Selasa, 24 April 2012

Akhirnya Ismail Dapat Bantuan..


SUNGAI PETANI - Impian Ismail Saleh,32 , dari Taman Kelisa Ria di sini untuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah menunggu sekian lama akhirnya tertunai apabila dikunjungi Penyelaras Parlimen Merbok, Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama pegawai JKM untuk menguruskan bantuan tersebut.
Kunjungan itu merupakan satu rahmat baginya dimana Dato’ Hj.Tajul urus juga turut membawa pakaian serta kasut sekolah baru untuk 3 orang anaknya yang masih bersekolah.

Ismail bekerja sebagai tukang kebun di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani sebelum ditimpa kemalangan yang menyebabkannya terlantar dirumah sejak itu.
Lebih malang, dia yang juga membuat kerja sampingan mencari barangan lusuh disekitar kediamannya turut kehilangan motosikal ketika kemalangan itu dipercayai dicuri.

Tajul sebelum ini diberitahu oleh rakan facebook beliau berkenaan keperitan yang dihadapi Ismail sebelum mengambil tindakan sebaik mendapat maklumat.

Tajul berkata, pihak JKM telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM400 kepada keluarga Ismail.


Menyarungkan pakaian sekolah baru untuk anak-anak Ismail.

Tiada ulasan: