Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang
untuk mencari publisiti murahan.
Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau
beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang
benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam. Himpunan dan demonstrasi tersebut pula
diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai
penyamaran antaranya, Himpunan Hijau dan Himpunan Oren. Bagaimanapun, himpunan yang menjadi tonggak
penting kepada Pakatan Rakyat diberi nama
Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Himpunan ini diadakan secara bersiri, bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan
menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17
Disember lalu. Kemuncaknya adalah pada
12 Januari 2013 depan, jam 2 – 5 petang, iaitu penutup kepada siri himpunan ini
yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar
Selangor dan Kuala Lumpur.
Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik
hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa
hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan
perpecahan di kalangan masyarakat. Ia
juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain
memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.
Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang
semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang
diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak
terjaga.
Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara
demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang
Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan.
Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan
menghabiskan wang negara semata-mata.
Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka
juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu
dalam masa beberapa bulan sahaja.
Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari
rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima
dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.
Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah
bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini. Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan
memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka
untuk menghuru-harakan negara.
Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam
stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan
Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari
jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.
Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta
drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di
stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang
tidak membawa faedah kepada sesiapa.
Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama
seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau
perancangan pemimpin PR.
Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan
ini agak sukar direalisasikan. Ini
kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari
parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari
tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri. Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun
kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.
Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak
telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi. Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang
memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan
rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil
selama ini.
Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang
memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan
penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri. Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis
sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam
partinya. DAP juga tidak telus, korup
dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja. PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi
kerana parti itu sudah lama telanjang bulat
menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya, sepertimana Anwar di dalam video dengan
China-dollnya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak
usaha PR untuk menghancurkan Malaysia.
Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan
Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri. Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang
telah melalui ‘kebangkitan’ seperti ini, di mana kini setelah berjaya
menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini
ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru. Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin
merasai sengsara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan