kerajaan yang diterajui Barisan
Nasional (BN) tidak akan mengambil sikap mencari keuntungan jangka pendek
seperti meraih undi untuk pilihan raya tetapi mengorbankan kepentingan negara
bagi jangka masa panjang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perancangan yang berdasarkan kepada
pertimbangan semasa termasuk membuat pelbagai janji adalah semata-mata mahu
meraih undi daripada rakyat tetapi ia boleh membawa kepada kehancuran ekonomi
sesebuah negara.
Katanya dalam mahu meraih sokongan rakyat, kerajaan tidak
akan mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan berjanji melakukan
segala-galanya seperti yang dilakukan pembangkang.
"(Kalau dah berjanji) apabila hendak melaksanakannya
mungkin kita akan senasib, sebaris dengan beberapa negara lain (negara-negara
Eropah yang berhadapan dengan masalah ekonomi ketika ini).
"Kita bukan hanya nak raih sokongan dalam pilihan raya
tetapi merosakkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Kita tadbir negara
dengan cekap, membina kekuatan dan kemudian beri keuntungan kepada
rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan