Isnin, 30 April 2012

Pekerja Kilang Dakwa Dianiaya.


SUNGAI PETANI - 26 orang pekerja sebuah kilang di Bukit Makmur dekat Sungai Lalang di sini mendakwa dianiaya majikan mereka apabila menerima arahan berpindah atau diberhentikan tanpa sebarang pampasan.
Menurut mereka pihak kilang telah mengeluarkan notis supaya mereka berpindah ke Ipoh atau jika enggan, mereka akan diberhentikan jika tidak menjawab notis tersebut sebelum 31 mei ini.

Kos untuk perpindahan itu pula perlu ditanggung oleh pekerja sendiri termasuk rumah serta pengangkutan.

Apa yang dikesalkan, sikap pihak majikan yang enggan berunding bagi memberi  penyelesaian yang adil kepada semua pihak.
Seorang pekerja, Dahalan Ahmad, 46, berkata beliau merasa terkilan dan rasa terhimpit apabila secara tiba-tiba akan hilang punca pendapatan setelah hampir 10 tahun bekerja.

“Jika berhenti, punca pendapatan memang tiada, jika boleh kami minta sedikit pampasan, dengan itu sekurang-kurangnya dapat membantu sementara mendapat pekerjaan lain,” katanya.
Seorang lagi pekerja, Sivagami A/P Ramaya, 37 pula berkata, para pekerja enggan menerima tawaran  berpindah kerana merasakan tidak berbaloi dengan kos yang perlu ditanggung.

Katanya pihak majikan sepatutnya bersikap adil kepada semua pihak kerana mereka juga mempunyai tanggungan, hutang dan sebagainya.
Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain yang mengulas perkara itu berkata, pihak syarikat tidak sepatutnya terus memberhentikan pekerja tanpa berunding untuk memberi peluang kepada pekerja memberikan pendapat mereka.

Katanya mereka seolah-olah menggunakan kuasa mutlak dan ini bukanlah amalan yang sepatutnya.
"Bagi saya ini adalah merupakan satu kes penganiayaan kepada pekerja yang mana sesetengah pekerja itu sudah beberapa tahun bekerja,

Apabila diberhentikan tanpa sebarang pampasan tentu sukar bagi mereka kerana pada masa ini sudah pun mereka ada pinjaman rumah, kenderaan dan sebagainya,  ” katanya.


Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0: Ambiga, Pembangkang Bertanggungjawab!


Pemimpin parti pembangkang dan Datuk S. Ambiga perlu bertanggungjawab dan dikenakan tindakan undang-undang terhadap kecederaan dan kerosakan harta benda yang berlaku semasa berlangsungnya perhimpunan haram Bersih 3.0 semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam perhimpunan itu Ambiga yang merupakan Pengerusi Bersih ternyata gagal mengawal keadaan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan rusuhan dan kecederaan polis.

"Dalam kejadian semalam, Ambiga tidak dapat mengawal keadaan dan telah `diculik' oleh parti pembangkang. Kalau ia pembangkang kita tahu muslihat mereka, ini sebahagian daripada rancangan untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Mereka mahu membentuk fikiran rakyat kononnya semuanya tidak betul supaya jikalau Barisan Nasional (BN) kekalkan kuasa, mereka akan kata itu kemenangan yang palsu.

"Mereka nak menimbulkan kemarahan rakyat dan membawa anak-anak muda mengadakan demonstrasi di jalan raya seperti berlaku di sesetengah negara,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pasukan polis telah menjalankan tugas dengan profesional serta menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh dimanipulasi oleh parti pembangkang.

"Ketika menjalankan tugas, polis telah berjaya mengawal perasaan masing-masing, tetapi malangnya peserta Bersih 3.0 yang tidak dapat mengawal diri sendiri,'' katanya.

Muhyiddin berkata, beliau bagaimanapun tidak akan terkejut sekiranya parti pembangkang tetap mencari pelbagai alasan untuk mempersalahkan polis atau kerajaan.

"Mereka akan salahkan polis memulakan kekacauan atau gagal mengawal keadaan, tetapi dunia sudah terbuka dan kita boleh lihat video untuk tahu apa sebenar yang berlaku," katanya.

Khamis, 26 April 2012

Hebat!, Transgender Tanding Pilihanraya Raya Thai.



BANGKOK 25 April - Seorang wanita transgender mendaftarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya wilayah di Thailand, kali pertama calon golongan itu bertanding untuk jawatan politik peringkat wilayah di negara ini.
Yonlada Suanyos, 30, semalam mendaftarkan diri sebagai calon untuk kerusi Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Nan, iaitu kerajaan tempatan bagi wilayah Nan, terletak 500 kilometer ke utara Bangkok, lapor akhbar The Nation, hari ini.

Pilihan raya itu dijadual berlangsung pada 27 Mei ini.
Yonlada, yang menjalani pembedahan jantina untuk menjadi wanita pada usia 16 tahun, dipercayai cukup berkelayakan untuk jawatan kerajaan wilayah itu.

Dia memegang ijazah kedoktoran, memiliki perniagaan barang kemas, mengendalikan sebuah stesen televisyen satelit dan merupakan Presiden Persatuan Trans Wanita Thailand.
"Saya yakin pengalaman dan kebolehan saya akan menyumbang kepada pembangunan Nan, dan saya percaya golongan transgender dan homoseks akan menyokong saya," kata Yonlada.

Dia merupakan transgender pertama bertanding pada pilihan raya wilayah di Thailand.
Seorang lagi transgender, Chuchat Dunyaprapasorn memenangi pilihan raya peringkat kampung tiga tahun lalu. - DPA

Bersih: Umat Islam Patut Malu - Ismail Mina.



KUALA LUMPUR 25 April - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

 “Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Ismail Mina menegaskan,  kredebiliti Ambiga wajar dipertikaikan pengikut perhimpunan tajaan pembangkang itu, gara-gara beliau tidak mempunyai hubungan dan pemikiran yang bersih.

“Dimana bersihnya Ambiga apabila sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau selama ini jelas memperjuangkan  hak golongan LGBT di negara ini.

“Jika dinilai melalui perspektif mana-mana agama terutama islam, Ambiga sama sekali tidak layak mengetui apa-apa disebabkan beliau sudah dikotori kekufuran apatah lagi perjuangannya dalam perhimpunan tersebut hanyalah daripada suara minoriti masyarakat dalam negara sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sudah memberi kebebasan bersuara dan berhimpun, oleh itu rakyat perlu belajar memahami erti demokrasi.

“Demontrasi  jalanan hanya menyusahkan orang ramai yang tidak terlibat dan sewajarnya Bersih tahun lalu dijadikan pengajaran,”  katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Darul Quran wal Hadith, Datuk Rameli Musa berkata, kebanyakan penggerak Bersih terdiri daripada ahli Pas,sepatutnya mereka memilih pemimpin yang jelas akidah dan Bersih daripada ideologi menyesatkan umat Islam.

“Sejak kebelakangan ini, Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam,” katanya.

Jelas Rameli, usaha Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada sabtu ini perlu dihentikan memandangkan parti yang terlibat seperti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan Dap mempunyai masalah dalam kalangan anggota mereka sendiri.
--Utusan.


Selasa, 24 April 2012

Akhirnya Ismail Dapat Bantuan..


SUNGAI PETANI - Impian Ismail Saleh,32 , dari Taman Kelisa Ria di sini untuk mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah menunggu sekian lama akhirnya tertunai apabila dikunjungi Penyelaras Parlimen Merbok, Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain bersama pegawai JKM untuk menguruskan bantuan tersebut.
Kunjungan itu merupakan satu rahmat baginya dimana Dato’ Hj.Tajul urus juga turut membawa pakaian serta kasut sekolah baru untuk 3 orang anaknya yang masih bersekolah.

Ismail bekerja sebagai tukang kebun di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani sebelum ditimpa kemalangan yang menyebabkannya terlantar dirumah sejak itu.
Lebih malang, dia yang juga membuat kerja sampingan mencari barangan lusuh disekitar kediamannya turut kehilangan motosikal ketika kemalangan itu dipercayai dicuri.

Tajul sebelum ini diberitahu oleh rakan facebook beliau berkenaan keperitan yang dihadapi Ismail sebelum mengambil tindakan sebaik mendapat maklumat.

Tajul berkata, pihak JKM telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM400 kepada keluarga Ismail.


Menyarungkan pakaian sekolah baru untuk anak-anak Ismail.

Sabtu, 21 April 2012

Pasai Pa Dia Bela..Pasai Puak Diaaaaaaaaaaaaaa! - Ustaz Kamal Saidin 'Mengamuk' Di Taman Peruda!!









Laaa, ada, ingatkan tak mai! awat dok dalam gelap..


Lokasi Ceramah Ustaz Kamal Saidin Seterusnya di Dewan UMNO Kampung Jerong pada 24 April 2012, dijemput hadir beramai-ramai..


Jumaat, 20 April 2012

Ziarah Kesejahteraan Bandar-RM259,700 Untuk Warga Miskin Bukit Selambau.


SUNGAI PETANI - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) hari ini menyalurkan  bantuan berjumlah RM259,700 kepada warga miskin bandar didalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk M. Saravanan pada program Ziarah Kesejahteraan Bandar yang diadakan di Kompleks Penyanyang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani.Turut hadir Penyelaras Parlimen Merbok Dato' Tajul Urus Md Zain dan Penyelaras Dun Bukit Selambau M.L. Maran.

Saravanan berkata peruntukan itu merangkumi jenis bantuan membina rumah, membaik pulih rumah, peralatan kesihatan, peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan yang melibatkan 26 orang penerima.

"Untuk bantuan bina rumah dan baik pulih rumah masing-masing ada lima orang ketua isi rumah yang terima yang mana bagi bantuan bina rumah setiap orang dapat RM40,000 manakala baik pulih rumah pula dapat RM10,000 seorang.

“Bagi bantuan peralatan perniagaan ada lima penerima juga iaitu setiap seorang dapat bernilai RM1,000 begitu juga peralatan kesihatan ada lima penerima dan setiap orang dapat bernilai RM700. Untuk bantuan bakul makanan ada enam penerima yang mana setiap seorang dapat bantuan bernilai RM50 beserta sumbangan wang tunai berjumlah RM150 seorang," katanya dalam satu kenyataan media pada majlis Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Selambau di Dewan Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.
Beliau berkata peruntukan bantuan membina rumah kepada warga miskin bandar di Bukit Selambau itu merupakan bantuan utama yang diberikan oleh KWPKB kepada pemilik rumah yang berada dalam kategori rumah yang daif, tidak selamat dan tidak ekonomik untuk dibaiki semula serta memiliki isi rumah yang ramai.

Bantuan ini bagi membolehkan keluarga miskin tersebut mempunyai kediaman yang lebih selesa dan sesuai untuk didiami.
Pada majlis itu juga Saravanan turut bertemu dengan lapan orang peserta latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah KWPKB yang berjaya menjana pendapatan bulanan purata antara RM300 hingga RM2,000 selepas mengikuti latihan itu.

Dalam perkembangan lain, Saravanan turut menjelaskan, sehingga 9 April tahun ini sebanyak 12,535 bilangan isi rumah miskin tegar berdaftar di bawah eKasih di seluruh negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak empat buah negeri yang mencatatkan bilangan golongan miskin tegar paling ramai iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Selangor.
"Macam di Sarawak ada 3672, diikuti Sabah ada 2766, Kelantan ada 1649 dan Selangor ada 999," katanya.



Selasa, 17 April 2012

Himpunan Jentera Pemuda BN Hangat!

Majlis perjumpaan jentera pemuda BN Bahagian Merbok yang diadakan di Taman Ria Jaya semalam berlangsung hangat dengan kehadiran para pemuda dari parti-parti komponen BN.

Pengelola program, En. Baragaran Pachayappan berkata, perhimpunan yang julung kali diadakan ini melibatkan pemuda-pemuda dari parti komponen BN iaitu MIC, IPF dan PPP.

"Saya rasa bersemangat bila lihat ramai pemuda-pemuda komponen berkumpul seperti malam ini", katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda MIC Negeri Kedah merangkap Ketua Pemuda MIC Merbok, turut mengingatkan pemuda bahawa betapa beruntungnya menjadi rakyat Malaysia.Menurutnya tiada siapa yang dapat menafikan mengenai kemajuan yang telah dibawa oleh kerajaan BN kepada rakyat Malaysia khususnya kepada masyarakat India.

"Banyak pembangunan telah dibuat dan kaum India juga berkongsi merasakannya", katanya.

MIC juga katanya telah banyak melakukan transformasi demi kebaikan kaum India dimana pemuda MIC kini banyak melakukan program-program mengikut konsep 1Malaysia.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan begitu ikhlas terhadap masyarakat India, beliau turut menyelar pakatan pembangkang yang memerintah Kedah ketika ini, yang giat menabur janji kepada masyarakat India sebelum pilihanraya lalu tetapi tidak menunaikannya selepas menang.

"Saya nak tanya, apa mereka buat? Apa Pas buat? Apa PKR buat? Sebelum menang mereka janji macam-macam bantuan seolah masyarakat India akan hidup lebih baik jika mereka berkuasa",

"Tapi hari ini siapa yang ambil tahu masalah kita? hanya Dato'Tajul, hanya kepimpinan BN saja yang ambil tahu..kita buat kerja walau kita tak menang", katanya.

Menjurus kepada perpaduan antara kaum, Ketua Pemuda UMNO Merbok, Shaiful Hazizy dalam ucapannya pula berkata, pada masa negara ini mencapai kemerdekaan, tiada parti PKR, Pas mahupun DAP.


"Tetapi kita capai kemerdekaan, tiada langsung bunyi senapang yang meletup, tiada langsung bunyi pedang yang berlaga sesama sendiri",

"Kita dapat kemerdekaan hasil dari perpaduan antara kaum dalam komponen Barisan Nasional", katanya.

Menurutnya, 60 tahun lalu semua pemimpin yang diketuai Tunku Abdul Rahman, wakil dari MIC, wakil dari MCA dan pada waktu tersebut ada wakil dari kaum orang asli berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa negara ini perlu ditadbir secara bersama.

"Komponen ini telah menghantar Tunku Abdul Rahman ke London bagi meminta kemerdekaan dan kita capai kemerdekaan pada tahun 1957", ujarnya.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai perosak negara  dan pemusnah perpaduan antara kaum.

"Dia pergi jumpa orang India kata simpati sama orang India, kesian sama orang India..orang India miskin..itu komponen Barisan Nasional tidak peduli sama orang India.

Namun Shaiful menjelaskan, dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau telah memperuntukkan sebanyak RM55 juta melalui skim Tekun untuk kaum India memulakan perniagaan, RM250 juta untuk program baik pulih rumah pekerja ladang, memberi biasiswa untuk pelajar-pelajar kaum India serta berbagai bantuan lain bagi membolehkan kaum India bangkit bersaing dengan kaum lain.

Shaiful seterusnya bertanya apakah pula sumbangan atau pembangunan yang telah dibawa oleh PKR dan Pas sepanjang tiga tahun mentadbir Merbok.

Turut hadir Penyelaras DUN Bukit Selambau, M.L Maran, Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Annuar Ahmad, Serta ketua-Ketua Pemuda Parti Komponen BN.




Isnin, 16 April 2012

Isu PTPTN, Dr. M Dedah Tembelang Anwar.

Tiada pelajaran percuma di institusi pendidikan tinggi di negara ini seperti mana boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (Pendidikan ) Secara percuma...Kita boleh mansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tapi orang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi",katanya selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam. 

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Pilihraya Umum nanti.

Beliau menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu ketua pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar...dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa", katanya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar memansuhkan PTPTN sandiwara semata-mata kerana pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar individu bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr, Mahathir telah mengambil cuti 2 bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir ilmu pengurusan pentadbiran, tetapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata, kecekapan dalam bidang itu diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara.

"Sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukkan sebanyak 25 peratus daripasa belanjawan setiap tahun diberikan untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

"Ini satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat membangunkan negara dengan lebih pesat dan baik", katanya.

Dr. Mahathir berkata, tiada siapa dapat menafikan kemajuan negara kerana rakyat sedar tanggungjawab mereka dan mereka sentiasa mengejar ilmu.


Ahad, 15 April 2012

Konvensyen Media Sosial Dedah Pangamal Media Baru Guna Platform Media Baru secara Berhemah.


SUNGAI PETANI - Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah memberi pendedahan kepada pengamal media baru supaya menyebarkan dan mendapatkan maklumat secara berhemah menerusi rangkaian media baru yang semakin popular kini.

Blogger peraktoday.com Salim Iskandar berkata konvensyen itu mampu membentuk generasi muda yang berfikiran terbuka dan mementingkan kebenaran fakta sekaligus dapat menguatkan jentera kerajaan.
"Konvensyen ini sangat berjaya sebab peserta tunjuk minat dan sasaran untuk golongan muda yang kebanyakan ada facebook dan dapat bagi tahu facebook ini bukan hanya untuk sosial sahaja," katanya di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok disini.

Salim berkata kebanyakan pengguna media baru seperti facebook, blog dan twitter lebih cenderung mempercayai sesuatu maklumat itu secara terus tanpa menilai kebenaran fakta terlebih dahulu sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan.

Sehubungan itu Salim menyeru kepada golongan muda supaya bijak menggunakan media baru dengan menilai kebenaran fakta dan membuat perbandingan maklumat antara pro kerajaan dengan pembangkang terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu maklumat itu.

"Sekarang ini rakyat ada dua alternatif iaitu ada pro kerajaan dan pembangkang. Ada facebook twitter or blog dari pihak pro kerajaan dan begitu juga pembangkang. Jadi kita kena baca dua-dua dulu dan bandingkan serta nilai fakta dengan baik tengok betul-betul yang mana betul," katanya.
Katanya lagi sebagai rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat boleh menegur tindakan kerajaan sekiranya timbul perkara yang tidak betul namun teguran tersebut mesti dengan cara yang berhemah.

Sementara itu seorang lagi blogger wirawatiperkasa.blogspot.com Zaira Jaafar berkata konvensyen itu memberi impak yang baik kepada peserta kerana mereka berjaya memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan pihak penganjur.
Zaira berkata kebanyakan isi kandungan media baru dapat membentuk persepsi melebihi realiti sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda.

"Ambil tahu separuh sahaja fakta dan yang selebihnya andaian yang datang dari diri sendiri sebab baca sesuatu maklumat itu tidak habis pun," katanya.

Katanya lagi golongan muda disarakan supaya jangan mudah mempercayai khabar angin sebelum mengenalpasti kebenaran fakta keseluruhan cerita.Apabila ditanya mengenai media baru dianggap estet kelima dan bakal menggantikan suratkhabar dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang
Zaira berkata dia bersetuju dengan perkara itu.

Katanya dia sekarang sudah tidak membeli suratkhabar kerana dia lebih selesa mendapatkan maklumat dan bahan bacaan menerusi internet sahaja.Kira-kira 1500 pengamal media baru menghadiri majlis Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah itu.

Media sosial Patut Diguna Untuk Nyata Pandangan Berdasarkan Fakta Betul.

SUNGAI PETANI, Masyarakat di negara ini khususnya golongan muda sepatutnya menggunakan media sosial untuk menyampaikan pandangan mereka berdasarkan fakta yang tepat dan bukan mewujudkan persepsi yang boleh membawa keburukan kepada negara.

Ketua Pengarah Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata ketika ini media sosial banyak diguna untuk mewujudkan persepsi negatif yang lebih kepada fakta kurang tepat berbanding untuk membuat kritikan membina.Beliau berkata media sosial sebenarnya boleh menjadi medium untuk mendengar denyut nadi rakyat jika pandangan disalur secara bertanggungjawab.

"Mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Kerajaan sentiasa mahukan maklum balas daripada rakyat dan dalam keadaan sekarang, media sosial boleh memainkan peranan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini.

Beliau berkata bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang media sosial diguna untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan berdasarkan pembohongan, dan bukan digunakan untuk tujuan yang positif.

"Kerana itu, Jabatan Penerangan terpaksa memainkan peranan untuk menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dibuat dalam media sosial. Perkara yang tidak betul, apabila diulang 40 kali, orang akan percaya," katanya.

Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah menyekat rakyat untuk menyuarakan pandangan, malah Jabatan Penerangan sendiri mempunyai program-program untuk mendapatkan pandangan maklum balas daripada rakyat dalam sesuatu perkara.

Mengenai konvensyen anjuran Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Biro Tatanegara itu, beliau berkata konvensyen kali ini adalah edisi kelima dan sehingga kini ia berjaya mengumpulkan lebih 10,000 pengguna media sosial daripada kalangan golongan muda.

Kedah Sejahtera Bukan Hanya Hidup Aman!

SUNGAI PETANI, Seorang ahli panel pada satu forum disini hari ini berkata Konsep Kedah Sejahtera yang menjadi pegangan kerajaan negeri Kedah sekarang tidak sepatutnya tertumpu kepada kehidupan aman damai sahaja.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan berkata "sejahtera" dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri seharusnya mencakupi peningkatan taraf kehidupan rakyat.

"Sejahtera bagi saya adalah perut kita, kita nak pakai kereta dan nak tingkatkan kehidupan (untuk kehidupan yang semakin baik dan selesa)," katanya semasa menjadi ahli panel forum isu semasa bertajuk "Kedah Sejahtera - Antara Mimpi dan Realiti" pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Universiti Teknologi MARA Merbok dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh bertindak sebagai moderator forum itu.
Zaini berkata keadaan yang berlaku di Kedah ketika ini, pemimpin dalam kerajaan negeri yang diterajui PAS dilihat sudah tidak bekerjasama antara satu sama lain dan membuat hal masing-masing dalam urusan pentadbiran negeri manakala di pihak Umno pula, mereka dilihat lebih suka bercakaran antara satu sama lain untuk merebut jawatan dan kerusi.

Sehubungan itu, Zaini menyarankan supaya pemimpin Umno di negeri ini balik kepada perjuangan asal dan memberi laluan kepada orang baru untuk memimpin.
"Kesimpulannya back to basic (kembali kepada asas) iaitu orang lama support (sokong) orang baru,"  katanya.

Dalam konteks nasional, Zaini berkata pakatan pembangkang dilihat sering mempunyai dasar yang bertentangan antara satu sama lain.

Zaini berkata berdasarkan pemerhatiannya antara dasar yang dibawa kerajaan Selangor dengan Kedah wujud perbezaan.

"Saya tengok banner (sepanduk) di Shah Alam kata Selamatkan Malaysia manakala datang ke Kedah tengok Kedah Sejahtera. Ada contradict (percanggahan)... saya tertanya-tanya selamatkan daripada siapa," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel iaitu Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya berkata PAS sering memainkan isu orang yang menyokong mereka masuk syurga sedangkan hanya Allah yang berhak tentukan siapa yang akan masuk syurga atau neraka.
"Orang yang beriman, bertakwa dan berbuat kebaikan seperti yang disuruh Allah yang akan masuk syurga," katanya.

Fathul Bari berkata tiada mana-mana hukum yang mengatakan menjadi ulama adalah syarat untuk menjadi pemimpin kerana untuk menjadi pemimpin tidak semestinya di kalangan ulama.
"Tapi kalau ulama yang jadi pemimpin Alhamdulillah," katanya.

Zulkefli dalam penggulungannya pada forum itu berkata masyarakat India dan Cina di negara ini mempunyai pandangan hanya yang buat baik dapat masuk syurga tetapi ada orang Melayu mempunyai pandangan ia ditentukan oleh parti politik.

"Jadi bagi orang Melayu keluarlah daripada kepompong yang membelenggu itu. Malulah dengan bangsa lain. Sejahtera Kedah bukanlah sejahtera mandom (statik) sahaja. Kedah boleh bersaing dengan negeri lain, malah boleh maju lebih daripada Selangor," katanya.

-- BERNAMA

Khamis, 12 April 2012

Kesian MB Kedah Dipantau Pemandu?



Isu PTPTN, Pembangkang Ajar Rakyat Tidak Bersyukur!




Tindakan pakatan rakyat untuk memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dianggap perbuatan tidak beradab sekaligus mengajar rakyat tidak bersyukur terhadap kemudahan yang diterima.
Pengerusi Perhimpunan Ulama muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, dana PTPTN merupakan sebahagian wang rakyat yang wajib dibayar untuk kegunaan generasi seterusnya.

"Sebelum kita bercakap mengenai bantuan kerajaan, apa pula tanggungjawab kita?.
"Pihak pembangkang sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk membantu rakyat menyelesaikan hutang itu, bincang dahulu apa masalah mereka sebelum bercadang memansuhkannya.

"Wang PTPTN adalah wang rakyat dan hak bersama,maka peminjam perlu bayar untuk kegunaan generasi seterusnya.Jika mahu mansuh kita menyeru pihak pembangkang bayarlah dulu," katanya.

Baliau diminta mengulas dasar pembangkang yang mahu menghapuskan PTPTN jika mereka memenangi pilihanraya umum akan datang.

Jelasnya lagi Islam menuntut umatnya mencari ilmu dengan cara apa sekalipun termasuklah terpaksa berkorban jiwa dan harta sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Dalam konteks itu katanya, rakyat negara ini sangat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan tersebut sehingga memberikan keistimewaan pinjaman boleh ubah kepada mereka yang berjaya.

"Sebelum kita bercakap mengenai bantuan kerajaan, apa usaha dan tanggungjawab kita untuk mendapatkan ilmu sehingga berjaya?.

"Kita ada ruang untuk memindahkan pinjaman kepada biasiswa, jadi mana usaha ini?. Tiba-tiba mahu salahkan kerajaan yang sudah menyediakan kemudahan.

Jadi Warga Yang Perkasa, Dinamik.





KUALA LUMPUR 11 April – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
“Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Istana Negara hari ini.

Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.
Tuanku Abdul halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke V pada 1970 samasa berusia 42 dan empat dekat kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada usia 84.

Seri paduka bertitah: “Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya.”
Titah paduka, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat.

“maka jadilah insan mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang berilmu serta berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada negara,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal maju dan dihormati dunia.

“Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif serta mencabar, justeru setiap dari rakyat malaysia perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan harmoni.

“Perkukuhkan diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air.Sesunguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama.Untuk itu, masa depan negara haruslah dicorak dan diadun oleh kita semua,’ titah Seri Paduka.
“Kemajuan dari segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satu bangsa yang kuat.Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yang berbudi bahasa.

“Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkat tamadun bangsa, menjulang agama dan negara.Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang diamal selama ini,” titah Seri Paduka.
Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, Seri Paduka bertitah: “Sesungguhnya juga, setelah lebih empat dekat berlalu seperti yang sudah ditentukan oleh yang Maha Kuasa dan tertulis dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini, berpeluang menerima khidmat dari dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.

“Pertamanya pada zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini pada kala tampuk kerajaan dibawah pimpinan anakandanya, Yakni Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehingga hari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinan kerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan.

“Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat dari pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa dan agama dapat kekal hidup rukun damai, “ titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara ini dan menyedarkan Seri Paduka betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.

Seri Paduka bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini “bukanlah datang secara bergolek, ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan usaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa.”
Tuanku Abdul Halim bertitah, falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” amat sesuai pada saat yang mencabar ini kerana untuk menguruskan sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat),” titah Seri Paduka.

-BERNAMA.

Rabu, 11 April 2012

Merafak Sembah Setinggi -Tinggi Ucapan Tahniah


 

Kepada

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K, D.K.H., D.K.M., D.M.N.,D.U.K.,D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K. (Perlis),
D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K.(Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.K. (Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of The Bath of U.K., Asso.Knight Order of St.John., Hon. Ph.D (UUM). 

dan

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJJAH HAMINAH
D.M.N., D.K., D.K.H.

sempena
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhumm Sultan Badlishah

11 April 2012 Bersamaan 19 Jamadilawal 1433H

Ahad, 8 April 2012

Bantuan Segera Untuk Mangsa Ribut.


SUNGAI LALANG - Ribut yang melanda selama hampir 10 minit merosakkan 7 buah rumah di Taman Kenanga 8 disini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, beberapa kenderaan milik penghuni juga turut mengalami kerosakan akibat ditimpa kepingan genting yang diterbangkan angin.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Salehudin Mohd Nor, 28, berkata angin yang datang sejurus diikuti hujan lebat itu kelihatan berpusing seperti puting beliung sebelum melanggar beberapa buah rumah.Berada di luar rumah ketika kejadian, beliau mendakwa melihat dengan jelas bagaimana pusaran angin itu mengangkat kepingan atap beberapa rumah.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul urus Mat Zain yang meninjau tempat kejadian berkata, beliau turut merasa dukacita kerana kebanyakan penduduk di taman perumahan itu baru berpindah malah katanya, ada perabot yang baru saja dibeli.

Sebagai tindakan segera, beliau telah pun mengarahkan kontraktor untuk membaiki bahagian bumbung rumah penduduk yang rosak.

"Bagi pihak saya telah pun meminta kontraktor untuk datang dan memasang bumbung yang rosak memandangkan pada masa ini musim hujan, jadi kita tidak mahu mereka mengalami kesulitan", katanya.

Tinjauan mendapati bahagian dalam beberapa rumah digenangi air hujan yang masuk melalui bahagian bumbung yang terbuka.



Facebook Undang Ketagihan?

             'Pengguna laman sosial akui hidup tidak gembira'



LONDON - Penggunaan jaringan sosial Facebook merupakan satu aktiviti yang boleh mengakibatkan ketagihan, tetapi pengguna yang menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya mungkin merasa tidak gembira dengan kehidupan mereka.
Penyelidik dari Universiti Gothenburg, Sweden menyatakan, kebanyakan pengguna yang mula membuka komputer akan terus memasuki laman web jaringan sosial tersebut.
Menurut penyelidik, golongan berpendapatan dan berpendidikan rendah didapati merupakan golongan paling berisiko mengalami ketagihan itu.
Golongan berkenaan meluangkan lebih banyak masa menggunakan Facebook dan sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak gembira atau tidak puas hati dengan kehidupan masing-masing.
Kira-kira 85 peratus pengguna berkata, mereka menggunakan Facebook setiap hari dan separuh daripada jumlah itu memaklumkan mereka membuka laman web jaringan sosial itu sebaik membuka komputer atau alat telekomunikasi lain.
Separuh daripada pengguna turut menyatakan mereka ‘tidak mengetahui maklumat terkini’ jika tidak menggunakan facebook, manakala 25 peratus pengguna berkata, mereka ‘tidak senang hati’ jika tidak berbuat demikian.
Kajian melibatkan 1,000 responden berumur 18 hingga 73 tahun itu menunjukkan jaringan sosial tersebut mempunyai kesan buruk.
Pelajar iajzah kedoktoran psikologi universiti itu, lief Denti berkata, penggunaan itu mungkin menjadi satu kebiasaan tanpa disedari.
“Majoriti responden membuka jaringan sosial itu setiap kali menggunakan internet, ini mungkin membentuk ketagihan”, katanya.
-AGENSI

Sabtu, 7 April 2012

Tunggu Pengumuman PM!


'Tidak ada satu kelompok pun rakyat di negara ini yang terkeluar dari perhatian Perdana Menteri, Datuk seri najib Tun Razak termasuk  kalangan peniaga kecil dan pemandu teksi'.


 
Timbalan perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin berkata, walaupun banyak usaha telah dibuat untuk kesejahteraan rakyat namun itu masih tidak mencukupi dan akan dipertingkatkan lagi.
“Ini jaminan kerajaan BN, bukan cakap kosong tapi mesti kita laksana dan kita tunaikan, InsyaAllah dengan sokongan rakyat kita akan tunaikan apa yang telah kita janjikan untuk kepentingan rakyat”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam perjumpaan khas bersama pemandu teksi dan peniaga kecil di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani kelmarin.
Menurutnya YAB Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara dalam bajet 2012 yang ada kaitan dengan kepentingan pemandu serta pemilik teksi dan kereta sewa yang telah diluluskan oleh kerajaan antaranya pengecualian cukai jalan, pemansuhan cukai jualan dan duti eksais bagi kenderaan, kadar faedah 2 peratus untuk pembiayaan kenderaan baru, insentif RM1000 hingga RM3000 untuk gantian kenderaan lama yang mungkin akan dinaikkan sehingga RM10,000.
"malahan baru-baru ini perdana menteri telah bertanya saya, dia kata pemandu teksi ni apa lagi kita boleh bantu",

"Kita ada bincang 2 - 3 perkara yang saya tak mahu umum disini, biarlah perdana menteri sendiri yang beritahu”, katanya.
Berikutan itu menurut Muhyiddin, akan ada lagi kejutan yang akan diumum oleh Perdana Menteri kepada lebih 40,000 pemandu teksi di seluruh malaysia.

Beliau juga berkata, bukan pemilik teksi sahaja diberi perhatian, malah peniaga kecil dan penjaja yang banyak membantu meningkatkan ekonomi negara juga mendapat perhatian sama.
“Yang penting kita nak tentukan supaya dasar yang dilaksana oleh kerajaan BN dapat kita teruskan demi kepentingan setiap lapisan rakyat”, ujarnya.

Muhyiddin  juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada 16 persatuan teksi aktif di Negeri kedah yang akan diguna untuk pentadbiran dan memajukan persatuan.
Jumlah sama turut diumumkan untuk setiap cawangan persatuan penjaja dan peniaga kecil.

Yang Dipertua persatuan penjaja dan peniaga kecil melayu Negeri Kedah, Abd Ghani Hassan yang ditemui media berkata, peruntukan RM10,000 yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin adalah hadiah bernilai yang akan digunakan untuk melancarkan tadbir urus persatuan.

"Kehadiran Tan Sri Muhyiddin ke sini bertepatan dan cukup baik kerana kami kerana kami berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau”,

"Dengan penjelasan yang diberikan, kita tahu ada saluran tertentu yang boleh dimanfaatkan penjaja dan peniaga kecil seperti melalui pinjaman Tekun, Amanah Ikhtiar dan pinjaman Mara sekiranya memerlukan bantuan bagi mengembangkan perniagaan", katanya.
Sementara itu wakil Persatuan Teksi Negeri Kedah, Zakaria Jaafar pula berkata, pihaknya mengalami masalah berhubung penukaran kereta sewa lama kepada kereta baru berjenama Proton melalui skim yang dibentangkan dalam bajet 2012 dimana melalui skim berkenaan pemilik teksi berkelayakan boleh membuat penukaran itu.

Namun katanya masalah itu sudah dimaklum kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan berbincang dengan  Menteri Kewangan berhubung masalah itu.
Menurutnya, pemilik dan pemandu teksi sentiasa menyokong dasar kerajaan dan berterima kasih atas perhatian yang diberi kepada golongan itu.