Sabtu, 21 Januari 2012

Puteri Prihatin Ceriakan Pesakit.



Dengan membawa cenderahati untuk diberikan kepada pesakit sempena sambutan Tahun Baru Cina, Puteri UMNO Bahagian Merbok diketuai naib ketuanya, Siti Hajar Ismail hari ini mengadakan program 'Puteri Prihatin' bertempat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. program yang turut disertai Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama isteri, Datin Nor Adawiyah Morad, melawat kira-kira 220 pesakit di hospital tersebut.



Menurut setiausaha Puteri UMNO Bahagian Merbok, Suhaina Mohd Azhar, program Puteri Prihatin ini merupakan program bulanan Puteri UMNO yang mana ia akan digerakkan di klinik serta pusat-pusat kesihatan. Program yang telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini juga pernah diadakan di Klinik Kesihatan Bandar, Klinik Kesihatan Tanjung Dawai dan Klinik Kesihatan Bukit Selambau selain HSAH sendiri.

Selain itu katanya, program yang dijalankan pada kali ini merupakan yang terbaik kerana ia disertai lebih 50 ahli puteri yang mana sebelum ini program seperti ini kebiasaannya hanya membabitkan kira -kira 10 ahli sahaja.

Beliau yang gembira dengan kejayaan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli puteri yang sanggup meluangkan masa bagi menjayakan program itu.


Tiada ulasan: