Sabtu, 13 April 2013

Terpedaya Imej Warak Anwar.



 KUALA LUMPUR 12 April - Sifat warak dan imej Islam yang ditonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh salah seorang pengasas pertubuhan tersebut di Amerika Syarikat (AS), Dr. Azmi Omar yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Menurut beliau, 'perjuangan' Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

''Memandangkan beliau bersama ABIM, pada mulanya agak sukar mempercayai perbuatan Anwar itu.

''Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Sidek yang meninggalkan Anwar kerana salah laku moral walaupun mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Keruntuhan moral merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa Sidek membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Sambil menyifatkan keputusan meninggalkan Anwar sebagai tepat, kata Azmi, Sidek merupakan seorang yang berpendirian apabila menjalankan kajian sebelum membuat keputusan terbesar itu.

Menurutnya, walaupun mengakui terlebih dahulu mengetahui mengenai Anwar, beliau tidak bercadang untuk menguar-uarkannya kerana menganggap dirinya hanya individu biasa.

''Apabila Sidek mengambil keputusannya, terdetik dalam hati saya bahawa keputusan itu sepatutnya sudah lama dibuat, tetapi mungkin beliau mahu mengambil masa lebih lama kerana mahu lebih teliti dan perlukan maklumat tertentu.

''Bagaimanapun, saya bukan antara 28 individu yang ditemui Sidek dalam pencariannya itu, hanya sebagai rakan karib dalam ABIM di AS,'' katanya.

Sumber - Utusan.

Jumaat, 12 April 2013

Penjawat Awam Terima Pakatan???



Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai “pemalas” “lembab” dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

Isnin, 8 April 2013

Tamparan Hebat buat PAS - Ulama Pondok Buat Deklarasi Mengejutkan!!



GURUN: Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA

17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN.



Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi rakyat untuk terus mempercayai pembangkang, kali ini.
Kerana, dalam membentuk masa depan negara kita, keluarga dan diri kita sendiri, kita harus memegang sesuatu yang berasas. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada pihak yang tidak boleh dipercayai di mana sehingga kini, kita masih tidak pasti siapa yang akan di lantik menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.
Dengan fakta ini, terbukti, BN adalah sebuah parti yang konkrit dan kuat. Kita percaya kepada Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan kita yakin bahawa Manifesto BN adalah satu bentuk ikrar.

Ahad, 7 April 2013

Pakatan - Parti Anak Beranak!!!



Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yussof.

Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan “hitam” untuk PAS.

Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang mudah dimenanginya?

Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

PKR juga difahamkan akan menurunkan “keluarga Anwar Ibrahim” untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

314 Pelajar Bermasalah Pengelihatan Terima Sumbangan Cermin Mata.



Seramai 314 orang pelajar dari 7 buah sekolah dalam Parlimen Merbok  bertuah apabila menerima sumbangan cermin mata yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir, Tanjung Dawai  semalam.

Sumbangan ini adalah dengan kerjasama pejabat Penyelaras Perlimen Merbok bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Turut hadir timbalan ketua pemuda UMNO Bahagian Merbok, Annuar Ahmad.

Dato’ Hj Tajul Urus yang juga Ahli Lembaga Pengarah PTPTN berkata, para penerima sumbangan terdiri daripada pelajar dari 5 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Kampung Pasir, SK Sungai Lalang, SK Sri Aman, Bedong, SK Sri Wangsa dan SK Muzaffar Shah, Bujang,

Manakala 2 buah sekolah menengah pula iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria Jaya dan SMK Bandar, Sungai Petani.

Beliau menjelaskan, jika mengikut perancangan awal, objektif pemberian ini hanya untuk sekolah rendah, namun apabila pihaknya mendapat maklumat bahawa pelajar di sekolah menengah juga ramai yang mengalami masalah pengelihatan, maka pemberian ini turut diperluaskan kepada pelajar di sekolah menengah.

Selain itu katanya, pelajar sekolah di sekolah menengah merupakan yang paling ramai menerima sumbangan ini iaitu seramai 70 dan 71 orang di dua buah sekolah terbabit.






Jumaat, 5 April 2013

PRU-13: Pergolakan pembangkang tentu kerusi sudah dijangka - Tunku Aziz





PUTRAJAYA 5 April - Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, jika pergolakan itu dijadikan sebagai asas untuk menilai pakatan pembangkang, ia merupakan petanda buruk sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

"Mereka akan berbalah sesama sendiri untuk memilih siapa akan menjadi perdana menteri dan menteri-menteri penting yang lain. Sekiranya kita nilai mereka atas asas ini, tidak akan wujud keamanan dalam negara (jika mereka memerintah negara)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Kanan Kerajaan anjuran Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International berkata, selain itu pakatan pembangkang juga tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mentadbir sebuah negara.

"Mentadbir sebuah negeri amat berbeza dengan mentadbir sebuah negara. Ini sebuah negara yang amat kompleks. Anda perlukan kebijaksanaan, pengalaman untuk memastikan setiap sektor populasi kita berasa gembira dan puas hati.

"Dengan pakatan, saya fikir untuk dua atau tiga tahun pertama, mereka akan buat seperti apa yang dibuat oleh Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) di Pulau Pinang, menyalahkan kerajaan sebelumnya. Jadi kerajaan jenis apa yang kita boleh jangkakan," katanya.

Dalam ceramahnya sebelum itu, Tunku Abdul Aziz menekankan betapa pentingnya untuk tidak memperjudikan masa depan negara dengan memberi undi kepada pihak yang salah.

Katanya, pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda selain kepentingan untuk diri sendiri.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang terutama DAP, malah manifesto mereka juga adalah tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Di Pulau Pinang, masa dia (DAP) dapat kuasa dia kata nak tolong orang Melayu, orang India, nak bina rumah kos rendah tapi dah lima tahun, sebuah rumah kos rendah pun dia tak bina," katanya. - BERNAMA

PRU-13, BN Ada Harapan Tawan Semula Kedah.


Hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Merdeka Centre ‘For Opinion Research’ baru-baru, ini menunjukkan kerajaan negeri Kedah berkemungkinan besar akan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umu yang akan datang. Ia ekoran dari kembalinya sokongan pengundi Melayu dan Cina sebanyak 6 peratus kepada BN.

Walaupun ramai yang berpendapat ia mungkin disebabkan oleh perpecahan yang sedang melanda kepimpinan Pas negeri, namun secara hakikatnya ia adalah disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Pas Kedah dalam mengurus tadbir negeri jelapang padi itu.

Maka atas faktor itu, telah mengembalikan semula keyakinan rayat untuk menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri kepada BN. Malah Pas Kedah di bawah, Menteri Besar, Azizan Razak dilihat seolah-olah telah tahu akan kelemahan sendiri apabila melihat gelombang kebangkitan rakyat yang telah mula menunjukkan semula sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pemimpin PAS Kedah dilaporkan berkata, kemungkinan punca kemerosotan sokongan Cina itu disebabkan kedudukan kesihatan Azizan yang menurutnya menambah tanggapan masyarakat bahawa kerajaan negeri tidak stabil.

Malah dia turut mengatakan, sokongan pengundi Melayu terhadap pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga tidak berapa kukuh. Ia berdasarkan kepada kemenangan tipis parti komponen seperti Pas, DAP dan PKR semasa pilihan raya lepas.

“Sebagai contoh, di kerusi negeri Tanjung Dawai, kami hanya menang seratus undi,” kata pemimpin Pas itu yang enggan namanya disiarkan.

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggariskan tiga faktor yang mungkin menyebabkan kekalahan kerajaan PR Kedah.

Iaitu pembayaran tunai RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, terdapatnya isu dalaman dalam kerajaan negeri, seperti penyampaian perkhidmatan. Seterusnya pendekatan yang diguna pakai oleh Datuk Seri Najib untuk menurunkan calon baru dilihat mula menarik balik kepercayaan pengundi.

Walaupun gendang pilihan raya telah dipalu, kerajaan negeri pimpinan Azizan dilihat begitu lembap dan menyusun kembali jentera di peringkat akar umbi, malah sehingga kini, Pas Kedah masih gagal mengeluarkan manifesto.

“Kalau takdak manifesto, pasaipa pulak kami nak undi hangpa lagi?” menurut salah seorang warga Kedah penduduk yang ditemui.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan Azizan telah terlalu tua dan uzur untuk terus mengetuai kerajaan negeri, malah ekoran masalah kesihatan dia juga dikatakan selalu sakit sehingga dilihat gagal memberikan sepenuh tumpuan untuk memajukan Kedah.

Lebih membanggakan, BN Kedah pula ketika ini dlihat berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi untuk merampas kembali negeri tersebut. Unsur masalah dalaman dan sabotaj seperti yang berlaku dalam pilihan raya lalu dilihat telah berjaya diselesaikan.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

DUN Kedah Dibubar.



ALOR SETAR 5 April - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu di Istana Anak Bukit di sini selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Semalam, Azizan menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi pembubaran DUN Kedah. - BERNAMA

Rabu, 3 April 2013

PRU-13: Najib Umum Pembubaran Parlimen Mulai Hari Ini.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen secara langsung menerusi TV1 di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah pagi ini. – UTUSAN

Selasa, 26 Mac 2013

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13.


Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY

Lokman Nor Adam : Anwar Taja Senjata Tentera Penceroboh?


Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".
  
Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
  
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Isnin, 25 Mac 2013

Ditolak Pengundi Melayu, Anwar Terpaksa Lari Ke Kawasan Cina.


Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.

Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”

“Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan”.

Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.

Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

“Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali.

Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi.

Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”.

Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.

Ahad, 24 Mac 2013

BN Merbok Lancar Gerak Gempur Pemuda PRU13.



MERBOK - Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok telah melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU ke-13 di Dataran Pengkalan Bujang, Merbok di sini, sabtu.

Penyelaras Parlimen Merbok yang juga Pengerusi BN Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, segala persiapan telah dilakukan oleh anggota pemuda BN Parlimen Merbok menjelang piliharaya umum tidak lama lagi dan mereka telah pun bersedia.

"Melihat kepada sambutan yang diberikan, kita berharap Barisan Nasional (BN) akan dapat menawan semula kawasan Parlimen Merbok pada pilihanraya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini.

"Semua peserta menunjuk komitmen begitu tinggi dan mereka sanggup bekerja keras untuk sama-sama membawa perubahan ke arah itu," katanya.
Beliau turut menegaskan, pihaknya berbuat demikian kerana melihat Pakatan Rakyat (PR), setelah mendapat kuasa memerintah Kedah pada pilihanraya umum lalu, gagal melakukan sebarang perubahan atau menyedia pembangunan untuk kebahagian penduduk.

Pengerusi pergerakan tersebut, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut menyampai ucapannya di majlis itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ahmad Fathul Bari Mat Jahaya yang diundang bagi melancarkan Gerak Gempur Pemuda PRU 13 tersebut dengan memakaikan vest kepada Dato’ Shaiful Hazizy dikuti anggota jawatankuasa yang lain.

Sebelum itu, kira-kira 1,600 anggota pergerakan itu berkonvoi menaiki motosikal sejauh 10 kilometer bermula dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok menuju Ke Dataran Pengkalan Bujang.

Hadir sama di majlis itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M. L. Maran, Ketua Pemuda MCA Merbok, Lau Hock Chai, Ketua Pemuda MIC Merbok, P. Barabagaran, Ketua Pemuda PPP Merbok, Shaharudin Mat Haji dan Ketua Pemuda IPF Merbok, A. Indran.

Khamis, 21 Mac 2013

Bela Pengganas: Majlis Peguam Buat Kerja Gila.



Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.

Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.

Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia.

Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?

Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.

Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.

Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling.

Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban.

Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.

Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi.

Rabu, 20 Mac 2013

PM umum BR1M dijadikan inisiatif tahunan kerajaan.




KUALA LUMPUR 19 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata, BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.

Najib berkata justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya.

Beliau berkata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

"Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya.

Najib berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza. - BERNAMA

Ahad, 17 Mac 2013

Beli Ayam Harga Jimat Di Pasar Tani.



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan Program Jimat Belanja Dapur 2013 peringkat Negeri Kedah di Pasar Tani Sungai Petani.

Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, merangkap pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Perlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain.

Program Jimat Belanja Dapur bertujuan menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat melalui jualan komoditi terpilih dari 5 -10 peratus lebih rendah dari harga pasaran melalui jualan di pasar-pasar tani.

Yang turut hadir Pengarah FAMA Negeri Kedah, Anuar Mohamed.

Tajul Urus berkata, untuk tahun 2013, pihak FAMA telah memilih produk 'ayam' untuk diberi harga istimewa sepanjang tahun ini dimana pengguna boleh mendapatkan subsidi sebanyak 70 sen untuk setiap ekor daripada peniaga di pasar tani.

Sebagai contoh, jika seekor ayam berharga RM10, pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM9.30 kepada penjual manakala baki sebanyak 70 sen diberi subsidi oleh kerajaan melalui FAMA.



Menurutnya Program Jimat Belanja Dapur ini menunjukkan kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan denyutan nadi rakyat terutama suri-suri rumah yang setiap hari berbelanja untuk keperluan dapur.

Beliau menjelaskan, kos subsidi harga ayam ini bagi negeri kedah sahaja berjumlah RM15,120.00 sebulan manakala untuk setahun jumlahnya ialah sebanyak RM181,440.00.

“Jadi ini ialah satu lagi aspek kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional bagi megurangkan bebanan rakyat selain pelbagai lagi bentuk subsidi yang telah diberikan kepada rakyat selama ini,” katanya.
Beliau turut menyeru rakyat supaya bersyukur serta berterima kasih kepada sebuah kerajaan yang perihatin terhadap kebajikan mereka setiap masa.

Tambahnya, program seperti ini bukanlah dibuat hanya bila menjelang pilihanraya tetapi ianya telah pun  dibuat sepanjang masa.

*Untuk rekod pada tahun lalu (2012), Program Jimat Belanja Dapur memberi tumpuan kepada menurunkan harga sayur-sayuran di pasar tani sebanyak 20-30 peratus.





Jumaat, 15 Mac 2013

Anwar Bapa Sandiwara Malaysia.


Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.

Khamis, 7 Mac 2013

Kesilapan Anwar Dalam Insiden Lahad Datu!!



‘Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu’ merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak.  Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.

Antara yang paling ketara ialah ‘nyanyian’ Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, “Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang.”  Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.

Soalnya, kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman untuk ‘menghilangkan’ Sabah?  Perkara ini dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian.  Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.

Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera Sulu.  Namun, belum sempat Anwar berhujah lebih panjang untuk membela diri, dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai ‘orang-orang Misuari’ atau MNLF.  Dan kini, Nur Misuari sendiri telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi ‘orang tengah’.

Hakikatnya, Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin   menyaman media tempatan yang hanya memetik laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya, merupakan kesilapan paling besar.   Malah, blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3 untuk menarik balik petikan tersebut, tanpa langsung ‘menyentuh’ Reuters dan Manila Post.

Lebih menarik, ugutan Anwar terhadap wartawan yang bertanyakan hal tersebut, yang berbunyi, ‘You ulang, I saman’ kini menjadi bahan jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.

Anwar juga tidak berani menempelak, jauh sekali menyaman Presiden Filipina, Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai dalang, dengan memetik laporan perisikan.

Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini, kita akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu mahupun MNLF, sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.

Jelas, Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung pihak pengganas.

Memandangkan Anwar adalah ‘juara’ isu kad pengenalan dan kewarganegaraan di Sabah, adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut.   Sedangkan, sebagai orang yang begitu lantang mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar, seharusnya Anwar menyarankan agar kerakyatan mereka ditarik balik sahaja.  Tetapi, ini tidak berlaku, malah Anwar langsung tidak ‘menjentik’ orang-orang Sulu.

Mungkinkah Anwar sudah hilang ‘bakat’ lakonannya dalam politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan negara sepertimana sepatutnya?   Apapun, kita faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus, dalam satu masa.  Anwar tidak mungkin boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana mereka adalah merupakan ‘alat’ dan ‘umpan’ baginya untuk berkuasa.  Pendek kata, mereka bekerja untuknya.

Justeru, Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu ‘ingin menyaman Utusan Malaysia, TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya’, serta mengutuk UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu, Semporna mahupun di mana saja di dunia!

Dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini, iaitu kesilapan demi kesilapan. Kepada Anwar, kita nyanyikan, “Tanya sama Anwar kenapa Dato’ Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!”

Selasa, 5 Mac 2013

Masjid Baru Taman Peruda Siap Sepenuhnya.

Dato' Hj. Tajul Urus menyaksikan upacara penyerahan masjid Taman Peruda kepada  wakil Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebelum diserahkan secara rasmi kepada imam Khariah masjid Taman Peruda.

Semalam telah diadakan majlis penyerahan Masjid Taman Peruda yang proses pembinaannya telah pun siap sepenuhnya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain.

Ruang solat utama masjid bernilai 3.2 Juta ini mampu memuatkan sehingga 1500 jemaah dalam satu masa. Memiliki kemudahan yang lengkap seperti masjid-masjid lain, ia turut dilengkapi lapan buah alat penghawa dingin serta mempunyai kemudahan dewan pelbagai guna yang luas ditingkat bawah selain kemudahan tandas untuk golongan kurang upaya.

Terletak di atas bukit, lokasi strategik masjid ini mampu menampilkan pemandangan menarik yang bakal menjadi mercu tanda baru di bandar Sungai Petani.

Dato' Hj. Tajul Urus yang bercakap kepada pemberita selepas itu berharap, masjid ini tidak disalahguna selain tujuan ibadat serta perkara berkaitan.

Menurutnya ahli khariah masjid ini terdiri dari kenalan yang rapat walaupun masing-masing berbeza pandangan politik dan sebagainya tetapi beliau mengingatkan supaya mereka menjadikan masjid ini sebagai tempat perpaduan dan tidak mencampurkan hal-hal politik didalam masjid.

"Jika boleh jadikanlah masjid ini dimana ahli jemaahnya datang untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T,

Jangan diganggu oleh hal-hal yang boleh menyentuh perasaan terutama politik," katanya.

Beliau turut menggesa supaya ahli Khariah mempunyai sifat menghormati pemimpin samada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Projek pembinaan Masjid Taman Peruda bermula pada September 2011 dan siap pada 16 Januari 2013 dengan peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM2.5 juta manakala baki RM700 ribu lagi adalah hasil sumbangan orang ramai.