Khamis, 17 Januari 2013

Benarkah YB Nasharudin Sertai UMNO Menjelang PRU13?

'Mood' YB Nasha Semakin Baik.

SAYA telah bertemu beberapa orang PAS dan PKR di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ahli PAS ini, seorang jurujual syarikat Insuran berkata kepada saya, "DAP ni sangat Kurang Ajar kepada PAS!", di Pulau Pinang pula seorang ahli PKR berkata, "saya sangat bimbang dengan masa depan orang Islam dan bangsa Melayu". Kenapa? katanya lagi "pemimpin-pemimpin PAS dan PKR tidak ada kekuatan dan keberanian untuk berkata "Tidak" kepada DAP!
  
Isunya kenapa takut tinggalkan DAP? Hanya YB Nasharudin Mat Isa berani, kini sudah tinggalkan DAP dan Pakatan Rakyat, hanya tinggal nama sahaja di dalam PAS! Semasa saya bertemu dengan beliau di Parlimen, YB Nasharudin memberikan mood yang baik kepada Kerajaan BN dan 1Malaysia.
  
Inilah yang berlaku kepada Kepimpinan PAS hari ini, sebahagian pemimpinnya berkata Tidak kepada Tekanan Joseph Lim Guan Eng berkenaan penggunaan Kalimah Allah, sebahagian berkata Boleh. Beberapa hari kemudian berkata Tidak, kemudian di hadapan pemberita Cina berkata Boleh lagi. Sungguh tidak konsisten. Ianya tidak pernah berlaku semasa zaman allahyarham Yusuf Rawa dan allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Hanya YB Nasharudin Mat Isa sahaja yang berani membodohkan Joseph Lim Guan Eng.

Pada zaman kedua-dua pemimpin PAS ini, semua ahli PAS memberi Baiah yang solid. Kali ini di peringkat tertinggi seperti YB Dr Hassan Ali, YB Nasharudin Mat Isa, YB Taib Azamudin malah Dr. Haron Din sendiri bertegas dan tidak berubah-ubah bahawa Tidak boleh diterjemah nama Allah kepada Jesus Tuhan Trinity dalam agama Kristian.
  
Apabila saya berkopiah putih, berbaju hijau dan bersembahyang di Masjid Al-Bukhari di Kuala Lumpur baru-baru ini, penyokong PAS menyambut salam saya dengan akrab dan gembira. Apabila saya menyatakan saya tidak menyokong Himpunan yang mereka lakukan, mereka terkejut. Mereka ingatkan semua orang yang berbaju hijau dan berkopiah putih bersama mereka.

Saya berada di lapangan semasa Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Himpunan 901. Apabila saya bandingkan dengan Himpunan yang baru lalu (12/1/2013), saya berani membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia semakin menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat. Orang semakin kurang dan mood bosan kelihatan di wajah mereka.

Semasa saya berdiri di bahu jalan di Jalan Hang Tuah, saya mengandaikan Rombongan yang diketuai Chegu Bard akan diikuti oleh lautan manusia sekurang-kurangnya 5,000 hingga 10,000 orang. Namun, saya sangat terkejut apabila rombongannya hanya diikuti lebih kurang 1,000 hingga 1,500 orang sahaja.

Kemudian saya berjalan kaki ke Stadium Merdeka menuju ke Masjid Bukhari. Saya melihat orang-orang kampung, kanak-kanak, seumur budak sekolah, pelajar sekolah swasta yang semuanya tidak dan bukan pengundi.  Mereka berjaya meramaikan tetapi mereka bukan pengundi. Maknanya, Pakatan Rakyat hanya memberi Fokus meramaikan himpunan mereka, kerana Mat Sabu pada bulan Oktober 2012 meriwayatkan akan dapat mengumpulkan 1Juta orang. Kemudian Mat Sabu menurunkannya kepada 100,000 orang, dan akhir sekali Mat Sabu menurunkannya kepada 60,000 orang.

Sebab itulah mereka menolak Tawaran berhimpun di Stadium Bukit Jalil. Kerana di Bukit Jalil kapasiti stadium boleh memuatkan 90,000 orang tempat duduk (tidak termasuk padang), manakala di Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 25,000 orang di tempat duduk (tidak termasuk 10,000 di kawasan padang).  Apa maknanya? Maknanya himpunan baru-baru ini Mat Sabu hanya berjaya mengumpul 35,000 orang...katakanlah tambah 10,000 di luar kawasan stadium. Maka jumlah sebenarnya hanyalah kira-kira 45,000 orang sahaja.
  
Kalau 45,000 orang ini ditempatkan di Stadium Bukit Jalil..agak-agak berapa besarkah Lompang yang akan nampak di Bukit Jalil? Inilah yang menyebabkan mereka menolak tawaran di Stadium Bukit Jalil.
  
Kesimpulannya jelas, rakyat Malaysia bukanlah rakyat Mesir, Yemen, Libya dan Syria yang boleh dipaksa menjatuhkan kerajaan. Warga Polis patut dipuji kerana pengalaman telah mengajar mereka untuk menyelia keamanan dalam negara.

Saya percaya, pada masa akan datang, himpunan-himpunan seperti ini tidak akan laku lagi. Saya membayangkan negara Malaysia akan bertambah aman daripada gejala himpun-himpun seperti ini pada masa hadapan.
  
Bayangkan Mat Sabu, Hishamudin Rais dan lain-lain telah mengadakan Road Show setiap malam dan setiap minggu sejak bulan Oktober 2012 hingga 11 Januari 2013.
  
Selama 100 hari mereka membuat roadshow itu, akhirnya hanya kira-kira 45,000 sahaja hadir di Stadium Merdeka, Berbanding jika dicampur kehadiran peserta roadshow mereka, jumlah kesemuanya  60,000 orang. Sungguh jauh meleset.
  
Kegagalan ini telah menghukum niat dan ego buruk mereka. Bak kata pepatah "yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat".


Tiada ulasan: