Khamis, 12 April 2012
Isu PTPTN, Pembangkang Ajar Rakyat Tidak Bersyukur!
Tindakan pakatan rakyat untuk memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianggap perbuatan tidak beradab sekaligus mengajar rakyat tidak bersyukur terhadap kemudahan yang diterima.
Pengerusi Perhimpunan Ulama muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, dana PTPTN merupakan sebahagian wang rakyat yang wajib dibayar untuk kegunaan generasi seterusnya.
"Sebelum kita bercakap mengenai bantuan kerajaan, apa pula tanggungjawab kita?.
"Pihak pembangkang sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk membantu rakyat menyelesaikan hutang itu, bincang dahulu apa masalah mereka sebelum bercadang memansuhkannya.
"Wang PTPTN adalah wang rakyat dan hak bersama,maka peminjam perlu bayar untuk kegunaan generasi seterusnya.Jika mahu mansuh kita menyeru pihak pembangkang bayarlah dulu," katanya.
Baliau diminta mengulas dasar pembangkang yang mahu menghapuskan PTPTN jika mereka memenangi pilihanraya umum akan datang.
Jelasnya lagi Islam menuntut umatnya mencari ilmu dengan cara apa sekalipun termasuklah terpaksa berkorban jiwa dan harta sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.
Dalam konteks itu katanya, rakyat negara ini sangat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan tersebut sehingga memberikan keistimewaan pinjaman boleh ubah kepada mereka yang berjaya.
"Sebelum kita bercakap mengenai bantuan kerajaan, apa usaha dan tanggungjawab kita untuk mendapatkan ilmu sehingga berjaya?.
"Kita ada ruang untuk memindahkan pinjaman kepada biasiswa, jadi mana usaha ini?. Tiba-tiba mahu salahkan kerajaan yang sudah menyediakan kemudahan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan