Syed Ali Syed Junid menunjukkan laluan air yang sempit selepas jirannya membuat penambahan bangunan diatas laluan air kepada Dato' Hj. Tajul Urus. |
Sikap jiran yang mementingkan diri menjadi punca masalah kepada penghuni beberapa buah rumah di Perumahan Awam Bukit Selambau.Air bercampur najis memasuki rumah mereka terutama ketika hujan dimana air yang melimpah dari saluran septik yang tersumbat tidak dapat mengalir dengan baik.Masalah itu dikatakan berpunca dari perbuatan penghuni salah sebuah rumah yang membuat tambahan bangunan (rumah) sehingga menutupi laluan air tersebut.Keadaan itu juga menyebabkan tandas tidak dapat digunakan kerana air tidak dapat dipam keluar malah sentiasa penuh didalam mangkuk tandas.Penghuni terpaksa menggunakan penutup untuk mengelakkan bau busuk berikutan keadaan itu.Mereka juga memberitahu tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan untuk menyaman penghuni lain jika mereka berbuat sesuatu.
Seorang penduduk menunjukkan tandas yang dipenuhi air dan terpaksa ditutup. |
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang menerima aduan seorang penduduk pada minggu lalu, datang untuk melihat sendiri keadaan tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.Beliau berkata, perkara ini perlu dibawa kepengetahuan pihak majlis perbandaran terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain dapat diambil.
"Sebelum ini saya diberitahu bahawa ianya masalah tangki septik, kalau cuma itu tiada masalah memang saya datang untuk selesaikan
terus, tapi saya tengok masalah bukan setakat itu kerana ia melibatkan struktur
lain" , katanya.
Sehubungan beliau akan meminta pihak majlis Perbandaran untuk datang membuat tinjauan dan mengambil tindakan yang sepatutnya jika ada pihak yang didapati melakukan kesalahan (membina struktur tanpa kelulusan).
Difahamkan pihak Indah Water ketika dihubungi penduduk meminta bayaran RM800 untuk tujuan mengosongkan tangki septik.Menurut penduduk bayaran itu diminta ketika mereka menghubungi pihak Indah Water melalui telefon.
Dato' Hj. Tajul Urus ketika menjawab soalan media berkenaan perkara itu berkata beliau sedia menyelesaikan bayaran itu sekiranya penduduk terlibat tidak mampu berbuat demikian.Apa yang penting katanya, rakyat perlu sedar bahawa kerajaan BN sentiasa berusaha untuk kesejahteraan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan