Sabtu, 2 Jun 2012

Sambutan Hari Ibu Parlimen Merbok Meriah.

Sambutan Hari Ibu peringkat Parlimen Merbok anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok, berlangsung meriah di Dewan Kompleks Penyanyang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda, semalam.

Ketibaan YB. Hamidah Osman.

Program itu yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia yang juga  exco Negeri Perak, YB. Datuk Hamidah Osman, turut diserikan dengan pelbagai acara menarik bagi meraikan kaum ibu.

Di majlis itu juga dua orang ibu, Pn. Bashah Binti Osman@Saad dan Pn. Hajjah Habsah@Hanisah Binti Ismail  turut dianugerahkan gelaran Ibu Mithali Parlimen Merbok.




Datin  Noor Adawiyah sentiasa mesra dengan dimana jua berada.
Kaum ibu menerima sekuntum bunga sebagai tanda penghargaan dari Dato' dan Datin.

Sekalung tahniah buat Wanita UMNO Merbok di bawah kepimpinan Pn. Hapsoh Ahmad.