"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan
kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan
kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi...jika
nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah
demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes
mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya.
Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri
Anwar Ibrahim terhadap anggota Dewan Negara Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan
Melayu (M) Sdn Bhd.
Tun Dr Mahathir berkata, perhimpunan anjuran parti
pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang
menjaga ketenteraman awam.
"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh
bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan,"
katanya.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan