Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan
pembangkang turut menunjukkan populariti
Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan
Selangor 54.55%.
Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti
sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia
untuk mengundi dalam PRU kali ini.
Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan
pilihanraya nanti.
Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang
kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu
0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih
kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk
Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini
pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.
Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak
layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan
Anwar Ibrahim 16.2%.
Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang
sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling
popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal
sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.
Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa
majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan
oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.
Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita
tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti
politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini
menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada
pembangkang. Kajian UMCEDEL juga
menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%,
dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan
populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.
Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui
kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah
wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding
UMCEDEL.
Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi
BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi
sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada,
terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu
menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.
Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur
serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang
kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan
serta bahan lucah untuk menarik pembaca.
Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring
dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang
dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam
bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai
cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk
membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut.
Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk
golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara
lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang
lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap,
atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang.
Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang
PRU ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan