Simpati dengan nasib lelaki tersebut, beliau kemudian mengunjungi rumah Ismail di Taman Kelisa, melihat keadaan Ismail, Rusniza nekad melakukan sesuatu bagi membantu Ismail yang tidak dapat bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga.Rusniza yang merupakan salah seorang dari 5000 rakan facebook Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain kemudian menghantar satu pesanan kepada beliau menceritakan berkenaan nasib yang yang menimpa keluarga Ismail.
Bertindak atas aduan tersebut, Dato Hj. Tajul Urus Mat Zain
kemudian meminta pegawai kebajikan dan tugas-tugas khas beliau, Khalid Othman
atau lebih dikenali sebagai Pak Din untuk meninjau kesulitan yang dialami
keluarga itu.
Pak Din meninjau keadaan keluarga Ismail serta menghulurkan
sedikit sumbangan sementara tindakan susulan diambil.
|
Lebih malang,dia yang juga melakukan kerja sampingan dengan mengutip barang lusuh bagi menyara isteri serta 4 orang anak turut kehilangan motosikal yang merupakan satu-satunya harta miliknya selepas kemalangan itu, dipercayai dicuri semasa Ismail dibawa ke hospital.
3 anaknya masih bersekolah sementara anak bongsu pula baru berusia 3 tahun 6 bulan.Bekalan air ke rumah pula telah dipotong oleh pihak SADA kerana tunggakan bil yang tidak dijelaskan.Menurut Ismail, beliau pernah memohon bantuan dari jabatan kebajikan mesyarakat (JKM) namun sehingga kini tiada jawapan yang diterima.
3 dari 4 orang anak Ismail. |
"Saya belum lagi melawat keluarga ini tapi laporannya sudah saya terima dan InsyaAllah saya akan datang melawat bersama pegawai JKM dalam waktu terdekat", katanya.
1 ulasan:
sepatutnya semua pemimpin bersikap pro-aktif dalam membantu kehidupan masyarakat melalui agensi kerajaan yang telah dikhaskan untuk tugas-tugas sedemikian... jika semua wakil rakyat proaktif dan mendekati rakyat InsyaAllah rakyat akan sentiasa bersama kalian! dan didoakan agar kalian terus sihat sejahtera...
Catat Ulasan