Khamis, 26 April 2012

Hebat!, Transgender Tanding Pilihanraya Raya Thai.



BANGKOK 25 April - Seorang wanita transgender mendaftarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya wilayah di Thailand, kali pertama calon golongan itu bertanding untuk jawatan politik peringkat wilayah di negara ini.
Yonlada Suanyos, 30, semalam mendaftarkan diri sebagai calon untuk kerusi Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Nan, iaitu kerajaan tempatan bagi wilayah Nan, terletak 500 kilometer ke utara Bangkok, lapor akhbar The Nation, hari ini.

Pilihan raya itu dijadual berlangsung pada 27 Mei ini.
Yonlada, yang menjalani pembedahan jantina untuk menjadi wanita pada usia 16 tahun, dipercayai cukup berkelayakan untuk jawatan kerajaan wilayah itu.

Dia memegang ijazah kedoktoran, memiliki perniagaan barang kemas, mengendalikan sebuah stesen televisyen satelit dan merupakan Presiden Persatuan Trans Wanita Thailand.
"Saya yakin pengalaman dan kebolehan saya akan menyumbang kepada pembangunan Nan, dan saya percaya golongan transgender dan homoseks akan menyokong saya," kata Yonlada.

Dia merupakan transgender pertama bertanding pada pilihan raya wilayah di Thailand.
Seorang lagi transgender, Chuchat Dunyaprapasorn memenangi pilihan raya peringkat kampung tiga tahun lalu. - DPA

Tiada ulasan: