Selasa, 17 April 2012

Himpunan Jentera Pemuda BN Hangat!

Majlis perjumpaan jentera pemuda BN Bahagian Merbok yang diadakan di Taman Ria Jaya semalam berlangsung hangat dengan kehadiran para pemuda dari parti-parti komponen BN.

Pengelola program, En. Baragaran Pachayappan berkata, perhimpunan yang julung kali diadakan ini melibatkan pemuda-pemuda dari parti komponen BN iaitu MIC, IPF dan PPP.

"Saya rasa bersemangat bila lihat ramai pemuda-pemuda komponen berkumpul seperti malam ini", katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda MIC Negeri Kedah merangkap Ketua Pemuda MIC Merbok, turut mengingatkan pemuda bahawa betapa beruntungnya menjadi rakyat Malaysia.Menurutnya tiada siapa yang dapat menafikan mengenai kemajuan yang telah dibawa oleh kerajaan BN kepada rakyat Malaysia khususnya kepada masyarakat India.

"Banyak pembangunan telah dibuat dan kaum India juga berkongsi merasakannya", katanya.

MIC juga katanya telah banyak melakukan transformasi demi kebaikan kaum India dimana pemuda MIC kini banyak melakukan program-program mengikut konsep 1Malaysia.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan begitu ikhlas terhadap masyarakat India, beliau turut menyelar pakatan pembangkang yang memerintah Kedah ketika ini, yang giat menabur janji kepada masyarakat India sebelum pilihanraya lalu tetapi tidak menunaikannya selepas menang.

"Saya nak tanya, apa mereka buat? Apa Pas buat? Apa PKR buat? Sebelum menang mereka janji macam-macam bantuan seolah masyarakat India akan hidup lebih baik jika mereka berkuasa",

"Tapi hari ini siapa yang ambil tahu masalah kita? hanya Dato'Tajul, hanya kepimpinan BN saja yang ambil tahu..kita buat kerja walau kita tak menang", katanya.

Menjurus kepada perpaduan antara kaum, Ketua Pemuda UMNO Merbok, Shaiful Hazizy dalam ucapannya pula berkata, pada masa negara ini mencapai kemerdekaan, tiada parti PKR, Pas mahupun DAP.


"Tetapi kita capai kemerdekaan, tiada langsung bunyi senapang yang meletup, tiada langsung bunyi pedang yang berlaga sesama sendiri",

"Kita dapat kemerdekaan hasil dari perpaduan antara kaum dalam komponen Barisan Nasional", katanya.

Menurutnya, 60 tahun lalu semua pemimpin yang diketuai Tunku Abdul Rahman, wakil dari MIC, wakil dari MCA dan pada waktu tersebut ada wakil dari kaum orang asli berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa negara ini perlu ditadbir secara bersama.

"Komponen ini telah menghantar Tunku Abdul Rahman ke London bagi meminta kemerdekaan dan kita capai kemerdekaan pada tahun 1957", ujarnya.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai perosak negara  dan pemusnah perpaduan antara kaum.

"Dia pergi jumpa orang India kata simpati sama orang India, kesian sama orang India..orang India miskin..itu komponen Barisan Nasional tidak peduli sama orang India.

Namun Shaiful menjelaskan, dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau telah memperuntukkan sebanyak RM55 juta melalui skim Tekun untuk kaum India memulakan perniagaan, RM250 juta untuk program baik pulih rumah pekerja ladang, memberi biasiswa untuk pelajar-pelajar kaum India serta berbagai bantuan lain bagi membolehkan kaum India bangkit bersaing dengan kaum lain.

Shaiful seterusnya bertanya apakah pula sumbangan atau pembangunan yang telah dibawa oleh PKR dan Pas sepanjang tiga tahun mentadbir Merbok.

Turut hadir Penyelaras DUN Bukit Selambau, M.L Maran, Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Annuar Ahmad, Serta ketua-Ketua Pemuda Parti Komponen BN.




Tiada ulasan: