BUJANG - Abdul Mutalib Jaafar, 55 bersama isteri Mariam
Bakar 58, hari ini menyertai kira-kira 30 ahli Pas dari sekitar kampung Jilid
8, Kampung Gelam dan Kampung Teluk Che Lela menyerahkan borang keahlian UMNO
kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain di Dewan UMNO
Kampung Teluk Che Lela disini.
Beliau yang telah menjadi ahli dan mengundi Pas sejak hampir
20 tahun berkata, keputusan itu dibuat kerana merasakan hanya UMNO yang mampu
menjaga kebajikan rakyat memandangkan wakil rakyat dari Pas yang sepatutnya
menjaga mereka gagal berbuat demikian selain faktor Pas yang kini dilihat lebih
gilakan kuasa berbanding menegakkan Islam.
"Walau apa pun masalah yang dihadapi penduduk, mereka
tidak pernah cuba untuk selesaikan walaupun masalah itu kecil",
"Malah mereka langsung tidak mencuba dan menyerahkan
bulat-bulat untuk diselesaikan oleh wakil UMNO yang banyak membantu kami",
katanya.
Abdul mutalib mewakili bekas ahli Pas, menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Tajul. |
Sementara itu, Dato' Hj. Tajul Urus berkata, Pas telah banyak berubah dan lari dari perjuangan asal kerana taksub untuk berkuasa dan mengalahkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP yang jelas anti Islam dan melayu.
Tambahnya, Pas juga tidak segan silu untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri meskipun menyedari bahawa Anwar terpalit dengan begitu banyak masalah yang tidak melayakannya untuk menjawat jawatan tersebut.
Beliau berharap penyokong Pas menyedari bahawa Pas kini lebih banyak membawa kesesatan apabila sanggup membuat hukum berdasarkan kehendak DAP dan Anwar Ibrahim.