'Tidak ada satu kelompok pun rakyat di negara ini yang terkeluar dari perhatian Perdana Menteri, Datuk seri najib Tun Razak termasuk kalangan peniaga kecil dan pemandu teksi'.
Timbalan perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin berkata,
walaupun banyak usaha telah dibuat untuk kesejahteraan rakyat namun itu masih
tidak mencukupi dan akan dipertingkatkan lagi.
“Ini jaminan kerajaan BN, bukan cakap kosong tapi mesti kita
laksana dan kita tunaikan, InsyaAllah dengan sokongan rakyat kita akan tunaikan
apa yang telah kita janjikan untuk kepentingan rakyat”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam perjumpaan khas bersama
pemandu teksi dan peniaga kecil di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani
kelmarin.
Menurutnya YAB Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa
perkara dalam bajet 2012 yang ada kaitan dengan kepentingan pemandu serta
pemilik teksi dan kereta sewa yang telah diluluskan oleh kerajaan antaranya
pengecualian cukai jalan, pemansuhan cukai jualan dan duti eksais bagi
kenderaan, kadar faedah 2 peratus untuk pembiayaan kenderaan baru, insentif
RM1000 hingga RM3000 untuk gantian kenderaan lama yang mungkin akan dinaikkan
sehingga RM10,000.
"malahan baru-baru ini perdana menteri telah bertanya
saya, dia kata pemandu teksi ni apa lagi kita boleh bantu",
"Kita ada bincang 2 - 3 perkara yang saya tak mahu umum disini, biarlah perdana menteri sendiri yang beritahu”, katanya.
"Kita ada bincang 2 - 3 perkara yang saya tak mahu umum disini, biarlah perdana menteri sendiri yang beritahu”, katanya.
Berikutan itu menurut Muhyiddin, akan ada lagi kejutan yang
akan diumum oleh Perdana Menteri kepada lebih 40,000 pemandu teksi di seluruh
malaysia.
Beliau juga berkata, bukan pemilik teksi sahaja diberi perhatian, malah peniaga kecil dan penjaja yang banyak membantu meningkatkan ekonomi negara juga mendapat perhatian sama.
Muhyiddin juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada 16 persatuan teksi aktif di Negeri kedah yang akan diguna untuk pentadbiran dan memajukan persatuan.
Jumlah sama turut diumumkan untuk setiap cawangan persatuan penjaja dan peniaga kecil.
Yang Dipertua persatuan penjaja dan peniaga kecil melayu Negeri Kedah, Abd Ghani Hassan yang ditemui media berkata, peruntukan RM10,000 yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin adalah hadiah bernilai yang akan digunakan untuk melancarkan tadbir urus persatuan.
"Kehadiran Tan Sri Muhyiddin ke sini bertepatan dan cukup baik kerana kami kerana kami berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau”,
"Dengan penjelasan yang diberikan, kita tahu ada saluran tertentu yang boleh dimanfaatkan penjaja dan peniaga kecil seperti melalui pinjaman Tekun, Amanah Ikhtiar dan pinjaman Mara sekiranya memerlukan bantuan bagi mengembangkan perniagaan", katanya.
Sementara itu wakil Persatuan Teksi Negeri Kedah, Zakaria Jaafar pula berkata, pihaknya mengalami masalah berhubung penukaran kereta sewa lama kepada kereta baru berjenama Proton melalui skim yang dibentangkan dalam bajet 2012 dimana melalui skim berkenaan pemilik teksi berkelayakan boleh membuat penukaran itu.
Namun katanya masalah itu sudah dimaklum kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan berbincang dengan Menteri Kewangan berhubung masalah itu.
Menurutnya, pemilik dan pemandu teksi sentiasa menyokong dasar kerajaan dan berterima kasih atas perhatian yang diberi kepada golongan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan