Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar menolak
pakatan pembangkang kerana cuba mengajar masyarakat di negara ini mengamalkan
nilai yang tidak baik.
Tegas Perdana Menteri, ajaran songsang pakatan pembangkang
itu jelas dilihat menerusi tiga sikap negatif pakatan pembangkang yang cuba
diterapkan kepada rakyat iaitu tidak menunaikan janji, tidak mengenang budi dan
juga tidak membayar hutang."Ada tiga nilai yang tidak baik yang diajar pembangkang kepada masyarakat kita. Pertama, janji tidak perlu ditunaikan kerana janji itu janji politik.
"Keduanya, budi tidak payah dihargai kerana apabila
kita (Barisan Nasional) berbudi kepada rakyat, mereka sakit hati kepada BN dan
mereka kata budi tak perlu dihargai...ini nilai yang buruk.
"Ketiganya, hutang tak perlu dibayar, ini pun nilai
yang buruk, kalau hutang kita wajib bayar balik. Kalau kita meninggal dunia
pun, roh kita akan tersiksa kalau hutang tidak dilunaskan..ini ajaran Islam,
tapi pada dia (pembangkang) hutang tidak perlu dilunaskan," katanya.