Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
#KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah
Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013
melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.
Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna
kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan
terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren
pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari
Kelantan.
Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina
bermaksud “si” yakni bermaksud “mati” dan dianggap suwey serta membawa sial,
maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan
berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.
Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak
tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja.
Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki
cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.
Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu
bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu
rakyat. Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah
sudah menunjukkan belang penipuan?
Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama
warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak
serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang
menjelekkan.
NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam
adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang
pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan
melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan
Bersih 2.0 pada Julai 2011.
Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan
pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan
kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.
Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja
merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak
berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman
awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat
dengan menyalahkan pihak polis pula.
Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya
aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai
kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan
rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.
Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama
melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas
dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai
pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.
Tidak cukup dengan gimik dan penipuan di atas, kumpulan
Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung
menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila
FGVH menyertai pasan saham BSKL.
Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau
berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat
Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu
telah jatuh ke tangan orang luar.
Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.
Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti
tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali
minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya
minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan
sahaja yang layak menerima royalti minyak.
Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas
budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan
perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat
melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .
Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS
Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan
terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil
kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri
Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan
pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang
itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan
sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan
bijih besi.
Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa
sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan
petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan
Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang
pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.
Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan
penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama
mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena
PRU 13 nanti.
Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik,
penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi
tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan
mindanya.
Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua
sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun
mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai
hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan
mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan