SUNGAI PETANI - Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah memberi pendedahan kepada pengamal media baru supaya menyebarkan dan mendapatkan maklumat secara berhemah menerusi rangkaian media baru yang semakin popular kini.
Blogger peraktoday.com Salim Iskandar berkata konvensyen itu
mampu membentuk generasi muda yang berfikiran terbuka dan
mementingkan kebenaran fakta sekaligus dapat menguatkan jentera kerajaan.
"Konvensyen ini sangat berjaya sebab peserta tunjuk
minat dan sasaran untuk golongan muda yang kebanyakan ada facebook dan dapat
bagi tahu facebook ini bukan hanya untuk sosial sahaja," katanya
di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri
Kedah yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok disini.Salim berkata kebanyakan pengguna media baru seperti facebook, blog dan twitter lebih cenderung mempercayai sesuatu maklumat itu secara terus tanpa menilai kebenaran fakta terlebih dahulu sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan.
Sehubungan itu Salim menyeru kepada golongan muda supaya bijak menggunakan media baru dengan menilai kebenaran fakta dan membuat perbandingan maklumat antara pro kerajaan dengan pembangkang terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu maklumat itu.
"Sekarang ini rakyat ada dua alternatif iaitu ada pro kerajaan dan pembangkang. Ada facebook twitter or blog dari pihak pro kerajaan dan begitu juga pembangkang. Jadi kita kena baca dua-dua dulu dan bandingkan serta nilai fakta dengan baik tengok betul-betul yang mana betul," katanya.
Katanya lagi sebagai rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat boleh menegur tindakan kerajaan sekiranya timbul perkara yang tidak betul namun teguran tersebut mesti dengan cara yang berhemah.
Sementara itu seorang lagi blogger wirawatiperkasa.blogspot.com Zaira Jaafar berkata konvensyen itu memberi impak yang baik kepada peserta kerana mereka berjaya memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan pihak penganjur.
Zaira berkata kebanyakan isi kandungan media baru dapat membentuk persepsi melebihi realiti sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda.
"Ambil tahu separuh sahaja fakta dan yang selebihnya andaian yang datang dari diri sendiri sebab baca sesuatu maklumat itu tidak habis pun," katanya.
Katanya lagi golongan muda disarakan supaya jangan mudah mempercayai khabar angin sebelum mengenalpasti kebenaran fakta keseluruhan cerita.Apabila ditanya mengenai media baru dianggap estet kelima dan bakal menggantikan suratkhabar dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang
Zaira berkata dia bersetuju dengan perkara itu.
Katanya dia sekarang sudah tidak membeli suratkhabar kerana dia lebih selesa mendapatkan maklumat dan bahan bacaan menerusi internet sahaja.Kira-kira 1500 pengamal media baru menghadiri majlis Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan