"La, balik-balik muka Dato' Tajul yang dok mai tengok kita, wakil rakyat yang kita pangkah dulu tu pi mana tak tau..muka tak pernah nak nampak..pui!"
Itulah luahan sebahagian penduduk dari sekitar Kampung Sungai Jagong yang ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan dan ramah mesra bersama penduduk disitu.
Rata-rata mereka kesal kerana wakil rakyat samada diperingkat Parlimen atau DUN langsung tidak mengambil tahu hal mereka.
"Rumah nak roboh ka, beras tak dak ka, dari dulu sampai la ni, hanya Dato' Tajul sajalah yang mai bertanya," kata depa.
Tajul bertanya sesuatu kepada pak cik Man Muin, 80. |