“…bagi orang bukan Islam penggunaan kalimah Allah bukan diiringi dengan dengan makna sebenar-benarnya kalimah Allah. Makna yang sebenar hanya ada pada orang Islam yang beriman terhadapNya,” kata beliau dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Beliau berkata semua nabi bila berdakwah kepada kaumnya, memang dia mengajar Tuhan yang satu…tak ada Tuhan yang lain iaitu Allah. Persoalannya sekarang nak beriman atau tidak terhadapNya, katanya kepada Bernama di sini selepas menyampaikan ceramah bertajuk “Hala Tuju Muslim Menurut Perspektif Islam” di Politeknik Seberang Perai malam tadi.
Beliau berkata kalimah Allah yang digunakan oleh orang Islam
berbeza pengertiannya dengan apa yang ditafsir oleh orang bukan Islam dan
mereka tidak boleh menyesatkan orang Islam dengan penggunaan kalimah itu.
Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan
kalimah Allah, dan
beberapa portal kemudian melaporkan pada 8 Januari bahawa
majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan
penganut semua agama.
Bagaimanapun PAS melalui mesyuarat Majlis Syura Ulamanya
pada Ahad, menukar keputusan dengan mengatakan kalimah Allah adalah khusus
untuk agama Islam dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan
sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan penggunaan nama Allah dalam kitab
Bible sebagai mengarut.
Syeikh Solah Khalifah yang juga pensyarah di Universiti
Muttah, Jordan menganggap kalimah Allah akan digunakan oleh orang bukan Islam
dengan cara yang salah kerana mereka tidak beriman dengan Allah.
“Sebaliknya kita orang Islam gunakan kalimah Allah untuk
tunjukkan kita beriman kepada Allah. Nilainya adalah di situ (beriman) bukannya
penggunaan kalimah,” katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan