Isnin, 2 April 2012

Cukup Bulan Ambil Gaji,.. Apa Marah2 Ni?


“Wakil PKR ada datang beberapa kali namun tiada sebarang tindakan diambil, cukup bulan depa ambil gaji saja”

Demikian luahan Abd Rahman Hamid, 72 berkenaan masalah ketiadaan bekalan air ke beberapa blok di flat Paya nahu 2 di Sungai Petani.

Menurutnya gangguan bekalan yang telah berlanjutan sejak hampir 3 minggu lalu itu telah melumpuhkan kegiatan harian penduduk yang kebanyakannya sudah berkeluarga dimana ibu bapa terpaksa membawa anak-anak untuk mandi dan mencuci pakaian di pili bomba

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang meninjau masalah itu berkata, faktor utama yang menyebabkan bekalan air sering terputus ialah kehilangan bebola dalam tangki yang dikatakan dicuri penagih dadah yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Apa yang kita kenal pasti ialah bebola dalam tangki selalu hilang dipercayai dicuri golongan tertentu.

“Ini menyebabkan air melimpah ke bahagian lain dan tidak disalurkan ke kawasan sepatutnya,” katanya kepada media semalam.






Beliau mahukan golongan tersebut dikenal pasti dan hukuman sewajarnya dijalankan ke atas mereka sekiranya terbukti bersalah.
“Bagaimanapun, kita telah menggerakkan usaha untuk menjalankan kerja baik pulih dan akan dimulakan esok, Bab duit mereka ada atau tidak mereka kena buat juga," katanya.

 Menurutnya, untuk sementara waktu, beliau telah meminta Syarikat Air Darul Aman (SADA) membekalkan air bersih untuk kegunaan masakan dan minuman buat penduduk.
“Saya telah minta SADA hantar bekalan air bersih setiap hari kepada penduduk sehingga kerja baikpulih selesai,” katanya.

"tiap-tiap hari depa akan hantaq ayaq pakai lori, kalau depa nak mintak upah nanti saya selesai dengan depa". 

Sementara itu, pengerusi lembaga kebajikan perempuan Islam Paya nahu, Rozekna Hashim, 46, berharap campur tangan Dato' Tajul akan dapat memberi kelegaan kepada penduduk terlibat.


“Kita harap keadaan akan bertambah baik dan masalah ini akan selesai secepat mungkin setelah campur tangan Penyelaras Parlimen,” katanya.

Penduduk yang terjejas adalah penghuni di 5 Blok iaitu A6, A18, A19, A20 dan A22 flat berkenaan.

Tajul berbasikal meninjau masalah penduduk di Flat Paya Nahu.

Penduduk terpaksa menggunakan pili bomba untuk mandi dan memcuci pakaian.

Tiada ulasan: