Jumaat, 29 Jun 2012

Selamatkan Malaysia Dari Pengkhianat Bangsa.


BEDONG - Barisan Nasional (BN) telah menjaga Malaysia dengan baik serta menjadikannya sebuah  negara yang makmur dan maju.Namun apa yang pelik, di sebalik kejayaan ini, parti pembangkang di negara ini terus menabur fitnah setiap hari dengan menyatakan bahawa negara ini berada dalam bahaya.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, apa yang lebih pelik, masih ada pihak yang mahu mempercayai fitnah yang telah berterusan sejak bertahun-tahun walaupun apa yang diperkatakan itu akhirnya terbukti tidak benar. Golongan ini katanya seolah-olah sudah ketagih dan sentiasa menunggu kemunculan fitnah terbaru yang memburuk-burukkan kerajaan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program hari keluarga Pergerakan wanita UMNO Bahagian merbok di kawasan Rekreasi Tupah di sini.

Mengulas program 'selamatkan Malaysia' yang dianjurkan oleh PKR yang berkonsepkan hiburan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Tajul berkata, kerajaan BN telah berusaha untuk menyelamatkan Malaysia dari pengkhianat bangsa dan negara iaitu 'Anwar Ibrahim'.
“Pengkhianat bangsa dan negara  ini, berkempen disana sini buat fitnah kononnya nak selamatkan Malaysia, hakikatnya, yang merosakkan negara kita pada hari ini bukan kita tetapi dia,” katanya.

Kerana itu katanya, rakyat malaysia khususnya ahli-ahli UMNO perlu sentiasa bersatu padu dan terus berjihad menentang fitnah serta kemusnahan negara ini.
"Kita perlu sedar bahawa kekuatan kita bergantung kepada perpaduan kita," katanya.


Isnin, 25 Jun 2012

Sebelum Menang, Kedai Karaoke tepi Jalan Pun Salah UMNO!

Kerajaan Pas Kedah yang menerima kritikan hebat kerana dikatakan gagal mengekang pertambahan pusat hiburan akhirnya mengakui meluluskan lesen baru bagi pembukaan pusat-pusat berkenaan di bandar raya ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sebanyak empat lesen baru diluluskan oleh pejabat daerah selepas tiada bantahan daripada agensi-agensi penguatkuasa termasuk polis dan bomba.

Beliau berkata, pusat-pusat hiburan yang lain pula mendapat lesen pada 2008 dan diaktifkan semula untuk operasi.
"Dalam hal ini saya telah menghubungi pejabat daerah dan mereka memaklumkan hanya ada empat yang baru. Yang lain itu bukan lesen baru cuma sekarang dia aktif balik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada kontijen Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV 2012 di Seri Mentaloon.

Beliau ditanya mengenai isu pertambahan pusat-pusat hiburan di negeri ini sehingga menimbulkan kebimbangan lebih ramai golongan muda akan terjebak dalam gejala tidak sihat.
Ini termasuk pembukaan pusat hiburan terbesar di Mergong, dijangka dibuka penghujung bulan ini yang dikatakan diserikan dengan peluang kepada pengunjung untuk menari bersama deejay wanita terkenal dari perancis.

Azizan berkata, pembukaan pusat hiburan bukan bermakna pengusaha dan pengunjungnya boleh berbuat sesuka hati tetapi mesti berada di bawah kawalan serta peraturan ditetapkan.

“Kita tidak boleh halang orang tiada hiburan. Kita memberi lesen untuk membuka pusat hiburan tetapi di bawah kawalan termasuk masalah keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum. Itu yang dikatakan kawalan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, pihaknya tidak boleh membatalkan lesen yang sudah lama dikeluarkan kerana mereka tidak melanggar peraturan.
Atas dasar itu kata beliau, semua pengusaha pusat hiburan akan dipanggil untuk diberi taklimat yang turut disertai pihak penguatkuasa termasuk polis mengenai etika pusat-pusat hiburan pada minggu depan.

Menurutnya, tindakan akan mula diambil jika masih terdapat pengusaha yang melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan selepas taklimat itu kelak.


Ahad, 24 Jun 2012

Gagal Tunai Janji, 30 Ahli Pas Sertai UMNO.

BUJANG - Abdul Mutalib Jaafar, 55 bersama isteri Mariam Bakar 58, hari ini menyertai kira-kira 30 ahli Pas dari sekitar kampung Jilid 8, Kampung Gelam dan Kampung Teluk Che Lela menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela disini.
Beliau yang telah menjadi ahli dan mengundi Pas sejak hampir 20 tahun berkata, keputusan itu dibuat kerana merasakan hanya UMNO yang mampu menjaga kebajikan rakyat memandangkan wakil rakyat dari Pas yang sepatutnya menjaga mereka gagal berbuat demikian selain faktor Pas yang kini dilihat lebih gilakan kuasa berbanding menegakkan Islam.
"Walau apa pun masalah yang dihadapi penduduk, mereka tidak pernah cuba untuk selesaikan walaupun masalah itu kecil",
"Malah mereka langsung tidak mencuba dan menyerahkan bulat-bulat untuk diselesaikan oleh wakil UMNO yang banyak membantu kami", katanya.


Abdul mutalib mewakili bekas ahli Pas, menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Tajul.

Sementara itu, Dato' Hj. Tajul Urus berkata, Pas telah banyak berubah dan lari dari perjuangan asal kerana taksub untuk berkuasa dan mengalahkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP yang jelas anti Islam dan melayu.

Tambahnya, Pas juga tidak segan silu untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri meskipun menyedari bahawa Anwar terpalit dengan begitu banyak masalah yang tidak melayakannya untuk menjawat jawatan tersebut.

Beliau berharap penyokong Pas menyedari bahawa Pas kini lebih banyak membawa kesesatan apabila sanggup membuat hukum berdasarkan kehendak DAP dan Anwar Ibrahim.

3 Nilai Negatif Diajar Pembangkang!

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar menolak pakatan pembangkang kerana cuba mengajar masyarakat di negara ini mengamalkan nilai yang tidak baik.
Tegas Perdana Menteri, ajaran songsang pakatan pembangkang itu jelas dilihat menerusi tiga sikap negatif pakatan pembangkang yang cuba diterapkan kepada rakyat iaitu tidak menunaikan janji, tidak mengenang budi dan juga tidak membayar hutang.

"Ada tiga nilai yang tidak baik yang diajar pembangkang kepada masyarakat kita. Pertama, janji tidak perlu ditunaikan kerana janji itu janji politik.

"Keduanya, budi tidak payah dihargai kerana apabila kita (Barisan Nasional) berbudi kepada rakyat, mereka sakit hati kepada BN dan mereka kata budi tak perlu dihargai...ini nilai yang buruk.
"Ketiganya, hutang tak perlu dibayar, ini pun nilai yang buruk, kalau hutang kita wajib bayar balik. Kalau kita meninggal dunia pun, roh kita akan tersiksa kalau hutang tidak dilunaskan..ini ajaran Islam, tapi pada dia (pembangkang) hutang tidak perlu dilunaskan," katanya.

Rabu, 20 Jun 2012

Muhyiddin: Malaysia Bertambah Kukuh Sebagai Negara Terbaik Untuk Membuat Pelaburan.


MERBOK - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedudukan Malaysia di mata dunia sebagai negara terbaik untuk membuat pelaburan bertambah kukuh dan mengatasi banyak negara maju di dunia.

Katanya Buku Laporan Daya Saing Dunia 2011 IMD melaporkan Malaysia negara ke-14 paling kompetitif di dunia manakala Laporan Melakukan Perniagaan 2012 Bank Dunia melaporkan Malaysia meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-23 kepada kedudukan ke-18 dan mengatasi negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan, Switzerland dan Peranchis.

Menurutnya, Laporan Daya Saing Global 2011 World Economic Forum (WEF) pula meletakkan Malaysia pada tangga ke-21, meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-26 di kalangan 142 negara di dunia dan pada masa yang sama berada pada tangga ke-enam di kalangan negara Asia Pasifik dan ke-dua dalam Asean.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berada pada tahap ke-10 negara paling digemari di dunia oleh pelabur asing.

"Kenyataan laporan berintegriti badan-badan dunia ini bukan suka-suka hendak disebut tetapi perlu bagi menjelaskan mengenai pimpinan negara sentiasa fokus dan tidak sembrono untuk mengangkat Malaysia menjadi negara maju.

"Syukurlah kerana dasar dan agenda kerajaan Barisan Nasional (BN) selari dengan matlamat mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020," katanya semasa merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana peringkat negeri Kedah di UiTM Merbok di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) Datuk Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Muhyiddin berkata Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai matlamat itu selain giat menjalankan pelbagai program pembangunan negara serta bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Kesungguhan kerajaan BN itu antaranya melalui Program Transformasi Kerajaan GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), kata Timbalan Perdana Menteri.

Mengenai pembangunan usahawan, beliau berkata MITI dan agensi-agensi di bawahnya melaksanakan pelbagai program antaranya bimbingan dan latihan, bina upaya, peningkatan daya saing dan inovasi, pemasaran dan penjenamaan, bantuan bersepadu, kewangan dan kesedaran halal.

Muhyiddin berkata SME Corp telah memberikan pinjaman Skim Pinjaman Mudah kepada 53 syarikat di Kedah berjumlah RM27.5 juta serta meluluskan 1,184 permohonan baharu dengan nilai geran RM44.53 juta.

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) pula telah meluluskan pembiayaan bernilai RM381 juta kepada 247 syarikat di Kedah termasuk pembiayaan program bantuan kewangan kerajaan persekutuan sebanyak RM35.5 juta kepada 42 syarikat untuk membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri, katanya.

Katanya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) turut meluluskan insentif bagi 49 projek PKS dengan pelaburan bernilai RM93.2 juta yang menawarkan 1,340 pekerjaan terhadap pelbagai sektor di negeri itu.

Daripada 10,140 syarikat pengeksport Malaysia yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangaunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), katanya 250 syarikat atau 2.5 peratus adalah dari Kedah.

Pada majlis itu, Muhyiddin telah menyampaikan cek kepada para penerima bantuan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjumlah RM247.758 juta; Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) berjumlah RM1.5 juta; Skim Usahawan Dinamik Mara (RM65,000); anugerah usahawan mikro SME Corp dan bantuan pelajaran kepada anak-anak penerima pinjaman TEKUN dan AIM.

Himpunan Usahawan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang memberi peluang kepada usahawan memperkenalkan produk, mendengar ceramah peluang perniagaan dan mendapatkan maklumat terkini.


-- BERNAMA

Selasa, 19 Jun 2012

Info : Elak Akaun Facebook Anda Digodam.



CALIFORNIA - Laman jaringan sosial popular, Facebook akan meminta pengguna aktifnya yang berjumlah lebih 900 juta orang supaya memberikan nombor telefon bimbit masing-masing bagi mengelak akaun mereka digodam.

Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan laman sosial itu digodam seperti yang dihadapi oleh jaringan sosial lain termasuk LinkedIn dan eHarmony.

Berjuta-juta pengguna Facebook sudah boleh melihat satu pautan di laman akaun mereka meminta mengikut 'kaedah keselamatan mudah'.

Mereka yang klik pautan tersebut akan dibawa ke laman keselamatan Facebook di mana mereka akan diminta memilih kata laluan unik dan diberikan tutorial bagaimana untuk mengenali penipuan melalui talian.

Pengguna kemudian akan diminta untuk menyediakan nombor telefon bimbit bagi membolehkan pemulihan keselamatan akaun.

Facebook mendakwa tindakan terbaru itu berkesan kerana apabila pengguna mengesahkan nombor telefon mereka, ia akan membenarkan laman web itu untuk memadamkan kata laluan mereka jika akaun itu digodam.

Laman web itu kemudian akan menghantar satu mesej teks kepada pengguna bahawa kata laluan mereka telah ditukar.

Tindakan terbaru itu dipilih berbanding penghantaran emel kerana kebanyakan pengguna tidak mengendahkan dan hanya akan memadamkannya. - AGENSI

Seminar Fiqh: Sah Malaysia Bukan Negara Sekular.




PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.
Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.
Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.
Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.

Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.
Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.
Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.

Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.


Sumber: jawa bernam

Ahad, 17 Jun 2012

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj.




Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.


Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

 3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

 (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Oleh : Ahmad Sanusi Husain

Sabtu, 16 Jun 2012

Arah Cipta Bukti, Zahrain Minta Anwar Henti Fitnah Terhadap Najib.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan isu kapal selam Scorpene kerana ia langsung tiada asas.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.
Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali Altantuya pada 2004.
''Kita dapat melihat tiada kaitan di antara Altantuya dan isu Scorpene kerana mendiang dan Abdul Razak berjumpa selepas perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai.
''Anwar dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang cuba memutar-belitkan isu pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya namun semua tuduhan mereka terhadap Najib sebenarnya tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin baru-baru ini tentang tindakan Anwar mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar enggan mematuhi arahan Anwar kerana tiada bukti yang mengaitkan Najib dalam dua isu itu.
Zahrain menambah, pembangkang mula memfitnah Najib berhubung isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.
''Sepatutnya isu-isu berkenaan tidak lagi dibangkitkan kerana Perdana Menteri telah melafazkan sumpah bagi menunjukkan beliau tidak bersalah.
''Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 kian terasa, pembangkang kini mengulangi permainan politik kotor itu dengan mereka cerita semata-mata untuk membohongi rakyat," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Zahrain turut membidas Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene walaupun tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.
''Bila kita tanya tentang bukti, Suaram kata tiada. Tuduhan terhadap Najib dibuat berdasarkan kepada andaian sahaja," katanya.
Dakwa Zahrain, beliau tahu siapa sebenarnya yang mendalangi Suaram dan Anwar diminta tidak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fitnah. -Utusan

Rabu, 13 Jun 2012

Rukun Islam Kelima Tidak Wajib, Pilihan Raya Wajib - Tuan Ibrahim Tuan Man




Beberapa tokoh agama mendesak Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan dalil al-Quran atau hadis yang menunjukkan bahawa kewajipan pilihan raya adalah sama dengan menunaikan haji.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu seolah-olah meletakkan kewajipan melaksanakan pilihan raya demi partinya lebih besar daripada Rukun Islam kelima itu.

"Kita minta dia semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setaraf dengan fardu haji?
"Rakyat juga ingin tahu apakah Tuan Ibrahim beranggapan PRU-13 sebagai kefarduan Allah yang mengatasi kefarduan menunaikan haji.

"Jika benar sebagaimana kenyataan dalam media itu, Tuan Ibrahim seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukan Islam kelima itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam portal pro pembangkang, http://www.selangorku.com/?p >9042 yang meminta ahli-ahli Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada PRU-13 dijangka antara September hingga Oktober.

Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah wajib bagi umat Islam menunaikan haji sekiranya telah cukup syarat dan sekiranya ia ditangguhkan, ini bermakna individu terbabit memperlekehkan hukum agama.
"Saya minta umat Islam tidak terkeliru dengan pandangan pemimpin Pas ini kerana mereka sudah songsang. Peluang mengerjakan haji sukar disebabkan kuota yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Ini sengaja mencuaikan kewajipan dan bukannya dalam keadaan darurat, Tuan Ibrahim telah memperlekehkan agama," katanya.
Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Pengasas Pondok Pulau Ular, Zainal Abidin Awang yang menyifatkan Tuan Ibrahim telah mempermainkan hukum Allah.

"Tidak boleh sama sekali umat Islam menangguhkan haji apabila cukup harta, sihat tubuh badan, ada kenderaan pergi balik dan dapat meninggalkan nafkah kepada isteri serta anak-anak.
"Dia (Tuan Ibrahim) main-mainkan soal haji, tambahan pula dalam keadaan untuk mendapatkan tempat menunaikan haji amat sukar, Pas telah mempergunakan Islam untuk mendapatkan undi," katanya.

Siapa Sebenarnya ‘Gatal Mulut’?



SEPANJANG bulan lalu dan bulan ini, terdapat tiga isu yang mengaitkan Pas dengan tanah suci Mekah. Isu pertama melibatkan tindakan tidak matang beberapa pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan demonstrasi menyokog Bersih di Mekah dan Madinah.
Isu kedua pula melibatkan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam isu mengadakan perhimpunan Bersih di Mekah dan Madinah, kepimpinan Pas langsung tidak menegur perbuatan melampau ahli-ahlinya yang berbuat demikian, sebaliknya mereka berbangga kerana semangat menyokong Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga begitu mendalam sehingga dibawa ke tanah suci biar pun sepatutnya tumpuan diberikan sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT.
Selain itu, akibat politik tidak bertempat itu, Malaysia menerima tempiasnya apabila kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik membantah perbuatan berkenaan serta mengingatkan kerajaan Malaysia supaya memastikan peristiwa itu tidak berulang.

Dalam isu kenyataan Dr.Sulaiman Saloomi pula, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih parti itu dalam pilihan raya.
Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Dan Pas selagi lagi terbabit dalam isu berkaitan tanah suci apabila Tuan Ibrahim membuat seruan supaya menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pilihan raya.
Sememangnya sudah pastilah dalam ketiga-tiga isu itu, Pas akan mempertahankan apa juga tindakan dan kenyataan mereka.

Walaupun ia akan dianggap janggal bagi mereka yang mahu memikirkannya secara matang tetapi bagi pengikut-pengikut tegar Pas apa yang diseru dan dinyatakan oleh pemimpin mereka adalah kebenaran serta permintaan yang harus dipatuhi di bawah prinsip ‘kami dengar, kami patuh’.
Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sampai bilakah Pas ingin terus melakukan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan Islam demi kepentingan politik mereka. Kenapakah perlu soal politik mahu diseret ke tanah suci? Kenapakah soal pahala dan dosa dipertaruhkan untuk meraih sokongan dalam pilihan raya? Kenapakah Pas sanggup memandang ringan soal ibadah haji boleh ditangguh-tangguhkan semata-mata untuk memastikan jentera pilihan rayanya tidak terjejas?
Hakikatnya, dari semasa ke semasa tambahan pula menjelang pilihan raya, sementara sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda pelbagai masalah berkaitan dengan integriti dan moral, pendekatan dan tindakan politik Pas pula semakin mengelirukan.

Apa yang mengecewakan, Pas sama sekali tidak pernah mempedulikan apa juga komen dan ulasan mana-mana ulama yang secara ikhlas menegur corak politik mereka, sebaliknya ada mufti yang dianggap ‘gatal mulut’ kerana memberi pandangan mengenai parti itu.


Kalau mahu diambil kira soal ‘gatal mulut’ rasanya pemimpin-pemimpin Pas sudah lama bersikap demikian apabila membuat kenyataan sesuka hati termasuklah suatu ketika pandai-pandai mengkafirkan UMNO dan menuduh UMNO menolak Islam.

Tidakkah itu boleh dinamakan ‘gatal mulut’ kerana perbuatan berkenaan telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini? Apakah pemimpin dan penyokong Pas tidak ‘gatal mulut’ apabila mengadakan demonstrasi di Mekah dan Madinah dengan melaung- laungkan slogan anti kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara orang?
Siapakah lebih ‘gatal mulut’ apabila menyeru supaya menangguhkan pemergian ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji?

Selain itu, kita juga ingin bertanya siapakah sebenarnya ‘gatal mulut’, apabila mencadangkan supaya Pas dan UMNO bermuzakarah demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu tetapi kemudiannya membatalkan hasrat tersebut atas alasan ia telah dimanipulasikan?
Malahan dalam isu ‘muzakarah’ antara kedua-dua parti itu, kita juga hendak tahu siapakah dulu yang ‘gatal mulut’ menganggap mana-mana pemimpin Pas yang menyokong usaha itu sebagai boneka UMNO?

Oleh itu tidak perlulah pemimpin Pas hendak melabelkan mana-mana ulama sebagai ‘gatal mulut’ kerana semua orang tahu ulama yang sering menegur Pas, melakukannya bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak sebaliknya atas dasar kebenaran dan kehendak Islam.
Sepatutnya, Pas berterima kasih kerana ada ulama yang mengambil berat tindak-tanduk mereka bagi memastikan pemimpin dan penyokong parti itu tidak terus hanyut dibuai mimpi indah merebut kekuasaan bersama-sama sekutunya PKR dan DAP.

Selain itu, teguran demi teguran yang dilakukan oleh ulama-ulama sama ada dalam atau luar negara seharusnya dijadikan iktibar oleh Pas dalam memperkasakan perjalanan politik parti itu jika benar mereka mahu memperjuangkan Islam.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Pas sentiasa sahaja menganggap apa yang mereka lakukan dan katakan adalah betul, datanglah sehebat mana pun ulama itu jika ulama berkenaan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak politik Pas maka pandangan ulama tersebut pasti ‘ditolak’ dan dianggap ‘gatal mulut’.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas tidak kira siapa pun mereka perlu diperingatkan bahawa tindak-tanduk mereka bukan sahaja boleh menjejaskan imej parti itu malahan boleh mewujudkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam.
Ia memandangkan banyak tindak-tanduk Pas dianggap oleh para ulama bertentangan dengan kehendak Islam. Kalau Pas mahu mencari pahala seperti mana pendirian mereka bahawa menyokong parti itu akan mendapat pahala maka peliharalah pahala itu dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan tindak-tanduk politik yang boleh menghilangkanpahala berkenaan sebelum kita mengadap Allah SWT.

Soal menjaga pahala ini diingatkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz yang menegaskan,‘‘Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis.
“Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis."

Oleh itu dalam mencari kuasa politik, janganlah sampai pemimpin dan penyokong Pas melakukan tindakan yang dianggap ‘gatal mulut’ yang akhirnya mengakibatkan ‘dunia tak dapat, akhirat terlepas’.

Selasa, 12 Jun 2012

Mukhriz, Langkawi dan politik Kedah.


MUKHRIZ Mahathir (depan tengah) bersama-sama penyokong Barisan Nasional (BN) ketika pelancaran
 Program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri Kedah di Jitra, baru-baru ini.

LANGKAWI yang terkenal sebagai pulau peranginan tidak terlepas daripada bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka yang tiba di pulau itu sudah pasti akan disambut dengan kemeriahan bendera-bendera parti politik.

Sepanjang jalan dari Kuah ke Kedawang, ia dipenuhi dengan bendera-bendera yang seolah-olah menggambarkan musim pilihan raya sudah bermula.

Ternyata Langkawi sememangnya menjadi salah satu sasaran pembangkang terutamanya Pas untuk ditawan setelah ia sekian lama berada di bawah Barisan Nasional (BN). Pas bukannya tidak mencuba untuk menawan Langkawi namun usaha mereka gagal, penduduk Langkawi masih setia bersama BN. Tambahan pula orang Kedah terutamanya di Langkawi masih terhutang budi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap pemimpin paling berjasa membangunkan pulau itu.

Ketika berada di pulau legenda itu minggu lalu, penulis diberitahu bahawa Pas semakin agresif untuk meraih sokongan penduduk, kibaran bendera parti itu di seluruh pelosok pulau tersebut telah menampakkan betapa seriusnya usaha mereka.

Oleh itu BN tidak boleh memandang remeh cabaran yang dilakukan oleh Pas apatah lagi sekarang ini, sudah terdengar ura-ura ada perebutan untuk menjadi calon di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di pulau tersebut.

Pulau Langkawi mempunyai tiga kerusi yang kesemuanya kini dikuasai oleh BN iaitu Parlimen Langkawi dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuah dan Ayer Hangat.

Penulis tidak tahu sejauh manakah kebenarannya mengenai perebutan untuk menjadi calon ini tetapi ia dimaklumkan sendiri oleh penduduk Langkawi yang sentiasa mengikuti perkembangan politik pulau itu.Mungkin juga keadaan itu berlaku kerana sudah ada cakap-cakap bahawa UMNO dan BN perlu meletakkan calon muda atau muka baru terutamanya bagi kerusi Parlimen.

“Kalau muka baru baguihla (baguslah), dapat lah kita tengok idea baru untuk tolong penduduk," kata seorang peniaga di Pantai Cenang kepada penulis. Berdasarkan tinjauan dan sembang-sembang penulis dengan penduduk Langkawi jelaslah mereka mahukan perubahan dari segi calon BN.

Apa yang agak menarik nama Datuk Mukhriz Mahathir turut menjadi sebutan penduduk sebagai calon paling sesuai untuk bertanding kerusi Parlimen langkawi.

Justeru tidak hairanlah Mukhriz akan disambut meriah setiap kali datang ke pulau itu. Bagi penduduk tidak ada salahnya Mukhriz menjadi ahli Parlimen kawasan berkenaan. Apa tah lagi penduduk menganggap ia bagaikan peluang untuk mereka membalas jasa Dr. Mahathir dengan memberi penghormatan kepada Mukhriz menjadi wakil rakyat mereka.

‘‘Dulu pun kami ada dengaq (dengar) Mukhriz nak bertanding di sini tetapi last-last (akhirnya) tak jadi, dia pi bertanding di Jerlun...tak tau la kali ini macam mana tetapi kalau dia bertanding penduduk pasti sokong dia," kata seorang penduduk yang tinggal di Temoyong, Langkawi.

Walaupun Mukhriz mungkin ‘tidak senang’ namanya dikaitkan namun beliau perlu faham bahawa dirinya kini adalah pemimpin muda paling popular di Kedah. Memanglah kenyataan seumpama ini sudah pasti tidak akan disenangi oleh sesetengah pihak, sebab itulah khabarnya baru-baru ini beliau `diserang’ agak hebat bila namanya dikaitkan untuk jawatan Menteri Besarkalau BN menang di Kedah.

Tetapi apa yang penting kita harus berpegang kepada prinsip rakyat didahulukan, maka ikut apa yang rakyat mahukan dan bukannya mengikut agenda politik mana-mana individu.

 Mukhriz bukan sahaja popular di kalangan warga emas malahan generasi muda juga dikatakan menyenangi keterampilannya. Oleh itu ramai berpendapat tiada salahnya jika Mukhriz diuar-uarkan sebagai bakal pemimpin utama Kedah.

‘‘Tidak kisah di mana pun Mukhriz bertanding, dia boleh menang tetapi kalau di Langkawi lagi baguih (bagus) sebab penduduk suka dia,’’ kata seorang penjawat awam yang bertugas di pulau berkenaan.

Dalam soal ini semua pemimpin UMNO dan BN perlu akur termasuklah di Pulau Langkawi , kalau penduduk yang menyokong BN merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk parti itu melakukan perubahan dari segi calon dan tidak meletakkan muka yang sama sahaja bertanding, maka lakukan, apa yang penting kemenangan untuk parti.

BN tidak harus memandang remeh cabaran pembangkang di Pulau Langkawi, senario politik negara masa kini telah membuktikan bahawa tidak ada mana-mana pun parti politik yang boleh mendabik dada mengatakan satu-satu kawasan itu kubu kuat mereka.

Begitu juga di Langkawi walaupun tradisinya ia kubu kuat UMNO namun ia bukanlah satu jaminan sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah meletakkan calon mengikut kehendak rakyat pulau itu.

Tidak apalah kalau Mukhriz lebih sesuai dikekalkan di kerusi Parlimen Jerlun atau mewarisi bekas kerusi bapanya di Kubang Pasu, tetapi cabaran pembangkang di Langkawi jangan dipandang remeh. Malahan tinjauan penulis di Kedah juga mendapati bahawa pengaruh Mukhriz dengan kehadiran Dr. Mahathir untuk berkempen dalam pilihan raya umum akan datang mampu memberi kelebihan kepada BN.

Apa pun senario yang berlaku di Langkawi dan Kedah secara keseluruhan sememangnya amat menarik untuk diikuti. Penulis yang berada di Kedah ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Kulim pada Jumaat lalu mendapati sokongan rakyat Kedah kepada BN semakin meningkat.

Ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menyambut kehadiran Najib telah membuktikan rakyat Kedah mahukan perubahan kepimpinan kerajaan negeri. Mereka merasakan cukuplah sepenggal Pas diberi peluang untuk memerintah tetapi gagal melakukan apa-apa, banyak janji yang tidak ditunaikan.

Sememangnya berdasarkan tinjauan penulis selama seminggu di Kedah mendapati arus perubahan semakin ketara dan ia bakal membawa kebaikan kepada UMNO dan BN tetapi parti itu tidak boleh leka kerana bukan sahaja perubahan sikap rakyat diperlukan tetapi juga ketelusan pemimpin-pemimpin BN untuk meraih kemenangan.

Dan ia termasuklah memberi laluan kepada generasi muda menjadi peneraju utama kepimpinan negeri jika BN menang, siapakah mereka ia perlu diuar-uarkan dari sekarang supaya rakyat tidak menganggap bahawa dalam pilihan raya akan datang UMNO hanya meletakkan calon bak kata orang Kedah, ‘pi mai pi mai muka tu jugak,’’.

Ahad, 10 Jun 2012

Umat Islam Di Malaysia Perlu Bersyukur - Tun Mahathir.

Tokoh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya bersyukur dengan nikmat keamanan dan pembangunan yang dikecapi negara sekarang.

Beliau berkata, terdapat sebahagian umat Islam negara ini yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada penduduk Malaysia dalam bentuk keamanan, perlindungan daripada bencana alam dan pentadbiran kerajaan yang cekap.
''Keadaan kita sebenarnya, kita kurang bersyukur dan kalau kita pergi ke negara-negara lain, tidak payah jauh, dekat-dekat sini pun tidak apa, kita dapati bahawa keadaan mereka lebih buruk daripada kita,''

Sebaliknya, umat Islam negara ini juga dihasut supaya jangan bersyukur dan diajar untuk memaki orang, katanya.
Beliau menegaskan, tidak ada negara lain yang mana umat Islam dan bangsa lain hidup dengan bahagia kecuali di Malaysia sementara dunia menyaksikan keadaan huru-hara dan bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan ledakan gunung berapi di tempat lain.

''Jadi, janganlah buat angkara. Kalau tengok orang buat demo, demo jatuhkan kerajaan, kita pun hendak buat demo jatuhkan kerajaan, kita ada cara hendak jatuhkan kerajaan iaitu melalui pilihan raya, kalau dapat menang, menanglah, kalau kalah, kalahlah," katanya.
Beliau seterusnya mengingatkan mereka yang tidak bersyukur ini bahawa dalam al-Quran sudah disebut janji Allah SWT di mana mereka yang menidakkan nikmat Tuhan akan ditimpa azab yang pedih.

Dr. Mahathir juga berpendapat, sekiranya ajaran Islam diperjelaskan dan ditunjukkan dengan betul, ia akan dapat menyatukan seluruh penduduk negara tanpa mengira agama mereka.
Kesukaran untuk berbuat demikian menyebabkan kadang-kala segelintir penduduk bukan Islam berada dalam keadaan 'bermusuh' dengan agama itu disebabkan pandangan negatif mereka, katanya.

''Bukan kita nak paksa orang memeluk agama Islam tetapi pandangan negatif ini menyebabkan kita ini kadang-kadang macam bermusuh, itulah yang menyebabkan kita tidak dapat menyatupadukan rakyat,'' katanya.

Dr. Mahathir turut ditanyakan soalan oleh seorang wartawan dari China yang beragama Islam tentang pandangannya mengenai umat Islam di republik itu berdasarkan lawatannya ke negara itu sebelum ini.
Kata beliau, semasa lawatan ke daerah-daerah yang didiami penduduk Islam di negara itu, beliau mendapati mereka sangat patuh kepada ajaran agama. - BERNAMA

Kerajaan BN Sedia RM180j Untuk Peniaga India.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menyediakan RM180 juta di dalam pelbagai bentuk pinjaman bagi ahli perniagaan India tempatan.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata RM150 juta diperuntukkan kepada 13 bank yang mengambil bahagian di mana setiap bank akan menerima RM10 juta bagi Dana Pembiayaan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2012, RM10 juta bagi pinjaman mudah EKS dari Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), RM5 juta di bawah Program Mempercepatkan Perniagaan dan RM5 juta lagi di bawah Program Memperkayakan dan Penambahbaikan bagi permulaan perniagaan dan makroenterpris.
Najib berkata RM30 juta lagi diperuntukkan oleh Tekun bagi menyediakan pinjaman mikro kredit kepada usahawan muda India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI).

"Melalui dana khusus RM180 juta untuk komuniti India itu, kerajaan akan menguruskan untuk membantu lebih ramai usahawan India mendapatkan pinjaman bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing."
"Di dalam memorandum pelan terperinci Persidangan Ekonomi India Malaysia (MIEC) yang dibincangkan bersama-sama saya baru-baru ini, tiga isu utama ditonjolkan yang dirasakan oleh perniagaan India yang menghalang mereka daripada menzahirkan potensi sepenuhnya masing-masing.

"Yang pertama ialah isu warisan sejarah kredit negatif yang termasuk masalah muflis dan penyenaraian hitam."
"Yang kedua melibatkan pelbagai cabaran penyediaan kredit yang mencukupi dan kena pada masanya dan yang ketiga ialah untuk membolehkan perniagaan India mendapat kontrak dari kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya pada majlis makan malam bersempena MIEC di sini, Sabtu.
Najib berkata kerajaan komited membantu usahawan India meningkat lebih tinggi dan kerajaan akan memberikan keutamaan kepada komuniti India di segi peluang perniagaan.

Katanya kerajaan akan mendaftar masyarakat India yang disenarai hitam atau muflis dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan penyelesaian yang bertanggung jawab untuk menangani masalah mereka.
Inisiatif seterusnya ialah kerajaan akan memastikan kemahiran lebih banyak syarikat India dipertingkatkan dan mempunyai kelayakan yang secukupnya bagi membida kontrak yang ditawarkan oleh kerajaan dan GLC serta memastikan bilangan kontraktor berpatutan mengambil bahagian dalam bidaan kontrak berkenaan.

Kerajaan, katanya, melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan bergandingan dengan MIEC bagi menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat terhadap mereka yang disenarai hitam atau muflis dan sesiapa yang mahukan peluang kedua mencapai matlamat masing-masing.
"Perkongsian kerajaan-komuniti ini akan menganjurkan majlis penerangan bergerak seperti pelaksanaan inisiatif dokumentasi."

"Matlamatnya ialah untuk mengumpul maklum balas berasaskan fakta yang tepat dari masyarakat India yang disenarai hitam di pelabgai lokasi di seluruh Malaysia."
"Sebaik kita dapat kesemua fakta itu, kita akan mewujudkan parameter masalah senarai hitan dan muflis itu dan dari situ kita akan wujudkan langkah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh komuniti itu."

 "Dalam hubungan ini, kita akan juga berbincang dengan bak-bank komersil secara serius agar mereka juga boleh menyumbang untuk membantu mereka yang terlibat membersihkan sejarah kredit yang negatif bagi membolehkan mereka meneruskan dengan kehudupan masing-masing," katanya.
Katanya beliau juga gembira bahawa kerajaan telah melaksanakan proses itu di mana kira-kira 100 orang sudah dikenal pasti oleh MIEC dan kini membantu membersihkan nama mereka.

Bagi menangani kekurangan kesedaran di kalangan komuniti perniagaan India mengenai apa yang perlu dilakukan sebelum memohon pinjaman dan geran, Najib berkata kerajaan telah membiayai MIEC untuk mewujudkan satu sekretariat tetap bagi menasihati dan membantu ahli perniagaan lelaki dan wanita India di dalam mengemukakan cadangan yang lengkap dan kredibel kepada bank dan institusi kewangan yang lain.

Katanya sekretariat itu boleh bergandingan dengan Pusat Khidmat Nasihat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi menyediakan khidmat nasihat perniagaan, panduan dan kaunseling.

"Campur tangan kita tidak terhenti di situ sahaja di mana enam bulan dari sekarang, saya mahu laporan penuh dari sekretariat MIEC memperincikan bilangan permohonan lengkah yang dikemukakan kepada bank dan agensi-agensi dan bilangan yang berjaya diproses dan diluluskan.

"Berdasarkan maklumat ini, kerajaan akan mengambil tindakan lanjut memastikan kemudahan kredit disediakan kepada kesemua rakyat Malaysia yang layak dan yang telah memenuhi kesemua kriteria matlamat yang digariskan oleh bank dan agensi kewangan yang lain," kata Perdana Menteri.

Najib berkata sekretariat MIEC akan turut memainkan peranan membantu bilangan kontraktor India yang mencukupi untuk diperingkatkan kemahiran dan memenuhi standard kemasukan yang ditetapkan kerajaan bagi mereka mendapatkan kontrak yang ditawarkan oleh kerajaan dan GLC.
"Berkaitan GLC, saya faham bahawa Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd akan bekerjasama dengan sekretariat MIEC dan mulai mengambil langkah proaktif memastikan lebih banyak syarikat India mengambil bahagian dalam program pembangunan vendor GLC," katanya. BERNAMA

Khamis, 7 Jun 2012

Nelayan Kecil Tinggal Di Rumah Usang Dapat Pembelaan.

Tajul meninjau keadaan rumah yang uzur.

SUNGAI PETANI - Nasib seorang nelayan kecil yang tinggal di sebuah rumah yang bocor dan dimasuki air semasa hujan mendapat perhatian Pengawai penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain selepas berkunjung ke rumah tersebut semalam.

Abdullah Mat Isa, 46,  yang menetap di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok dekat sini, tinggal seorang diri di rumah usang tersebut selepas kedua  ibu bapanya meninggal dunia.

Rumah itu yang tidak mempunyai bilik tidur dan sudah reput dimakan anai-anai, hanya ada sebuah katil serta bilik air yang rosak.

Lebih menyedihkan, apabila hujan, dia basah kuyup disebab keadaan bumbung yang  bocor kerana beliau tidak mampu membaikinya dan masalah itu berlarutan sejak dulu lagi.

Abdullah juga mendakwa, pernah meminta bantuan wakil rakyat kawasan ini, tetapi  tidak dihiraukan termasuk mengadu perkara ini kepada Exco kerajaan negeri.

“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain, selain biasa dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana ini saja tempat yang ada selagi saya masih hidup",

“Apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak mampu bekerja kecuali menangkap ikan dan pendapatan yang didapat cuma dapat menampung pembelanjan harian sahaja,” katanya.

Sementara itu, Tajul Urus berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan khas daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal supaya kerja bina semula dapat dilakukan.

Menurutnya, keadaan rumah itu memang teruk kerana terlalu usang dengan lantai papan yang pecah di banyak tempat dan berlubang, manakala bumbung rumah bocor dan tidak selamat untuk didiami selain pernah beberapa kali dimasuki ular dan binatang liar.

Tambahnya lagi, rumah tersebut akan runtuh jika kerja baik pulih tidak dijalankan kerana rumah tersebut terlalu usang dan reput.

Beliau berharap Abdullah dapat bersabar sementara permohonan peruntukan khas itu diproses.

Rabu, 6 Jun 2012

Ada Orang Report Kata Speaker Bising, Dengki La tu..

Meriahnya promosi Jelajah Janji ditepati Negeri Kedah bersama kembara Media Prima di Dewan UMNO Sungai Lalang pagi tadi. Rugi sapa tak mai, tapi tak kata kat korang la, pasai sebenaqnya ramai yang tak tau program ni.


Untuk pengetahuan korang, Kembara Jelajah Janji Ditepati oleh skuad Media Prima disertai TV3, NTV7, 8TV, TV9 serta Hot FM, hari ini berada di Dewan UMNO Sungai Lalang, bagi tujuan mempromosikan program sebenar iaitu Karnival Jelajah Janji Ditepati(JJD) bersama pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berlangsung pada 8 Jun ini di Taman Teknologi Tinggi Kulim(KHTP).

Dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) Karnival JJD sebelum ini telah diadakan di dua lokasi iaitu di Batu Pahat, Johor dan Kuching, Sarawak dalam usaha mendampingi masyarakat bagi menjelaskan segala usaha serta tranformasi yang telah dilakukan juga janji-janji yang telah ditunaikan oleh kerajaan BN untuk membela rakyat.



Klik sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Jelajah Janji Ditepati.


Diwarnai pelbagai acara sukaneka dan riadah, kehadiran Skuad Media Prima di Sungai lalang pagi tadi berjaya membawa keceriaan terutamanya kanak-kanak yang banyak dapat hadiah dan cenderahati. Dan untuk mengubati hati korang yang tak mai pagi tadi, tengok gambar aje la ye..

Peserta tiup tepung, cantik tak.

Isi air dalam botol.
En. Hashim sebagai MC bersama en. Nizam dari ICU.


Dato' Tajul pun mai..




Dan mengambil bahagian main lontar belon.



Anak sapa la yang segak ni?

Taarikkkkkkkkkk!!


Sapa nak hadiah angkat tangan.