Ahad, 22 Januari 2012

Terima Kasih Dato' Tajul.



Subramaniam Marasamy, 63 amat gembira sebaik menyedari kedainya yang terletak di Pekan Bedong dikunjungi Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.Beliau yang sudah berniaga disitu sejak 29 tahun lalu berkata, Dato' Tajul adalah antara orang yang telah membina semula kedainya yang telah musnah dalam satu kebakaran pada bulan september 2011 lalu.

Dalam kebakaran itu, sederet 6 buah kedai peniaga kecil di sini hangus dijilat api.Dato' Hj. Tajul Urus bersama Penyelaras Parlimen Jerai, Dato' Suhaimi Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr. Leong Yong Kong yang melawat tapak kebakaran ketika kejadian telah berjanji kepada mangsa dan pemilik kedai untuk menyelesaikan masalah mereka dan berjanji untuk menubuhkan satu tabung mangsa kebakaran dengan dipengerusikan oleh En.Kalai,ketua MIC cawangan Bedong.Dengan sumbangan dari pelbagai pihak termasuk beberapa NGO, akhirnya kedai tersebut telah dapat dibina semula dan kini mereka telah pun memulakan semula perniagaan disitu.




Bagi peniaga santan, Anuar Zamani, 45, tindakan pantas yang diambil oleh Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa kebakaran itu amat bermakna bagi peniaga kecil sepertinya.

"Kami yang merasa kehilangan punca pendapatan ketika itu amat terharu dengan tindakan pantas Dato' dalam menyelesaikan masalah itu tanpa mengambil masa yang panjang yang sudah pasti akan menjejaskan kehidupan kami", jelasnya.

Dia yang menganggap kebakaran itu sebagai rahmat dan ujian baginya, turut bersyukur kerana kedai itu kini adalah miliknya.

Menurutnya sebelum kebakaran itu, dia hanyalah penyewa, namun selepas kedai itu dibina semula, pemilik lama bersetuju untuk menjual premis tersebut  kepadanya.

Tiada ulasan: