Isnin, 30 Januari 2012

Tidak akan Pindah, Kekal Disini - Dato' Tajul.


"Tidak akan pindah kemana-mana sehingga pihak KEMAS mengadakan bangunan sekolah tadika sendiri.Selagi KEMAS tidak buat bangunan sendiri, pelajar-pelajar ini akan terus belajar di dewan UMNO ini, kekal disini".

Demikian pendirian yang ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkenaan isu pelajar tadika KEMAS Taman Peruda yang kononnya diarah keluar dari Dewan UMNO disini.

Isu tersebut yang hangat diperkatakan sejak 3 minggu lalu, berjaya diselesaikan dengan baik setelah Dato' Hj. Tajul Urus campur tangan bagi menyelesaikan kemelut itu.

Bercakap kepada media, beliau berkata, pada asalnya kelas tadika ini hanya menumpang di dewan persatuan kebajikan penduduk Taman Peruda yang agak sempit, namun sejak 2 tahun lalu tadika tersebut telah dipindahkan ke dewan UMNO yang lebih selesa.Oleh kerana permintaan untuk masuk tadika ini semakin meningkat dan berlaku kesesakan, timbul cadangan untuk memindahkan sebahagian pelajar ke tempat lain.Tadika ini yang mengambil pelajar yang berumur 5 dan 6 tahun dikatakan merancang untuk memindahkan murid berumur 5 tahun ke tempat lain.

     

Berikutan cadangan yang tidak rasmi itu, ada pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu isu kononnya UMNO mahu mengambil balik dewan tersebut untuk kegunaan pilihanraya.

"Sebenarnya isu itu tidak timbul langsung dan saya telah berunding dengan pihak UMNO, cakap-cakap yang kata UMNO nak ambil balik itu langsung tidak timbul,"

"Jadi kerana itu hari ini saya datang bersama dengan waris-waris untuk menjelaskan bahawa tidak ada cadangan dari pihak UMNO memindahkan anak-anak di tadika ini ke tempat yang lain,"jelasnya.

Menurutnya lagi, cadangan tidak rasmi untuk mengasingkan pelajar 6 tahun dan 5 tahun itu memang ada tetapi itu setakat perbincangan.

"Saya telah datang pada hari ini untuk melihat situasi sebenarnya dan saya juga bersetuju untuk memberi bantuan bagi membaiki pintu, membuat jeriji besi pada tingkap, dan di waktu yang sama kita akan cuba menggunakan ruang di depan ini untuk menampung kesesakan anak-anak kita yang belajar disini," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Taman Peruda, merangkap pengerusi tadika Taman Peruda, Hj. Wan Abdullah Wan Yusuf dalam nada sama berkata pihaknya tidak pernah bercadang untuk mengeluarkan pelajar-pelajar tadika ini ke tempat yang lain.

"Kami merasakan perkara ini hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkan nama UMNO, itu saja,"

"Perkara yang timbul ini saya sendiri pun tak faham dari mana mereka dapat dan perkara ini telah pun dihebohkan di dalam masyarakat kita sekeliling ini yang mengatakan UMNO telah cuba mengeluarkan murid-murid tadika ini ke tempat lain," ujarnya.

Ahad, 29 Januari 2012

Unifi Kini Di Sungai Petani.





Perkhidmatan, TM UniFi, telah terbukti menjadi satu kejayaan besar sejak pelancarannya pada 24 Mac tahun 2010.Sehingga kini, bilangan pelanggan UniFi di seluruh negara telah berkembang dengan pesat dengan jumlah pengguna kini melebihi 200,000.


UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang menawarkan penghantaran jalur lebar pada kelajuan rangkaian antara 5Mbps hingga 20 mbps.


Dalam meluaskan perhidmatannya, Unifi kini telah tiba ke Sungai Petani  yang mana pada peringkat permulaan, 2 kawasan iaitu Bandar Puteri Jaya dan Lagenda Height telah mula menerima perhidmatan ini.

Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, walaupun Malaysia masih ketinggalan dalam perhidmatan internet tetapi malaysia merupakan antara negara yang maju di asia dalam perhidmatan ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perhidmatan Unifi di Padang Lagenda Height, Sungai Petani.

Turut serta dimajlis pelancaran tersebut ialah Ketua MCA Bahagian Merbok, Dato' Ang poon Khim, Setiausaha MCA Bahagian Merbok, En. Chow Kok Leong, Penolong Pengurus Besar TM Kedah & Perlis, En. Mohd Sidek Salleh, Timbalan Pengarah SKMM Pejabat Wilayah Utara, En. Mohd Faizal Azizan, Presiden Waitan Kung Kedah Tengah(NGO), Dato' Lee Ah Lek serta Ketua Pemuda UMNO Merbok, Sdr. Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Nenek Menang Tempat Ketiga Pertandingan Teh Tarik.

Mak Mok gembira menerima hadiah yang disampaikan oleh Dato' Hj. Tajul Urus.

Mak Mok atau nama sebenar Hafizah Ibrahim, 62 tidak menyangka aksinya berdangdut semasa menyertai pertandingan teh tarik berirama  di Karnival Jalur Lebar Parlimen Merbok, membolehkannya membawa pulang hadiah di tempat ketiga pertandingan itu.

Beliau yang menyertai pertandingan itu secara suka- suka memberitahu, hanya mengikut rentak lagu yang dimainkan sambil cuba untuk tidak menumpahkan teh.

"Saya adalah peserta yang terakhir dan melakukan persembahan dan paling lama dari peserta lain," katanya.

Sarimah Man,Johan Pertandingan.

Sementara itu johan pertandingan, Sarimah man, 48 berkata, beliau menyertai pertandingan itu tanpa ada pengalaman atau sebarang pengetahuan tentang membuat teh tarik.Beliau yang tidak menyangka menjadi johan pertandingan itu menarik teh menggunakan irama poco-poco.

"Masuk ni sekadar suka-suka saja, masa itu tiada peserta yang sudi menawarkan diri untuk cukupkan peserta membolehkan saya masuk bertanding," katanya.

Selain kedua-dua pemenang itu, Abd Razak Abd Hamid turut diumumkan sebagai pemenang ditempat kedua.

Hadiah pertandingan disampaikan oleh penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul urus Mat Zain.

Abd Razak Menerima hadiah tempat kedua.





Sabtu, 28 Januari 2012

Dato' Tajul Rasmi Karnival Jalur Lebar.


Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini hadir merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia yang berlangsung di Padang MRSM Merbok.Beliau yang tiba pada kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum itu dibawa melawat ke gerai-gerai pameran dan jualan yang menyertai karnival tersebut.

Karnival bertujuan memberi pendedahan yang lebih meluas tentang penggunaan teknologi maklumat khususnya kepada warga kampung, berlangsung selama 2 hari sejak semalam merupakan karnival anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok.


Karnival tersebut yang diwarnai dengan pelbagai program serta acara lain berjaya menarik kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang 2 hari penganjurannya.




Jumaat, 27 Januari 2012

Kerajaan Pas Tidak Serius Tarik Pelabur Ke Kedah.


Kerajaan Pusat mungkin mengambil alih tugas mempromosi negeri ini kepada pelabur luar dan tempatan kerana Kerajaan Pas Kedah didapati tidak serius melakukan usaha bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini kerana jumlah kelulusan untuk projek-projek perkilangan bagi negeri Kedah dari Januari sehingga November tahun lalu didapati mencatatkan penurunan.

"Dari Januari sehingga November tahun lalu, jumlah kelulusan untuk projek perkilangan pelaburan asing dan tempatan di Kedah hanya RM1.577 bilion berbanding RM1.96 bilion pada 2010.

"Pada 2010 juga Kedah berada pada tangga ketujuh dari segi kelulusan projek perkilangan namun pada 2011, Kedah berada di tangga kelapan walaupun negeri ini mempunyai sebuah taman teknologi tinggi iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) dan saya rasa kerajaan negeri gagal menjalankan tugas mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama usahawan dan pengeksport di Hotel Holiday Villa di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang Januari hingga Oktober 2011, antara pelabur asing terbesar di negeri ini ialah Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik dengan nilai pelaburan semula sebanyak RM200 juta.

Selain itu, katanya, Nichias FGS Sdn. Bhd. juga menjadi pelabur asing kedua terbesar di negeri ini dengan pelaburan semula RM143 juta dan Celestica (M) Sdn. Bhd. dengan pelaburan semula RM130 juta.

Jelas Mukhriz, pihaknya akan terus menjalankan usaha dan promosi untuk menjadikan negeri ini sebagai salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelabur.

"Sekarang ini antara negeri yang menjadi tumpuan pelabur ialah Sarawak, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

"Antara faktor yang menjadi penarik pelabur untuk melabur di sesebuah negeri ialah kemudahan prasarana yang baik dan sumber manusia yang mudah diperoleh. Saya yakin negeri ini akan menjadi tumpuan pelabur jika kemudahan prasarana itu dibaiki," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini untuk mendaftar dengan Matrade bagi membolehkan mereka mendapat manfaat serta bantuan berkaitan.

"Banyak pengusaha yang belum mendaftar dengan Matrade, jadi kita minta mereka daftar segera agar kami boleh membantu membawa produk mereka menembusi pasaran luar negara," tambahnya.

Kerajaan Tak Bersikap Raih Undi Dengan Korbankan Kepentingan Negara - Najib


Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil sikap mencari keuntungan jangka pendek seperti meraih undi untuk pilihan raya tetapi mengorbankan kepentingan negara bagi jangka masa panjang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata perancangan yang berdasarkan kepada pertimbangan semasa termasuk membuat pelbagai janji adalah semata-mata mahu meraih undi daripada rakyat tetapi ia boleh membawa kepada kehancuran ekonomi sesebuah negara.

Katanya dalam mahu meraih sokongan rakyat, kerajaan tidak akan mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan berjanji melakukan segala-galanya seperti yang dilakukan pembangkang.

"(Kalau dah berjanji) apabila hendak melaksanakannya mungkin kita akan senasib, sebaris dengan beberapa negara lain (negara-negara Eropah yang berhadapan dengan masalah ekonomi ketika ini).

"Kita bukan hanya nak raih sokongan dalam pilihan raya tetapi merosakkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Kita tadbir negara dengan cekap, membina kekuatan dan kemudian beri keuntungan kepada rakyat," katanya.

Khamis, 26 Januari 2012

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia.


Anda adalah dijemput untuk memeriahkan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia pada 27-28 Januari 2012  bertempat di padang MRSM Merbok.

Pelbagai program menarik telah diatur untuk anda :-

27 Januari 2012

  8.00 pagi - senamrobik
  8.30 pagi - mewarna keluarga
                   Bola jaring
10.00 pagi - Ceramah siber
                   Pertandingan teh tarik berirama
                   Demo masakan GiatMARA & Kolej Komuniti
 3.00 ptg -   Pulut kacau 1Malaysia
 5.00 ptg -   Car audio show
 8.30 mlm -  Malam kebudayaan 1Malaysia



28 Januari 2012

  8.00 pagi - Treasure hunt kampung
  9.00 pagi - Melukis Poster 1Malaysia
                   Sumo wrestler
11.00 pagi - Perasmian
                   Penyampaian sumbangan netbook 1Malaysia
                   Pertunjukan tempur tanpa senjata oleh ATM
  12.30 tgh - Kenduri rakyat
                   Pertunjukan basikal fixie/BMX
                   Cabutan Bertuah  
                  

Masuk adalah percuma.

Rabu, 25 Januari 2012

Majlis Penyerahan BR1M DUN Tanjung Dawai.


Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi DUN Tanjung Dawai berjaya disempurnakan dengan lancar di Dewan Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda.

Seramai 2579 orang menerima bantuan tersebut iaitu 1500 orang pada sesi pagi manakala baki 1079 orang lagi pada sesi petang.

YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain yang merasmikan majlis itu turut meluangkan masa bersama penerima dan petugas bagi melancarkan proses penukaran baucer bantuan kepada tunai.Bantuan khas juga turut diberikan kepada warga emas serta orang kurang upaya.








Selasa, 24 Januari 2012

Cegah Denggi..

Bersama penduduk membersih kawasan.

Taman Ria, Taman Ria Jaya serta Flat Paya Nahu merupakan antara kawasan yang yang kerap berlakunya kes-kes deman denggi.Kerana itu, persatuan penduduk Lorong 100 Taman Ria,Sungai Petani hari ini berkumpul bagi mengadakan program gotong royong cegah denggi di kawasan mereka.

Ceramah berkenaan denggi turut disampaikan oleh pegawai kesihatan dari pejabat kesihatan daerah Kuala Muda.Turut diadakan demonstrasi oleh Jabatan Bomba tentang cara menggunakan alat pemadam api serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Penduduk yang ditemui berkata, selepas ini mereka merancang untuk mengadakan gotong royong pada skala yang lebih besar yang mana ia akan melibatkan seluruh kawasan Taman Ria.Program yang dinamakan gotong royong 1 Malaysia itu dijangka diadakan dalam masa terdekat.



Pemeriksaan Kesihatan Percuma.

Demonstrasi memadam kebakaran.

Ahad, 22 Januari 2012

PAS Tidak Maksum - Hasan Ali.




Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

“Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.

“Ini tidak betul dan sekiranya kita selidik secara mendalam doktrin seperti ini boleh merosakkan akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, di sini malam tadi.

Selain Hasan, turut menjadi panel pada program itu ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib.

Hasan memberitahu, sebab utama beliau menyertai Pas pada 15 tahun yang lalu adalah kerana parti itu majoritinya dipimpin oleh barisan ulama yang merupakan pejuang Islam tulen.

“Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama.

“Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan ‘parasit-parasit’ yang merosakkan parti itu pada hari ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri menyelar pihak yang mengangkat perjuangan komunis dan menghina pejuang kemerdekaan, meskipun mereka bermati-matian berjuang untuk memerdekakan negara yang kesannya dapat dinikmati sehingga hari ini.

“Saya nak tanya, apakah Leftenan Adnan yang terbukti sanggup bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara juga mereka anggap sebagai pengkhianat negara,” soalnya.

- UTUSAN

Terima Kasih Dato' Tajul.



Subramaniam Marasamy, 63 amat gembira sebaik menyedari kedainya yang terletak di Pekan Bedong dikunjungi Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.Beliau yang sudah berniaga disitu sejak 29 tahun lalu berkata, Dato' Tajul adalah antara orang yang telah membina semula kedainya yang telah musnah dalam satu kebakaran pada bulan september 2011 lalu.

Dalam kebakaran itu, sederet 6 buah kedai peniaga kecil di sini hangus dijilat api.Dato' Hj. Tajul Urus bersama Penyelaras Parlimen Jerai, Dato' Suhaimi Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr. Leong Yong Kong yang melawat tapak kebakaran ketika kejadian telah berjanji kepada mangsa dan pemilik kedai untuk menyelesaikan masalah mereka dan berjanji untuk menubuhkan satu tabung mangsa kebakaran dengan dipengerusikan oleh En.Kalai,ketua MIC cawangan Bedong.Dengan sumbangan dari pelbagai pihak termasuk beberapa NGO, akhirnya kedai tersebut telah dapat dibina semula dan kini mereka telah pun memulakan semula perniagaan disitu.




Bagi peniaga santan, Anuar Zamani, 45, tindakan pantas yang diambil oleh Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain semasa kebakaran itu amat bermakna bagi peniaga kecil sepertinya.

"Kami yang merasa kehilangan punca pendapatan ketika itu amat terharu dengan tindakan pantas Dato' dalam menyelesaikan masalah itu tanpa mengambil masa yang panjang yang sudah pasti akan menjejaskan kehidupan kami", jelasnya.

Dia yang menganggap kebakaran itu sebagai rahmat dan ujian baginya, turut bersyukur kerana kedai itu kini adalah miliknya.

Menurutnya sebelum kebakaran itu, dia hanyalah penyewa, namun selepas kedai itu dibina semula, pemilik lama bersetuju untuk menjual premis tersebut  kepadanya.

Tahun Baru Cina.



Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terpenting kepada orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina akan membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk seterusnya disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.Menyapu lantai dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Ada juga yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah juga dihiasi potongan kertas yang ditulis ucapan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Ang pau juga diberi kepada ahli keluarga terdekat sewaktu jamuan pertemuan semula ini. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Sabtu, 21 Januari 2012

Puteri Prihatin Ceriakan Pesakit.



Dengan membawa cenderahati untuk diberikan kepada pesakit sempena sambutan Tahun Baru Cina, Puteri UMNO Bahagian Merbok diketuai naib ketuanya, Siti Hajar Ismail hari ini mengadakan program 'Puteri Prihatin' bertempat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. program yang turut disertai Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama isteri, Datin Nor Adawiyah Morad, melawat kira-kira 220 pesakit di hospital tersebut.



Menurut setiausaha Puteri UMNO Bahagian Merbok, Suhaina Mohd Azhar, program Puteri Prihatin ini merupakan program bulanan Puteri UMNO yang mana ia akan digerakkan di klinik serta pusat-pusat kesihatan. Program yang telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini juga pernah diadakan di Klinik Kesihatan Bandar, Klinik Kesihatan Tanjung Dawai dan Klinik Kesihatan Bukit Selambau selain HSAH sendiri.

Selain itu katanya, program yang dijalankan pada kali ini merupakan yang terbaik kerana ia disertai lebih 50 ahli puteri yang mana sebelum ini program seperti ini kebiasaannya hanya membabitkan kira -kira 10 ahli sahaja.

Beliau yang gembira dengan kejayaan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli puteri yang sanggup meluangkan masa bagi menjayakan program itu.


Khamis, 19 Januari 2012

Warga Emas Dirai Sempena Tahun Baru Cina.


Menemubual seorang warga emas yang berusia hampir 100 tahun.

Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari lagi, golongan warga emas di sekitar DUN Tanjung Dawai bertuah menerima sumbangan berupa hamper daripada Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.

Di Pekan Semeling atau lebih dikenali sebagai 'Pawagam' bagi penduduk setempat, seramai 351 warga emas menerima sumbangan tersebut.Di bangunan MCA cawangan Merbok pula seramai 38 orang penerima juga dari kalangan warga emas turut menerima sumbangan berkenaan, manakala di Tanjung Dawai, 11 penerima.


Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, sumbangan hamper berkenaan adalah antara program yang biasa diadakan setiap kali menjelang sesuatu perayaan.

"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun apa yang lebih penting saya dapat memainkan peranan bagi mengembirakan kalangan warga emas ini untuk menyambut Tahun Baru yang akan disambut beberapa hari lagi", katanya.

Melanjutkan bicara beliau berkata, program seperti ini akan diteruskan dibeberapa tempat lagi sebelum sambutan Tahun Baru.

Selasa, 17 Januari 2012

Rakan Facebook Salur Maklumat.

Rusniza Md Idris, 32 merasa hairan apabila kelibat Ismail Saleh yang selalu dilihat mencari barang lusuh di sekitar rumahnya di Taman Ria Jaya sudah lama tidak kelihatan.Dia yang telah mengenali Ismail sejak beberapa bulan kemudiannya diberitahu bahawa lelaki itu sedang terlantar dirumahnya akibat kemalangan jalanraya.

Simpati dengan nasib lelaki tersebut, beliau kemudian mengunjungi rumah Ismail di Taman Kelisa, melihat keadaan Ismail, Rusniza nekad melakukan sesuatu bagi membantu Ismail yang tidak dapat bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga.Rusniza yang merupakan salah seorang dari 5000 rakan facebook Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain kemudian menghantar satu pesanan  kepada beliau menceritakan berkenaan nasib yang yang menimpa keluarga Ismail.

Bertindak atas aduan tersebut, Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain kemudian meminta pegawai kebajikan dan tugas-tugas khas beliau, Khalid Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Din untuk meninjau kesulitan yang dialami keluarga itu.

Pak Din meninjau keadaan keluarga Ismail serta menghulurkan
 sedikit sumbangan sementara tindakan susulan diambil.

Ismail Saleh, 52 yang bekerja sebagai tukang kebun di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kini terpaksa bergantung hidup kepada ehsan adik serta jiran untuk meneruskan kehidupan yang semakin terhimpit selepas terlantar akibat kemalangan motosikal sejak hampir 4 bulan lalu.

Lebih malang,dia yang  juga melakukan kerja sampingan dengan mengutip barang lusuh bagi menyara isteri serta 4 orang anak turut kehilangan motosikal yang merupakan satu-satunya harta miliknya selepas kemalangan itu, dipercayai dicuri semasa Ismail dibawa ke hospital.

3 anaknya masih bersekolah sementara anak bongsu pula baru berusia 3 tahun 6 bulan.Bekalan air ke rumah pula telah dipotong oleh pihak SADA kerana tunggakan bil yang tidak dijelaskan.Menurut Ismail, beliau pernah memohon bantuan dari jabatan kebajikan mesyarakat (JKM) namun sehingga kini tiada jawapan yang diterima.

3 dari 4 orang anak Ismail.
Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang mengulas perkara itu kemudian berkata, beliau telah pun dimaklumkan berkenaan perkara itu dan tindakan segera akan diambil bagi membantu keluarga Ismail.

"Saya belum lagi melawat keluarga ini tapi laporannya sudah saya terima dan InsyaAllah saya akan datang melawat bersama pegawai JKM dalam waktu terdekat", katanya.

Jumaat, 13 Januari 2012

Pelajar Bermasalah Pengelihatan Dapat Cermin Mata Percuma.


Seramai 63 orang pelajar sekolah kebangsaan Bukit selambau bertuah menerima sumbangan cermin mata daripada Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain.Mereka merupakan senarai pelajar yang telah pun menjalani pemeriksaan mata sebelum ini dan telah disahkan mengalami kerosakan mata.Pemeriksaan mata tersebut telah dijalan oleh Kota Optometrist yang beralamat di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurut Dato' Hj. Tajul Urus, Sekolah kebangsaan Bukit Selambau merupakan tempat ke 2 program ini diadakan selepas Sekolah kebangsaan Taman Ria, sungai Petani dimana  lebih 100 orang pelajar telah menerima sumbangan itu.

Beliau berkata, ilham untuk mengadakan pemberian cermin mata kepada pelajar sekolah timbul dari perbualan beliau dengan Menteri Pendidikan, Tan sri Muhyidin Yassin yang juga membuat program pemeriksaan mata secara percuma kepada pelajar sekolah.



Selasa, 10 Januari 2012

Impian Miliki Rumah Sendiri Tercapai.



Selepas 18 tahun tinggal menyewa, penantian Ibrahim Man, 52 dari Kampung Siam, Bedong untuk memiliki rumah sendiri berakhir apabila beliau mendapat bantuan Rumah Ehsan BN Parlimen Merbok.Ibrahim yang bekerja sebagai kelindan lori telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri namun dengan pendapatan tidak seberapa, ditambah pula terpaksa membesarkan 3 orang anak adalah sukar baginya untuk melaksanakan impiannya itu.

Penyelaras Perlimen Merbok, YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata bantuan sebanyak RM8000 telah disalurkan kepada projek pembinaan rumah tersebut.Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, sebelum ini Ibrahim pernah membuat permohonan kepada agensi lain untuk mendapatkan bantuan membina rumah, namun gagal.

Setelah penduduk kampung bersetuju untuk membantu membina rumah Ibrahim secara gotong royong dan perkara itu dibawa ke pengetahuannya, beliau selaku Penyelaras Parlimen telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM8000 bagi tujuan tersebut manakala tapak untuk membina rumah berkenaan diberikan kepada Ibrahim oleh kakak beliau.Selain peruntukan RM8000 dari Dato' Hj. Tajul Urus, penduduk kampung turut membuat kutipan dan berjaya menambah sebanyak RM3000 lagi bagi tujuan tersebut.

Dato Hj.Tajul Urus ditemui media ketika menziarahi keluarga Ibrahim yang mengadakan majlis kenduri kesyukuran ahad lalu.



Sementara itu majlis penyerahan kunci rumah kepada Ibrahim telah disempurnakan sebelum itu oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Dato' Zubir Sh. Saad sebagai mewakili Dato' Hj. Tajul Urus yang berada di Kuala Lumpur.

Sabtu, 7 Januari 2012

Air Najis Masuk Rumah.

Syed Ali Syed Junid menunjukkan laluan air yang sempit selepas jirannya
 membuat penambahan bangunan diatas laluan air kepada Dato' Hj. Tajul Urus.

Sikap jiran yang mementingkan diri menjadi punca masalah kepada penghuni beberapa buah rumah di Perumahan Awam Bukit Selambau.Air bercampur najis memasuki rumah mereka terutama ketika hujan dimana air yang melimpah dari saluran septik yang tersumbat tidak dapat mengalir dengan baik.Masalah itu dikatakan berpunca dari perbuatan penghuni salah sebuah rumah yang membuat tambahan bangunan (rumah) sehingga menutupi laluan air tersebut.Keadaan itu juga menyebabkan tandas tidak dapat digunakan kerana air tidak dapat dipam keluar malah sentiasa penuh didalam mangkuk tandas.Penghuni terpaksa menggunakan penutup untuk mengelakkan bau busuk berikutan keadaan itu.Mereka juga memberitahu tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan untuk menyaman penghuni lain jika mereka berbuat sesuatu.

Seorang penduduk menunjukkan tandas yang dipenuhi air dan terpaksa ditutup.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang menerima aduan seorang penduduk pada minggu lalu, datang untuk melihat sendiri keadaan tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.Beliau berkata, perkara ini perlu dibawa kepengetahuan pihak majlis perbandaran terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain dapat diambil.


"Sebelum ini saya diberitahu bahawa ianya masalah tangki septik, kalau cuma itu tiada masalah memang saya datang untuk selesaikan terus, tapi saya tengok masalah bukan setakat itu kerana ia melibatkan struktur lain" , katanya.


Sehubungan beliau akan meminta pihak majlis Perbandaran untuk datang membuat tinjauan dan mengambil tindakan yang sepatutnya jika ada pihak yang didapati melakukan kesalahan (membina struktur tanpa kelulusan).



Difahamkan pihak Indah Water ketika dihubungi penduduk meminta bayaran RM800 untuk tujuan mengosongkan tangki septik.Menurut penduduk bayaran itu diminta ketika mereka menghubungi pihak Indah Water melalui telefon.

Dato' Hj. Tajul Urus ketika menjawab soalan media berkenaan perkara itu berkata beliau sedia menyelesaikan bayaran itu sekiranya penduduk terlibat tidak mampu berbuat demikian.Apa yang penting katanya, rakyat perlu sedar bahawa kerajaan BN sentiasa berusaha untuk kesejahteraan rakyat.

15,000 anggota tentera LLP digalak miliki SPM.



Anggota lain-lain pangkat (LLP) dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum memiliki kelayakan akademik digalakkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh enam tahun, bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka menikmati taraf gaji dan imbuhan baru sejajar dengan keperluan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ATM yang dilaksanakan mulai bulan ini.

Selain itu, katanya, syarat tersebut juga penting bagi memastikan ATM mencapai tahap profesionalisme seiring dengan keperluan pertahanan negara masa kini.

“Dahulunya untuk menjadi LLP dalam ATM, kita boleh terima kelulusan darjah enam, Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) asalkan boleh membaca dan menulis.

‘‘Namun, sekarang syaratnya berubah kerana pemohon mesti ada SPM dengan kredit mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.

“Sama juga dengan anggota LLP sedia ada seramai 15,000 orang yang belum miliki SPM. Kita berikan tempoh enam tahun untuk mereka berbuat demikian. Ini selaras dengan keperluan pertahanan negara yang memerlukan anggota lebih profesional. Bila ada SPM, sudah tentu anggota tentera berkenaan akan menikmati perubahan gaji lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Sesi Dialog SBPA ATM bersama pegawai dan anggota tentera di Markas Staf Stesen, Kem Lapangan Terbang, di sini hari ini.


Turut hadir Penyelaras Parlimen Merbok, Dato'  Hj.Tajul Urus Mat Zain, Panglima Dua Division Kem Tun Razak Bayan Lepas, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin serta Panglima Briged Keenam Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Md. Tajri Alwi.

Abdul Latiff berkata, mana-mana anggota LLP sedia ada yang memiliki kelayakan SPM lebih awal daripada tempoh enam tahun akan diberikan kenaikan gaji baru seperti termaktub dalam SBPA ATM.

Sementara anggota yang belum memiliki kelayakan itu pula, katanya, akan diletakkan di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP) ATM.

“Memang tiada tindakan atau menamatkan perkhidmatan dikenakan jika mereka tidak lulus SPM, namun, jika mereka ada SPM lebih awal ia lebih menguntungkan kerana boleh menikmati gaji baru.

“Sementara yang tidak mahu memiliki atau lulus SPM atau tidak dinaikkan pangkat ke lans koperal, mereka perlu menunggu untuk tempoh lebih lama iaitu enam tahun untuk menikmati gaji baru setanding SBPA ATM,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, semua anggota ATM telah bersetuju menandatangani opsyen SBPA ATM bermula 16 Disember lalu.

Katanya, skim baru itu dianggap kompetetif kerana menawarkan upah dan gaji yang tertinggi sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

“Pelarasan kadar upah dan gaji ini dibuat berasaskan peruntukan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut perkhidmatan tentera lebih kanan daripada polis dan lebih kanan daripada perkidmatan awam lain,” jelasnya.

Air Melimpah Rosakkan Bangunan.

Setiap kali hujan lebat, limpahan air yang turun laju dari kawasan tinggi menjadi masalah besar bagi sebahagian penduduk di Kampung Jerong, Sidam Kiri.Ini kerana air yang melimpah itu akan merempuh rumah, masjid serta sebuah sekolah tadika di Kampung tersebut.

Tinjauan di sekolah tadika yang menjadi tempat belajar lebih 20 orang murid, mendapati bangunan sekolah itu mengalami kerosakan yang agak teruk kerana selalu digenagi air setiap kali hujan.Guru di tadika tersebut,Puan Siti Kamariah memberitahu, air yang turun mencurah dari kawasan tinggi akan melalui bangunan tadika berkenaan yang menyebabkan bahagian dinding bangunan rosak.Air juga akan masuk kedalam kelas serta dapur dan terpaksa dibersihkan selepas itu.Penghadang konkrit telah dibina di bahagian bawah pagar sekeliling bangunan namun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Puan Kamariah menunjukkan bahagian dinding yang rosak.

Penyelaras Parlimen Merbok Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang membuat tinjauan ke tadika itu berkata beliau telah pun menghubungi Pejabat Pembangunan Daerah Kuala Muda untuk membuat lawatan dan seterusnya membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Disini tidak ada satu sistem perparitan yang sempurna untuk mengalirkan air ke sungai, jadi itu yang saya minta pegawai pembangunan yang sepatutnya datang bersama hari ini tapi disebabkan ada hal lain beliau tak dapat datang,..untuk melihat sendiri keadaan dan mengambil tindakan yang saya harap dapat disegerakan", jelasnya.

Beliau berkata, sebuah parit perlu dibina di bahagian atas dan air akan disalurkan terus ke sungai.




*Difahamkan semasa berita ini ditulis pegawai dari pejabat penbangunan telah pun datang membuat lawatan.

Khamis, 5 Januari 2012

Perlu Bangunan Baru.


Ketiadaan bilik untuk guru serta kekurangan bilik darjah merupakan antara masalah yang yang disuarakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dataran Muda, Kampung Lubuk Kawah, Puan Wan Norasyikin Wan Yahya kepada Penyelaras Parlimen Merbok YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain ketika beliau membuat lawatan ke sekolah tersebut baru-baru ini.

Sekolah ini yang menjadi tempat menimba ilmu bagi pelajar dari Kampung Jerong, Kampung Pantai Cicar, Kampung Tanah Licin, Kampung Titi Panjang serta Ladang Kuala Muda juga terpaksa mengubahsuai ruang koridor untuk digunakan sebagai bilik stor kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan barang serta peralatan. Menurutnya lagi, bangunan sekolah ini telah digunakan sejak tahun 1928 malah ada antara murid yang pernah belajar disini kemudiannya menjadi guru di sekolah ini dan telah pun bersara.

Ruang koridor yang diubahsuai menjadi stor.

YBhg. Dato' ketika mengulas perkara berkenaan berkata, bangunan sekolah ini sudah tidak selamat untuk digunakan kerana usia yang sudah terlalu lama.Beliau mencadangkan sebuah bangunan tambahan dibina bagi menampung keperluan pendidikan yang sempurna di sekolah ini.

Untuk itu beliau akan meminta timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Dr. Puad Zarkashi untuk membuat lawatan ke sekolah ini dalam waktu terdekat.

"Sekolah ini mempunyai 2 bangunan yang mana 1 darinya dibina pada tahun 1928 dan 1 lagi pada tahun 50an, bangunan yang lama itu saya fikir sudah tidak sesuai diperbaiki jadi kita akan minta untuk bina sebuah bangunan tambahan" jelasnya.

Sekolah ini mempunyai 195 murid dengan 18 orang guru bagi sesi 2012.

Bilik guru yang sempit.

Rabu, 4 Januari 2012

Lastik Sarang Tebuan.


Bahar Man, 65 menceritakan tentang cara manghalau tebuan yang dikhuatiri menggangu penoreh di kebun getah.

Bahar man
Caranya dengan melastik kerang mentah kedalam sarang tebuan, semakin lama kerang akan semakin busuk menyebabkan tebuan akan lari meninggalkan sarang tersebut.

En. Bahar ditemui ketika YBhg. Dato Membuat lawatan ke Kampung  Jerong, Sidam kiri untuk meninjau masalah perparitan yang tidak sempurna menyebabkan limpahan air secara tidak terkawal ke kawasan rendah.

*sebelum melastik menyorok la dulu, kalau tebuan tu nampak tak cukup tanah kot nak lari...

Isnin, 2 Januari 2012

Lawatan Mesra Di Pekan Merbok.

Dalam perjalanan ke Kampung Simpang 3 Pasir untuk menghadiri program anjuran JASA, singgah sekejap di Pekan Merbok..


En. Tan Ah Seng,taukae santan kelapa, katanya hari ini ada 4 kenduri, kena cepat nak hantar orang nak masak.


Pakcik Mohammad, bagitau rumah dah reput nak reban di Kampung Pengkalan Kakap..umur 80+."Takpa Pak Mad, nanti saya hantaq orang pi tengok"..



 Diari 2012 1Malaysia,ambik la seorang satu..


Apa habaq?

"Ambik Pisang ni, hari ni nak buat kenduri pisang"..






"Brapa semua, kami nak pi dah ada program lain"...